TAIWAN EKSPO 2018 : 12 PAVILION PAMERAN
UTAMA
BUKA PELUANG KERJASAMA PERNIAGAAN ANTARA
TAIWAN DAN MALAYSIA
Rentetan dari kejayaan pada tahun lepas berikutan sambutan yang
menggalakkan semasa Pameran Taiwan Ekspo yang pertama diadakan. Acara yang
berlangsung selama tiga hari itu telah berjaya menarik kira-kira 20,000
pengunjung dan menjana peluang perniagaan bernilai 36 juta dolar AS. Lebih 88%
pelawat perdagangan menyatakan hasrat untuk melawat Taiwan. Selain itu produk
Halal dan teknologi pintar turut menarik minat ramai pengunjung sekali gus
berjaya menjana peluang kerjasama dagangan serta membina imej negara Taiwan
sebagai pengeluar produk-produk unggul di kalangan pasaran Malaysia. Sambutan
positif membuktikan kejayaan Taiwan Expo dalam mempromosikan imej "Kualiti
Taiwan" kepada rakyat Malaysia sekali gus menyemarakkan lagi acara pada
tahun ini.
Kali ini AlongMurni (AM) rasa teruja kerana Taiwan Expo 2018 kembali lagi dan akan
diadakan DI PUSAT KONVENSYEN DAN PAMERAN
KUALA LUMPUR (KLCC) DARI 25 HINGGA 27 OKTOBER 2018 dan akan menampilkan 12 PAVILION PAMERAN UTAMA yang meliputi
lapan sektor industri. Tahun ini merupakan tahun kedua berturut-turut yang
Taiwan Expo dianjurkan di Malaysia dengan pelbagai produk menarik akan
dipamerkan. Inovasi-inovasi hebat yang menonjolkan kecanggihan penyelidikan dan
pembangunan negara Taiwan yang bermutu tinggi
seperti ‘Lengan Robot’ kolaborasi
dengan pengesan visual pintar dan pencetak 3D telefon bimbit yang pertama di dunia.
MEMPAMERKAN KELEBIHAN DALAM 6 BIDANG UTAMA
Taiwan Expo 2018 yang bertema ‘Menghubungkan Taiwan,
Menghubungkan Dunia’ akan menampilkan 250 gerai oleh 200 syarikat yang meliputi
pelbagai kategori seperti Bandar Pintar,
Teknologi Hijau, Penjagaan Kesihatan, Halal Taiwan, Gaya Hidup Taiwan
dan Pelancongan Taiwan. Kategori
ini akan mempamerkan keistimewaan produk dan perkhidmatan berkualiti Taiwan
seperti masakan, fesyen, gaya hidup, budaya, pelancongan dan lain-lain.
Teknologi canggih Taiwan juga akan dipaparkan di beberapa
bahagian pameran bertema. Taiwan Excellence umpamanya akan mempamerkan produk umum yang terunggul;
Digital Commerce & Startups yang menggabungkan pemimpin dalam bidang
e-dagang; Produk ICT mendominasi bidang
teknologi internet dan komunikasi di Taiwan; Smart Health Station yang membawa
teknologi pintar ke dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan dan banyak lagi.
CARA SELAMAT & KEHIDUPAN YANG LEBIH
SEMPURNA
Taiwan sememangnya pakar dalam bidang R & D. Keupayaan pengeluaran,
pembungkusan produk dan pemasaran meletakkan Taiwan di antara yang terbaik di
dunia. Menerusi Internet of Things (IoT) umpamanya, ia merangkumi semua aspek
kehidupan seperti bandar pintar, rumah pintar, rehat dan rekreasi serta
peralatan pintar untuk memberikan kemudahan yang terbaik sebagai jalan menuju
masa depan. Dinamisme dan budaya inovasi di Taiwan telah membolehkan ia kekal
di samping teknologi terkini selama beberapa dekad dan merupakan peneraju dunia
dalam teknologi e-sukan, teknologi VR dan teknologi pengguna.
Sistem Bas Pintar yang berkeupayaan memantau pemandu
serta memberi peringatan kepada pemandu untuk meningkatkan kecerdasan dan
sistem automatik pemberitahuan sisa kitar semula pintar 24 jam yang membolehkan
pengguna mengetahui apa yang akan berlaku lebih awal. Robot kolaborasi pertama
di dunia dengan kedudukan visual pintar yang dapat mengenal pasti objek
berdasarkan banyak parameter seperti bentuk, kedudukan, warna dan kod dalaman
akan mengubah landskap pembuatan pada masa akan datang.
Teknologi Hijau juga akan dipaparkan dengan jelas di
bawah platform penyelesaian teknologi
hijau bandar pintar, bahan binaan hijau
untuk pembangunan lestari sekali gus mempromosikan gaya hidup yang lebih
prihatin terhadap alam sekitar.
