ASIAN POP STARS 2026 KEMBALI!
PGDM SAHKAN PROGRAM PERINTIS BERLANGSUNG PENGHUJUNG DISEMBER 2026
Pertubuhan Generasi Digital
Malaysia (PGDM), selaku pemilik jenama Asian Pop Stars, dengan ini mengumumkan
bahawa program perintis pencarian bakat Asian Pop Stars 2025/2026 akan
diteruskan dan dijadualkan berlangsung pada penghujung Disember 2026.
Dengan pengumuman ini bererti ia nya merealisasikan hasrat dan impian 22 peserta akhir Asian Pop Stars yang menantikan peluang untuk beraksi di pentas pertandingan tersebut.
Sebelum ini, perlaksanaan program
berkenaan diletakkan di bawah status "Keep In View" (KIV) berikutan
beberapa cabaran yang dihadapi, termasuk penarikan diri beberapa penaja yang
berpunca daripada ketidaktentuan keadaan semasa ekonomi dan geopolitik dunia.
Walau bagaimanapun, setelah melalui pelbagai usaha pengendalian dan rundingan,
PGDM telah menerima tawaran penajaan daripada sebuah satu entiti yang bakal
diumumkan nanti, sekali gus memberikan persetujuan kepada penganjuran program
ini.
Bagi penganjuran kali ini, format
penuh pertandingan akan ditentukan bersama oleh pihak penaja dan akan diumumkan
secara rasmi kepada umum oleh wakil PGDM Korea pada penghujung Oktober 2026.

Pengumuman ini diharapkan membawa
khabar gembira kepada kesemua 22 peserta akhir yang terpilih, dan
menggembirakan para peminat mereka yang memberikan sokongan terhadap perjalanan
program ini sejak awal.
PGDM berterima kasih kepada semua
pihak yang telah memberikan kepercayaan, sokongan, dokongan dan kesabaran
sepanjang tempoh cabaran yang dilalui menjadi pemangkin kepada usaha berterusan
demi memastikan program perintis program Asian Pop Stars dapat diteruskan
sebagai sebuah platform yang memungkinkan mampu melahirkan bakat-bakat baharu
ke peringkat global.
Sebagai pertama kali menjadi
penganjur, PGDM akan terus belajar melalui pengalaman dan akan komited dalam
memastikan setiap aspek penganjuran program Asian Pop Stars dilaksanakan secara
profesional, telus dan berkualiti demi menjayakan program perintis ini.
PGDM juga menyeru kepada kesemua
22 peserta akhir Asian Pop Stars dapat mengekalkan semangat, komitmen dan
disiplin yang tinggi dalam membuat persiapan menjelang pertandingan nanti.
Setiap cabaran yang telah dilalui dianggap menjadi pemangkin untuk mereka terus
berusaha mengejar impian dan cita-cita masing-masing.
PGDM percaya bahawa perjalanan
program Asian Pop Stars untuk menuju kejayaan tidak pernah mudah. Namun, dengan
kesungguhan, ketabahan dan sokongan semua pihak, Asian Pop Stars dengan izin
Allah dapat menjadi sebuah platform yang bukan sahaja dapat menjadi pembangunan
bakat insan tetapi dapat mengangkat nama Malaysia ke peringkat global dan
menjadikan program Asian Pop Stars sebagai nama generik.
KATA ALONGMURNI
Sebagai pemerhati perkembangan
industri hiburan tempatan, AM melihat pengumuman ini sebagai satu perkembangan
yang cukup positif buat semua finalis yang telah lama menunggu peluang mereka.
Semoga perjalanan program
perintis Asian Pop Stars berjalan lancar dan menjadi titik permulaan kepada
lahirnya lebih ramai bakat baharu yang mampu mengharumkan nama Malaysia di
pentas antarabangsa.
Tahniah kepada pihak PGDM atas
usaha yang tidak pernah putus asa, dan selamat maju jaya kepada semua 22
finalis. Semoga impian yang tertangguh sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan.


1 Comments
Alhamdulillah...moga Allah permudahkan segala urusan.
ReplyDelete