SAHABAT MEDIA-MMSOS DI GUA DAMAI EXTREME PARK
: PENUH KETERUJAAN DAN AKTIVITI LASAK
Pada 24 November 2018 yang lalu, AlongMurni (AM) telah mengikuti
program ‘Sahabat Media MMSOS’ di Gua Damai Extreme Park anjuran MM Synergy Sdn
Bhd. Rupanya Gua Damai Extreme Park ini terletak betul-betul di belakang rumah AM
sahaja. AM baru menetap di Kawasan Batu Caves ini kira-kira 4 bulan yang lalu.
Jadi, tak sempat lagi nak jelajah tempat-tempat yang menarik di Kawasan tempat
sendiri.
Sedikit info menarik yang AM ingin kongsikan mengenai Gua
Damai ini.
Gua Damai betul-betul bersebelahan dengan bukit besar Batu
Caves iaitu terletak di bahagian utara bukit berkenaan. Berkeluasan kira-kira
dua hektar, Gua Damai mempunyai lima gua iaitu Gua Kristal, Gua Anjing, Gua
Chili Padi, Gua Ichibawa dan Gua Fig Tree.
Gua Damai Extreme Park menyediakan banyak pakej pilihan
sesuai dengan keinginan dan minat pelanggan. Antaranya ialah sukan mendaki,
abseiling, memanjat pokok dan memasuki gua. Aktiviti abseiling dilakukan dari
dinding batu dengan ketinggian 25m sehingga 90m. Aktiviti memasuki gua pula
mempunyai 150 laluan dengan pembentukan batu kapur di gua ini berusia kira-kira
60 juta.
Haaaa.. mesti dah agak kan apa aktiviti yang akan AM
lakukan. Memang best tau!!
Seminggu yang lalu lagi AM dah rasa teruja nak mencuba
aktiviti yang disediakan. Siap sedia jogging kawasan sekeliling rumah untuk
mengelakkan insiden ‘pancit’ jadi berlaku.
Apabila tiba di Gua Damai, pihak MM Synergy Sdn Bhd telah
menyediakan Nasi Lemak sebagai sarapan pagi. Pergghh.. sedap tau rasa nasi
lemaknya.. seharum semerbak. Sempat juga AM bantai makan nasi lemak. Ada yang
dari rakan AM sempat balun 3 bungkus nasi lemak. Dan setiap peserta dapat T-Shirt MMSOS tau!!
Acara pagi itu dimulakan dengan pengenalan mengenai Aplikasi
MMSOS oleh pihak penganjur iaitu MM Synergy Sdn Bhd. Aplikasi MMSOS ini AM
telah ceritakan sebelum ini di blog AM. Boleh rujuk link ini. Aplikasi MMSOS
Mr K.L Lim iaitu pengasas kepada Butang Panik yang viral beberapa bulan ini dan banyak membantu dalam Program CSR memberi taklimat berkaitan program Sahabat Media-MMSOS di Gua Damai Extreme Park.
Mr K.L Lim Pengasas 'Panis Button-MMSOS' |
team Gua Damai |
En Mazlin Memberi penerangan tentang keselamatan |
En Mazlin mengajar cara-cara memakai alatan keselamatan |
khusyuk setiap peserta mendengar taklimat dan penerangan dari En Mazlin |
Jom.. AM dah siap sedia dengan alatan dan tali untuk mendaki dan ready nak jelajah Gua Damai..
Pintu masuk Gua Fig Tree |
AM bergambar di Gua Langsir |
aduhaii!! ada yang jatuh sempat senyum lagi.. |
ragam AM takut jatuh siap sempat peluk tiang lagi.. hehehehe |
best mendaki camni. |
AM bergambar di Gua Batik |
aktiviti rock climbing |
Alamat: Kampung Melayu Wira Damai Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)
Harga Tiket: RM70 (Fun Climbing), RM150 (Basic Rock
Climbing), RM150 (Gua Damai Extreme), RM70 (Basic Tree Climbing), RM250
(Personnel Climbing Guide)
KATA ALONGMURNI
BANYAK YANG AM PELAJARI DARI AKTIVITI PENDAKIAN YANG
DIANJURKAN SEPANJANG PROGRAM 'SAHABAT MEDIA-MMSOS'.
MEMANG PENUH DENGAN AKTIVITI YANG MENGUJAKAN DAN PENUH CABARAN. INSYAALLAH, AM MEMANG NAK DATANG LAGI
BERSAMA-SAMA RAKAN YANG LAIN. SYABAS DAN SEKALUNG TAHNIAH ATAS PENGANJURAN KEPADA PIHAK MM SYNERGY SDN BHD
0 Comments