MENGHAYATI NILAI HALAL & FESYEN
Memandangkan Malaysia memainkan peranan penting dalam
pensijilan Halal di seluruh dunia, Taiwan Ekspo turut menunjukkan sokongan
Taiwan terhadap perkembangan pasaran Muslim. Taiwan telah membangunkan industri
halal dengan cemerlang dan Taiwan Halal Pavilion akan memperkenalkan industri
halal Taiwan ke pasaran Malaysia. Satu Sidang Media Produk Halal Taiwan akan
turut diadakan bersempena Taiwan Expo 2018 untuk mempromosikan industri Halal
Taiwan sekali gus meningkatkan populariti produk-produk Taiwan di Malaysia.
Pengunjung juga boleh menghayati fesyen, produk kecantikan dan budaya
berbasikal di ruang pameran Taipei IN Style, dan mengalami sendiri pengalaman
kombinasi fesyen dan sukan yang Taiwan ditawarkan.
BERGAYA MERENTAS MALAYSIA & KEMBARA KE
TAIWAN
Menurut Indeks Pelancongan Muslim terkini (GMTI) yang
dikeluarkan oleh MasterCard, Taiwan disenaraikan sebagai salah satu destinasi
pelancongan OIC (Organisasi Kerjasama Islam) pilihan utama dalam kalangan pelancong Muslim. Inilah kali pertama Taiwan
memasuki kedudukan 5 teratas sekaligus membuktikan usahanya berjaya menarik
pelancong Muslim. Justeru itu tetamu Muslim dialu-alukan berkunjung ke pemeran
ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang tarikan-tarikan dan makanan yang menarik untuk anda!
Pada tahun 2017, Skyscanner memilih laluan berbasikal Sun
Moon Lake sebagai salah satu daripada 8 laluan berbasikal yang paling indah di
dunia.
‘Taiwan Bicycle’
telah lama menjadi jenama terkemuka di dunia dan telah mengeluarkan 20
juta unit basikal mewah setiap tahun. Aktiviti berbasikal yang sedang berkembang pesat di Malaysia sangat
bertepatan dengan visi Taiwan untuk menjadi destinasi berbasikal bertaraf
dunia.
PELUANG MENINGKATKAN PERNIAGAAN MENANTI
UNTUK DITEROKAI.
Selain daripada pameran produk, beberapa seminar dan
forum perniagaan akan berlangsung serentak dengan Taiwan Ekspo 2018 dengan
tujuan untuk berkongsi pengalaman dan idea-idea Taiwan dalam bidang
penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama wakil-wakil industri serta
akademik Malaysia. Tema utama forum perniagaan yang akan diadakan meliputi
Forum Digital, Pengangkutan Pintar dan Seminar Kecemerlangan Penjagaan
Kesihatan. Seminar dan forum yang diadakan bersama dengan sesi hubungan
perniagaan tersebut dijangka akan menjana peluang kerjasama dagangan antara
pengusaha-pengusaha Malaysia dan Taiwan.
Taiwan Ekspo merupakan salah satu aktiviti utama untuk
melaksanakan ‘Dasar Pandang Ke Selatan Taiwan’ (Taiwan Southbound Policy) di
Asia Tenggara. Antara negara-negara yang telah dijelajahi sebelum ini termasuklah
Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand dan India. Manakala, Malaysia yang
menjadi destinasi terakhir merupakan kemuncak siri jelajah Taiwan Expo pada
tahun ini yang menjadi tumpuan perhatian ramai.
Taiwan Ekspo 2018 akan berlangsung di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur pada 25hb. Oktober (Khamis) sehingga 27hb. Oktober (Sabtu), dari
pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. Kemasukan adalah percuma dan pengunjung
hanya cuma mendaftar untuk mendapatkan pas masuk.
Ringkasan
Taiwan Ekspo 2018 di Malaysia
6 Pemacu Utama
|
12 Tema Pavilion
|
8 ruang Pameran
|
Aktiviti-aktiviti
|
1.
Bandar Pintar
2.
Teknologi Hijau
3.
Penjagaan Kesihatan
4.
Halal Taiwan
5.
Gaya Hidup Taiwan
6.
Pelancongan Taiwan
|
1.
Perdagangan Digital & Keusahawanan
2. Agro Taiwan 3. Kecantikan Taiwan 4. Budaya Berbasikal Taiwan 5. Taiwan Excellence 6. Produk Hijau Taiwan 7. Halal Taiwan 8. Penjagaan Kesihatan Taiwan 9. Rekacipta di Taiwan 10. Pelancongan Taiwan 11. Kerajaan Bandar Taichung 12. Kerajaan Bandar Taipei |
1.
Produk Agro dan makanan
2.
Produk Kecantikan
3. Produk Halal 4. Perkakasan & bahan binaan pembinaan
5.
Produk kelengkapan rumah
6.
Produk ICT
7.
Sukan & Kesihatan
8.
Gaya Taipei
|
【Aktiviti
Pentas】
1.
Persembahan Kebudayaan Taiwan
2.
Pertandingan e-sukan antara kolej Taiwan Excellence
3. Acara VIP Produk Kecantikan
Taiwan
4. Pertunjukan Fesyen & acara
【Perlancaran
Produk】
1. Sidang Media Produk Halal Taiwan
【Forum
Industri】
1.
