DYXY SHOWCASE TOUR 2018 : PROMOSI JELAJAH BERSAMA 5 JEJAKA POPULAR
HAEL HUSAINI, HAQIEM RUSLI, AIMAN TINO, ACHEY BOCEY & CAPRICE CRE


Baru-baru ini AlongMurni (AM) sempat hadir ke Majlis Sidang Media Pengumuman DYXY SHOWCASE 2018 bertempat di Aseana Kuala Lumpur. Yang menariknya adalah Lima bintang popular tanah air bakal menggegarkan beberapa destinasi negara ini menerusi promosi jelajah DYXY Showcase Tour 2018 bermula 8 September sehingga 29 September ini yang dianjurkan oleh DYXY Cosmetics.


Mereka adalah lima jejaka terhebat lagi popular iaitu Hael Husaini, Haqiem Rusli, Aiman Tino, Achey Bocey dan Caprice cre. Mereka akan berada di beberapa buah bandaraya setiap negeri seluruh negara iaitu di Kedah pada 8 September, Terengganu (15 September), Johor Bahru (22 September) dan Sabah pada 29 September 2018. Turut sama memeriahkan DYXY SHOWCASE 2018 ini ialah bintang komedi popular Didie Alías. Pasti meriah DYXY SHOWCASE 2018 nanti dengan coleteh dari Didie Alias kan??



Promosi jelajah ni diadakan di atas kelangsung penjenamaan DYXY yang semakin meniti di bibir masyarakat bersandarkan pada kekuatan kualiti produk terbitan Bumiputera. SHOWCASE DYXY 2018 ini juga bertujuan bagi mendekatkan masyarakat dengan variasi produk DYXY lambang prestij jenama berkenaan.  Bagaimanapun penganjuran DYXY Showcase Tour 2018 tidak lain untuk meraikan pengguna, stokis, agen dan setiap tulang belakang jenama DYXY di seluruh negara kerana merekalah resipi utama kejayaan jenama itu dari dulu hingga kini. Dalam masa yang sama, DYXY berharap untuk menarik lebih ramai lagi generasi muda meminati bidang perniagaan kosmetik berlandaskan strategi yang telah disediakan.



Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran pengasas DYXY Cosmetics iaitu pasangan suami isteri dan usahawan Bumiputera paling menyerlah tahun ini, Dyana Roslan,32 dan Shah Hafiz Borhannudin, 32. Sidang media telah dihangatkan dengan kehadiran supercar yang menjadi lambang prestij dan kejayaan DYXY.

Pengasas Dyxy

DYXY juga akan mengadakan pencarian Face DYXY 2018, di mana pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan. Pengunjung yang akan hadir ke pertunjukan jelajah berkenaan juga akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah dan tidak ketinggalan dapat mengenali variasi produk kecantikan DYXY dengan lebih dekat di Pavilion DYXY yang disediakan.

Jadual DYXY Showcase Tour 2018

TARIKH
LOKASI
SELEBRITI
8/9/2018
Aman Sentral Mall, Kedah
Hael Husaini
15/9/2018
UTC Kuala Terengganu, Terengganu
Haqiem Rusly & Caprice
22/9/2018
Angsana Mall, Johor
Aiman Tino & Caprice
29/9/2018
Centre Point Kota Kinabalu, Sabah
Achey Bocey



Menurut pengasas DYXY Dyana Roslan dan Shah Hafiz Borhannudin , DYXY Cosmetics turut menyediakan peluang perniagaan di samping menyediakan banyak latihan keusahawanan, pakej untuk Bumiputra memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing serta memperoleh pendapatan sehingga mencecah lima angka dalam tempoh sebulan  untuk Program-program di bawah latihanan keusahawanan meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi input pendedahanan, pengetahuan dan kemahiran di tahap kebudayaan kusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh DYXY.





KATA ALONG MURNI

AM SANGAT SUKAKAN DYXY CC CREAM & MINERAL FACE MINT DYXY. 
BUATKAN KULIT AM NAMPAK SEGAR, ANJAL DAN YANG PALING PENTING
 MAKE UP AM TAHAN LAMA. 
DYXY SHOWCASE 2018 ADALAH PELUANG TERBAIK UNTUK 
LEBIH MENDEKATI PRODUK DAN LEBIH MENGENALI DUNIA USAHAWAN. TAHNIAH DAN SYABAS PADA PIHAK DYXY ATAS PRODUK 
YANG MANTAP DAN TERBAIK!!