BUFFET RAMADHAN : CRUISE TASIK PUTRAJAYA (CTP)
IFTAR FI SOFINA
PENGALAMAN BERBUKA PUASA SECARA EKSKLUSIF SAMBIL BELAYAR
Tinggal lagi 10 hari, kita bakal menyambut Ramadhan bulan
mulia yang dinanti-nantikan semua umat Islam. Pastinya ada yang mencari kelainan
dan keunikan untuk berbuka puasa bersama keluarga. Pilihan Along Murni (AM) adalah berbuka puasa
di Cruise Tasik Putrajaya. Hal ini kerana Cruise Tasik Putrajaya (CTP)
menawarkan pengalaman berbuka puasa secara berbeza, eksklusif, unik dan mewah.
Ini merupakan pengalaman AM menaiki Cruise sambil mengelilingi Tasik Putrajaya. Memang terasa teruja dan gembira sangat. Macam pose AM buat!! Dengan pemandangan yg cantik di kawasan sekitar tasik membuatkan rasa seolah-olah rasa bebas di lautan biru. Tapi ini bukan lautan yea.. tasik yea.. hehehehe..
|
kibaran bendera harus sebagai tanda mercu kebanggaan Rakyat Malaysia |
|
AM bersama rakan blogger lain. |
Dengan harga berpatutan iaitu RM120.00 (dewasa) dan RM 75 (kanak-kanak /warga emas) harga ‘early bird’ sah sehingga 16 Mei 2018, kita akan menikmati juadah berbuka puasa yang enak sambil menyelusuri Tasik Putrajaya yang dihiasi dengan suasana malam yang indah.
Terdapat lebih dari 30 sajian pilihan yang menyelerakan untuk dinikmati sambil belayar selama 1 jam 30 minit. Antaranya adalah kambing panggang, ayam goreng berempah, daging gulai kawah, mee goreng ayam dan pelbagai jenis kuih muih dan pencuci mulut. Menu lain yang berkonsepkan Fusion Oriental, Middle Eastern atau Muhibbah turut ditawarkan kepada yang mencari kelainan dalam juadah berbuka.
|
makan di dalam Cruise |
Terasa best sangat bila makan di dalam
Cruise. Tak tahu macam mana hendak digambarkan. Kena datang cuba dan rasai sendiri yea.. Perut dah lapar, Jomm kita tengok menu-menu di sini..
|
nasi goreng kampung |
|
mee goreng ayam |
|
daging gulai kawah |
|
ayam goreng berempah |
|
sambal ikan bilis |
|
sayur campur |
|
sate ayam dan daging |
|
buah-buahan |
|
aneka sambal |
|
ulam-ulaman |
|
telur goreng |
|
kambing bakar |
|
pilihan minuman sejuk dan panas |
Dato’ Zaharah Salamat yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Marina Putrajaya Sdn Bhd (MPSB) memaklumkan “setiap tahun pasti aka nada kelainan dari segi pilihan juadah dan konsep masakan yang ditawarkan untuk Iftar Fi Sofina kerana kami memilih panel katering yang berlainan setiap tahun untuk bekerjasama dengan kami,” kata beliau.
|
Dato' Zaharah Salamat (Ketua Eksekutif Marina Putrajaya Sdn Bhd) |
Yang paling istimewa adalah, setiap pengunjung akan menerima sampul duit raya yang eksklusif dan kuih raya untuk dibawa pulang. Di samping itu pihak Marina Putrajaya Sdn Bhd (MPSB) juga menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa ‘Pakej Love Boat ‘ bernilai RM350 kepada 5 pelanggan yang membeli Pakej Iftar Fi Sofina. Setiap pembelian pakej Iftar Fi Sofina akan didermakan RM1 kepada badan kebajikan terpilih.
|
Iftar Fi Sofina |
|
tekun Kapten memandu kapal layar |
KATA ALONG MURNI:
KELAINAN DAN KEUNIKAN YANG CUBA DITAMPILKAN
OLEH PIHAK CRUISE TASIK PUTRAJAYA SANGAT AM KAGUMI.
BELAYAR SELAMA 1 JAM 30 MINIT MENGELILINGI TASIK PUTRAJAYA
SAMBIL MENIKMATI JUADAH BERBUKA MENJADI SALAH SATU TARIKAN
BAGI IFTAR FI SOFINA KALI INI.
'SESEKALI UBAH SUASANA, UBAH SELERA DEMI KELUARGA'.
1 Comments
Cantiknya view dan makanan yang dihidangkan juga nampak menarik! Nice sharing AM 👍🏻
ReplyDelete