FERNLEAF UHT: BERJAYA MEMIKAT DENGAN 100Mmmmm
DIPERCAYAI, ENAK, BERKHASIAT
DAN BERKUALITI TINGGI
Nama Fernleaf tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia. Fernleaf
jenama tenusu yang dipercayai membawakan kebaikan tenusu semula jadi dari New
Zealand. Dengan piawaian yang tinggi
dari segi keselamatan makanan dan kualiti untuk 100% kebaikan yang dipercayai,
sememangnya rasa susu Fernleaf adalah 100% Mmmm.
Kerana kualiti dan kebaikan dari susu Fernleaf UHT,
AlongMurni (AM) jatuh cinta dan turut bersama-sama anak-anak AM menikmati
setiap titisan keenakan Susu Fernleaf UHT setiap pagi dan malam sebelum tidur.
Sepanjang 30 tahun yang lalu, Fernleaf telah memberikan
khasiat tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand kepada masyrakat Malaysia.
Susu Fernleaf UHT merupakan susu berkhasiat untuk AM dan anak-anak di samping
dapat mengekalkan diet yang sihat dan seimbang.
Dengan pengalaman dalam industri Tenusu selama lebih dari
140 tahun lamanya, Fonterra yang merupakan peneraju global dalam khasiat tenusu
percaya bahawa kualiti datangnya secara terus dari sumber. Hanya susu segar
daripada lembu yang diberi makan rumput dan mendapat penjagaan rapi,
digabungkan dengan sistem perladangan yang canggih dan ketelitian dalam setiap
langkah produksi, dapat menjamin khasiat tertinggi dalam produk tenusu.
Produk tenusu oleh Fonterra Brands Malaysia disahkan Halal
oleh New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT), yang diiktiraf oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diperuntukkan dalam MS1500:2009,
standard antarabangsa yang digunakan oleh JAKIM. Jadi, jangan ragu-ragu untuk
menikmati keenakan dan kebaikan 100 % susu Fernleaf UHT ya!!
Susu yang dihasilkan semuanya mempunyai bahan makanan semula
jadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh
badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang
berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.
Kalau nak tahu, Susu Fernleaf yang terhasil adalah berasal
dari lembu-lembu tenusu yang diusahakan di ladang semulajadi dan lembu-lembu
ini bebas meragut di padang rumput yang luas dan subur. Sebab itu lah, rasa
susu Fernleaf UHT ini enak, berkhasiat dan berkualiti tinggi.
Terdapat 3 jenis susu Fernleaf UHT. Antaranya Full Cream,
Low Fat dan juga Chocolate. Susu Fernleaf ini sangat enak diminum pada waktu
pagi dan dimakan bersama bijiran cereal.. Memang mengembalikan tenaga dan
memberikan kekuatan tumpuan pada anak-anak AM di sekolah.
AM dan anak-anak sangat menggemari susu Fernleaf UHT. Kalau
sehari tanpa menikmati keenakan dan kesegaran Susu Fernleaf UHT ini, AM rasa
kekurangan. Kadang-kadang AM menggunakan susu Fernleaf Full Cream untuk
dijadikan bahan dalam sajian seperti kek ataupun manisan. Wahh.. Bukan main
suka anak-anak bila susu Fernleaf jadi pilihan AM untuk sajian masakan untuk
mereka.
Berikut ada sedutan video yang ingin AM kongsikan bersama-sama pembaca setia Blog AlongMurni (AM).
#100Mmmmm #fernleafUHT #Fernleaf #FernleafMalaysia
KATA ALONG MURNI:
JOM KITA NIKMATI DAN SERIKAN PAGI
DENGAN SUSU FERNLEAF UHT.
RASAI KEENAKAN RASA SUSU YANG TERJAMIN,
BERKHASIAT DAN BERKUALITI TINGGI
18 Comments
Gigihnya AM...SA x sempat nak buat elok2 sebab kekangan masa kerja...sibuk je bulan ni ngan macam- macam task..SA doakan AM menang..aminnn
ReplyDeleteSusu Fernleaf ni memang bagus diamalkan untuk seisi kelaurga, Anak sis paling suka ceklat, sis pulak yang biasa punya je..boleh makan gan cereal gak
ReplyDeleteSusu fernleaf ni dah jadi wajib ada kat rumah linda, setiap pg bangun tido susu ni yg di cari dulu...tq #fernleafuht
ReplyDeletesyok lah.. kami suka sangat susu fernleaf ni.. anak i minum tiap tiap hari... ehehehehe
ReplyDeleteTaman mana AM dok bergolek ni. Hahaha. Good effort. Bella blur buat macam mana. Anyways, susu Fernleaf best. Baru teringat dah lama tak minum susu!
ReplyDeletehamboi. landing baik punyer di taman utk fernleaf. terbaik!
ReplyDeletehi hi hi spec comel & lembu itam putih yg viral hi hi hi...
anak-anak aida memang sgt suka milk based drink.
especially coklat. tak kisah la fernleaf of dutch lady tau.
aida plak memang suka beli full cream milk utk buat doh roti or sos pasta.
sentiasa ada at least 2 boxes dlm fridge.
fernleaf ni otai brand kat malaysia. trusted. and sedap !!!
Fernleaf mmg fav since kecik lagi. Skang dah ad flavour coklat lagi la penuh peti ais kat rumah. Btw susu Uht Fernleaf Low Fat selalu ambil time sarapan pagi. Best
ReplyDeleteunik betul straw untuk minum susu frenleaf..hari ni saj baca ramai giler dok suka minum suu fernleaf ni..esok nak kena cari sedozen gak lah
ReplyDeleteAmboi kak, kemain ye landing kat padang rumput. Btw, a good sharing. At least we all know about the brand. Paling best tahu sejarah lembu tenusu di NZ. Amazing sangat
ReplyDeleteWow....sampai terbaring kat atas rumput untuk menikmati kebaikan susu ya. :D
ReplyDeletestraw tu comel , hehehe fernleaf memang dah lama gila dah rasa nya dari kecik dah ada
ReplyDeleteComel prop mcm spec tu.. Hihi... Susu fernleaf mmg feberet kita mse kcik... Skrg pon msh minum lg..
ReplyDeletesusu fernleaf memang sedap..ada tiga perisa kan..ikut mana tekak kita boleh terima. Tapi semua jenis susu fernleaf nad boleh minum..sedap
ReplyDeleteWah.... Samalah. Kak nina seisi keluarga minum susu Fernleaf. Suka rasa sedap dia dan harga pun berpatutan. Lagi pun susu tepung full Cream Fernleaf no add sugar.
ReplyDeleteWow. Powernya photoshoot AM nie. Rawlins suka yang Low Fat sesuai untuk harian dan juga menambah nilai pada diet hehe. Yang penting, paling best bila minum sejuk2.
ReplyDeleteWow... Cantik photoshoot kat padang rumput tu.. Susu Fernleaf Chocolate memang sedap sekali! Harus restok kalau dah habis...
ReplyDeleteSusu uht fernleaf sedap. Nak-nak perisa coklat tu. Ingat kan rasa macam susu budak budak yng perlu bancuh tu. Rupanya tak pun.
ReplyDeleteLembu Fernleaf telah membanjiri kita semua sekarang ni. Ramai excited dapat beg susu lembu Fernleaf termasuklah Lia. Susu jenama favorite dari kecik sampailah sekarang.
ReplyDelete