IRISA COSMETICS FENOMENA TERBARU PRODUK
BERASASKAN TUMBUHAN DAN BAHAN SEMULAJADI


Pada hujung minggu yang lalu, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke majlis Pelancaran bagi memperkenalkan jenama Irisa Cosmetics bertempat di Black Box, Publika. AM dimaklumkan yang jenama Irisa Cosmetics ini adalah hasil gandingan dua adik beradik bernama Iman dan Irisa. Yang paling mengagumkan AM adalah Iman berusia 17 tahun dan adiknya Irisa berusia 15 tahun. wahhh!! Usia muda namun berani untuk mengorak langkah dalam dunia perniagaan.

Pengasas Irisa Cosmetics iaitu Iman dan Arisa

Semangat dan kekuatan mereka berdua untuk menceburi bidang perniagaan rupanya adalah hasil inspirasi dan galakan daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Kedua-dua ibu bapa Iman dan Irisa sebenarnya adalah Pemilik kepada Serasi Global Sdn Bhd yang cukup dikenali dengan produk penjagaan kulit wajah dari bahan semulajadi dan organik.




Sebagai permulaan Irisa Cosmetics tampil dengan 5 pilihan pewarna bibir (flux matte). Uniknya pewarna bibir ini adalah :
  • berasaskan tumbuh-tumbuhan
  • bebas dari paraben
  • sesuai untuk kulit sensitive
  • tahan lama dan memberi kesan yang lebih panjang
  • mudah menyerap
  • bebas dari cecair,
  • mesra wuduk
  • dijamin halal
  • senang dibawa ke mana-mana.



Lima pilihan rona pewarna bibir ‘Irisa Cosmetics Flux Matte dikenali sebagai Solo, Stigma, Valerie, Moonlight dan Dead Roses. AM sempat juga mencuba Pewarna Bibir Irisa Cosmetics ini. Terus AM jatuh hati tau pada Irisa Cosmetics. Bila AM pakai je, bibir AM nampak menawan dan menyerlahkan kecomelan AM.. hehehehe.. Yang paling AM suka adalah tiada lagi kesan gincu bila melekat pada gelas setiap kali AM minum.. Haaa.. ini yang buat AM terus sambar 1 set pewarna bibir Irisa Cosmetics.


“ Dengan semangat kekeluargaan dan bimbingan daripada kedua ibu bapa, kami telah bersama-sama melahirkan Irisa Cosmetics bermula dari pemilihan konsep, rekaan, penghasilan produk, percubaan formula, pemilihan bahan-bahan dan juga proses memberikan nama setiap pewarna bibir kami.
Kami juga turut terlibat dalam proses pembungkusan, laman web, social media, dan semua kami lakukan bersama-sama supaya hasilnya dapat membanggakan kami.

Irisa Cosmetics adalah glamor, kuasa, keberanian, berdaya saing, berkeyakinan dan sentiasa seiringan dalam menjalinkan persahabatan, cinta dan kehidupan,” kata Iman dan Irisa.


Amboii AM.. Bila dah pakai Irisa Cosmetics ini bukan main lagi berani posing bagai depan kamera.. Acah-acah jadi model comel tapi pendek gitu.. hehehe..

Turut bersama AM di majlis ini adalah Blogger Kolin dan Blogger Achik.. Sempat gak pose maut sekeping dua untuk jadikan kenangan.. Bukan senang nak bergambar dengan Kolin dan Achik ini tau.. Dua-dua kan wanita bekerja.. Jadi sibuk dengan tugasan dan jadual kerja.



KATA ALONG MURNI

AM SANGAT KAGUM DENGAN SEMANGAT JITU 
DARI DUA REMAJA CANTIK KELAHIRAN KUALA LUMPUR INI
 DALAM MENERUSKAN LEGASI PERNIAGAAN MILIK KEDUA IBU BAPA MEREKA. IMAN DAN IRISA MENJADI CONTOH TERBAIK ANAK-ANAK MUDA UNTUK 
TERUS BERANI MENCUBA DAN MENGORAK LANGKAH
 MENEROKAI DUNIA PERNIAGAAN. SERIUS AM MEMANG JATUH CINTA PADA PEWARNA BIBIR (FLUX MATTE) YANG BEGITU SEGAR DAN MEMPERSONAKAN.. MOGA ADIK BERADIK INI TERUS BERSATU HATI DAN BERJAYA DALAM SETIAP LANGKAH PENGHASILAN PRODUK KECANTIKAN YANG BERASASKAN
 TUMBUH-TUMBUHAN DAN BAHAN SEMULAJADI. 
AM MENYOKONG SEPENUHNYA IRISA COSMETICS.