TEXAS CHICKEN - TEX CAFE PERTAMA DI DUNIA
Penggemar ayam goreng seperti Along Murni (AM) pastinya tidak melepaskan peluang
untuk merasai keenakan dan keunikan yang terkandung dalam rempah ratus ramuan
rahsia Texas Chicken. Kali ini, Restoran Texas Chicken melebarkan sayapnya
dengan membuka cawangannya yang ke 42 di salah satu mercu tanda Malaysia iaitu
KLCC.
Semasa pelancaran pembukaan Restoran Texas Chicken, diperkenalkan juga
Tex Café khas untuk penggemar kopi dan pencuci mulut. Tex Café ini juga
merupakan yang pertama di dunia berkonsepkan ‘grab and go’ dan pelbagai minuman
panas dan pencuci mulut yang betul-betul menarik dan enak untuk dinikmati.
Bila Along Murni (AM) menjejakkan kaki di Texas Chicken
outlet di KLCC ini memang sangat luas dan selesa untuk menjamu selera. Ruang
makan yang begitu besar dan dan kalau yang nak buat majlis sambutan hari lahir
atau majlis istimewa boleh juga diadakan di sini.
Nak tau antara menu- menu menarik di TEX CAFE yang boleh didapati di Restoran Texas Chicken, KLCC??
 |
'RED VELVET WITH CHEESE MUFFIN' |
 |
CHOCOLATE CHIP MUFFIN |
 |
MARBLE CHEESE CAKE |
 |
'CHOCOLATE CHIP BISCUITS |
 |
CHOCOLATE VOLCANO |
 |
MEXICAN BURGER |
 |
CUPPUCINO, LATTE, CHOCOLATE (PANAS DAN SEJUK)
|
Semestinya AM tidak melepaskan peluang untuk mencuba yang terbaik dari Texas Chicken. AYAM GORENG SPICY ramuan terbaik dari Texas Chicken. Dengan ramuan yg padat diadun bersama dan keranggupan pada setiap kali gigitan.. memang WOOWWWW kan??
 |
SET AYAM GORENG TEXAS CHICKEN |
Bila dah order MENU SET camni memang kenyang la!! Mmg sedap & korang kena datang sendiri menjamu selera. Nak tau yang menarikknya lagi?? Setiap pembelian RM35 dan ke atas, dua dalam satu (2 in 1) Cooler Tote Bag & Picnic Mat menjadi milik anda.. JOMMM BERAMAI-RAMAI DATANG DAN JANGAN LUPA DAPATKAN COOLER TOTE BAG ini.. pasti berbaloi.. Nak tau promosi lagi yang menarik?? Boleh gak jengah
http://www.texaschickenmalaysia.com/.. SELAMAT MENJAMU SELERA.. YEAZZZAAAAAA...

.
2 Comments
Texas Chicken memang lokasi menarik LeYa dan Otomen kerana hidangan dan rasanya yg sangat sedap. Dah pergi beberapa kali memang best and tak muak.. Hehehe..
ReplyDeleteMoga texas chicken buka cawangan di Perlis nanti...
ReplyDelete