Forum Digital
2.
Seminar Pengangkutan Pintar Taiwan Excellence
3.
Seminar Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Taiwan
|
KATA ALONGMURNI
AM SANGAT TERUJA UNTUK SAMA HADIR KE TAIWAN
EKSPO 2018
KERANA PELBAGAI INPUT DAN INFORMASI TERDAPAT SEPANJANG
PAMERAN
TERSEBUT BERLAKU. AM BOLEH LIHAT INOVASI TEKNOLOGI TERKINI DI SAMPING MENDENGAR
DAN MEMAHAMI IDEA-IDEA YANG BAGUS SEMASA SESI DIALOG BERSAMA WAKIL-WAKIL DARI
TAIWAN BERKAITAN
PENYELIDIKAN DAN KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN.
JOMM
BERSAMA-SAMA AM KITA KE TAIWAN EKSPO 2018 PADA
25 OKTOBER (KHAMIS) SEHINGGA 27
OKTOBER (SABTU) DARI
PUKUL 10 PAGI HINGGA PUKUL 6 PETANG
DI PUSAT KONVENSYEN
KUALA LUMPUR.
20 Comments
cantiknya basikal tu..menarik byk jualan dari luar negara noh
ReplyDeletePertama kali tahu pasal Expo Taiwan ni. Makaseh info nya. Nanti hujung October nak ajak suami pegi laaa
ReplyDeletetk pernh pegi ke taiwan expo...tp kalau mcm halal food ada juga pernh tgk yg produk dr taiwan..mcm2 juga aktiviti yg akan ada time taiwan expo nanti ye..tq share info
ReplyDeleteBaru taw ad Expo Taiwan ni. Dengar cerita dan ad terbaca Taiwan merupakan tmpt mesra muslim. Nk pergi ni nak tengok apa yang best. Mana tahu nnti Taiwan masuk dlm wishlist country nk visit.hehehe
ReplyDeleteOwh taiwan expo pula , macam best je , if hala ke sana boleh singgah2
ReplyDeletebaru tahu ada expo Taiwan. First time ni. kinah sebenarnya tertarik dengan Taiwan sebab masa sekolah dulu pernah tengok satu siri drama Taiwan, tempat dia semuanya best2. teringin pulak nak ke sana. dengarnya di Taiwan banyak tempat makan muslim, nanti bolehlah ajak suami pergi expo ni
ReplyDeleteSekarang musim Taiwan ekk?? Sana sini tgok ramai yg promot sal Taiwan je ni. Ni yg buat terasa nak ke Taiwan pulak ni..:D
ReplyDeletealahai bestnya kalau dpt pergi ke taiwan, xpernah lagi jejak kaki ke san. jom rancang utk ke taiwan pulak AM. mesti best nie kalau dpt pergi ramai2
ReplyDeleteTaiwan pun antara wishlist SA..bestnya kalau dapat pi..kalau dpt pi big group pun best rasanya...SA dh sampai Guangzhou je...hahaha
ReplyDeleteTaiwan salah satu destinasi percutian yg ada dalam wishlist emi. Selalu duk tengok je org lain pergi. Teringin jugak nak ke sana. Btw emi x tahu pun adanya expo taiwan mcm ni.
ReplyDeleteBagus ada expo seperti ni. Dapat perkenalkan Taiwan pada dunia luar especially rakyat malaysia. Banyak teknologi pintar taiwan yang boleh digunapakai dekat negara kita ni utk menjadikan Malaysia lebih maju.
ReplyDeleteExpo Taiwan menarik! Makin famous la negara Taiwan lepas ni. hehe
ReplyDeleteEah expo produk taiwan mesti banyak pilihan kan. Sekarang senanglah kalau dah ada kat malaysia tak perlu ke taiwan untuk
ReplyDeleteMendapat produk yang diinginkan
Kak mmg suka pergi expo mcm ni,kita blh tgk mcm2 produk dari Taiwan
ReplyDeletegreat to try out all the products from Taiwan.. more best if can go visit Taiwan after using their products.. hahahaha~
ReplyDeleteWow ada taiwan expo..first time dengar ni...mesti best...nampak best la basikal2 tu
ReplyDeleteTaiwan Expo. First time dengar. Tak sngka pulak banyak juga info dari penulisan AM tentang taiwan expo ni. Maju juga eh rupanya taiwan ni. Hehee
ReplyDeleteWow.. xth pun ada taiwan expo. Macam best je nak pergi sana.. masa keje dgn travel agency tahu gak pasal tau.. tp sekarang ramai jugak ke taiwan sbb byk promote kan..
ReplyDeleteskrg ni selalu jugak dgr psl taiwan. rasa mcm tertarik pulak nk pg sana. haha
ReplyDeleteBanyak juga kita boleh belajar di Taiwan Expo ni. Dari segi festen hingga ke technology terkini mereka lebih maju dari Malaysia.
ReplyDelete