Baru-baru ini AlongMurni (AM)
telah mengikuti ‘NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP’ selama 5 hari 4 malam bersama
dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata
menarik di daerah Baling, Kedah.
Dalam program ini AM berpeluang
merasai pengalaman pemetaan Perjalanan Eko-Pelancongan di Baling, Kedah
(Nature-Based Travellers to Malaysia - NBT2MY) dan mewar-warkan secara meluas
kepada orang ramai di dalam dan juga antarabangsa tentang keunikan dan keindahan
Baling.
LOKASI TEMPAT PERKHEMAHAN MENARIK DI BALING, KEDAH
Aktiviti perkhemahan sebenarnya
bukan saja dapat mempromosikan lokasi perkhemahan tempatan kepada orang ramai
malah juga memberi pendedahan percutiaan alam kepada keluarga tersayang.
Aktiviti berkhemah sememangnya
dapat merehatkan minda dengan menikmati keindahan alam semula jadi. Bagi AM, pemilihan
tapak perkhemahan juga sangat penting. Jadi AM senaraikan antara tips pemilihan
seperti berikut:
- Tanah yang rata
- Ada perlindungan dari angin seperti tempat berbukit
- Berdekatan dengan punca air
- Mendapat sinaran matahari
- Mempunyai hubungan dengan jalan, trek atau denai
Jadi AM nak senaraikan 3 lokasi tempat perkhemahan yang
menarik di Baling, Kedah dan wajib dikunjungi bersama keluarga dan sahabat
handai.
3 TEMPAT LOKASI PERKHEMAHAN MENARIK WAJIB DIKUNJUNGI
DUSUN TOK WAK DESA
Di Dusun Tok Wak Desa, AM dan team disambut dengan ramah
oleh tuan empunya Dusun Tok Wak Desa
iaitu En Mohd Akhir Ismail yang lebih mesra dipanggil dengan Pak Long.
Meskipun sudah berusia 66 tahun, namun susuk tubuh beliau yang lasak macam
orang seusia 40 tahun.
Sampai je di Dusun Tok Wak Desan, AM terpegun dengan kejernihan air Sungai dan susun atur setiap pondok yang tersusun dan kemas.
Kehadiran AM dan team disambut dengan Mee Gorang Madu Kelulut, Kopi O Kelulut dan Teh Madu Kelulut. Memang padu bila setiap sajian masakan berasaskan madu kelulut. Pertama kali mencuba, AM sangat sukakan keenakannya.
Terdapat pelbagai kemudahan lengkap di sini. Antaranya
adalah:
- Surau
- Tandas
- Gerai Makan
- Pondok atau Bangsal untuk santai berehat
- Ruangan tapak perkhemahan
- Ruangan dan tempat BBQ tersedia
SESI MENGOPI BERSAMA PAK LONG
Untuk aktiviti malam, AM dan team dijamu oleh Pak Long
dengan menu BBQ yang terdiri dari perapan ayam, sosej, daging dan udang beserta
dengan bihun dan nasi goreng. Tak lupa juga minuman kopi o’ madu kelulut dan the
tarik madu kelulut.
Sambil menjamu selera, kami berborak dan meluangkan masa
mendengar cerita-cerita menarik berdasarkan pengalaman Pak Long dalam memajukan
Dusun Tok Wak Desa ini. Kami begitu terhibur dengan senda gurau Pak Long semasa
bercerita. Tak jemu kami mendengarkan walaupun malam semakin larut.
Untuk makluman, Dusun Tok Wak Desa ini bersebelahan dengan Bukit
Gadong. Jadi, Pak Long juga boleh aturkan program untuk mendaki Bukit Gadong
bagi yang berminat. Pak Long berpegang erat pada moto iaitu Indah, Damai dan
Bahagia dalam memastikan Dusun Tok Wak Desa terpelihara kerana ianya merupakan
warisan peninggalan turun temurun.
Lokasi: DUSUN TOK
WAK DESA BALING
Jalan Ulu Legong,
K702, Kampung Kuala Kedua, Ulu Legong,
Mukim Siong, 09100
Baling, Kedah.
Contact: 019-5088258
(Pak Long)
Facebook : Dusun Tok Wak Desa Sentosa
SEBARAU PARK CAMPSITE
Lokasi perkhemahan yang sempat AM kunjungi adalah Sebarau
Park yang merupakan kawasan sungai paling hujung di Sebarau yang sesuai untuk perkhemahan
bersama keluarga.
Antara kemudahan sedia ada di sini adalah tandas, bangsal
atau pondok, ruangan BBQ/memasak, dan surau. Khemah juga disediakan untuk
sewaan.
Sebarau Park Campsite menawarkan servis sewa tapak dengan
harga serendah RM20.00. Terdapat juga pakej makan dengan harga bermula dari
RM15.00 dengan minima pesanan seramai 10 orang.
Lokasi: SEBARAU
PARK CAMPSITE
Weng Dalam, Kampung
Bukit Ketil, 09100 Baling, Kedah.
Waktu operasi: Setiap
hari (8.00am - 6.30pm)
Contact:
011-64881464/ 013-4614205 (Encik Shukri)
Facebook: www.facebook.com/sebaraupark
Instagram: www.instagram.com/sebarauparkcampsite
Tiktok: www.tiktok.com/@sebarauparkcampsite
TERATAK SIMPUL
Kawasan ni sesuai untuk berkhemah, berkelah dan mandi air sungai yang nyaman kerana kawasan yang nyaman dengan aliran Sungai yang jernih dan keindahan semulajadi.
Malahan terdapat bangsal/pondok, jambatan gantung, buaian buatan dan banyak port-port yang menarik untuk OOTD. Antara kemudahan yang ada untuk berkhemah di sini termasuklah BBQ pit, gerai makanan, parking, dan tandas.
Teratak Simpul menawarkan pakej menu dengan harga serendah
RM25/ seorang dan RM135.00/ 5-6 orang makan.
Lokasi: TERATAK
SIMPUL D'WENG DALAM CAMPSITE
Weng Dalam, Kampung
Bukit Ketil, 09100 Baling, Kedah.
Waktu operasi: Setiap
hari (9.30am - 6.00pm)
Contact: 013-5138487/
019-5603465
Facebook: www.facebook.com/profile.php?id=100066622615961
Instagram: www.instagram.com/terataksimpul
Tiktok: www.tiktok.com/@teratak_simpul
ETIKA KETIKA BERKHEMAH
- Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan.
- Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan.
- Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta menghargai kawasan sekitar.
- Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan
- Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang.
- Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti.
KATA ALONGMURNI
Bagi yang ingin berkhemah wajib bawa keluar apa yang dibawa masuk seperti tin dan plastik. Elakkan menanam sisa makanan kerana cuaca dan binatang akan mengeledah. Jadi akan mudah dihanyut dibawa air sungai seterusnya menyebabkan pencemaran air dan alam sekitar. Jaga merosakkan hidupan dan tumbuhan liar. Hargailah perseimbangan alam semulajadi yang indah kerana kita adalah sebahagian daripadanya.
NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP telah diadakan pada 13 Januari 2024 – 17 Januari 2024. FAM TRIP ini merupakan anjuran QTT Group PLT bersama dengan rakan bersekutu Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan dibantu Team KembaRojak.
#DusunTokWakDesa #SebarauPark #TeratakSimpul #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel
0 Comments