RAIKAN ‘BEST REUNION EVER’ DI TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON.



Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan meluangkan masa bersuka ria bersama rakan-rakan AM sempena cuti Tahun Baru China di TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON. Memandangkan AM tidak ke mana-mana jadi pelawaan diterima dengan hati terbuka. Ke SUNWAY LAGOON la AM!!



Terbayang dah macam-macam aktiviti air dan permainan extreme yang boleh AM terjah nanti. Dari rumah AM, AM gunakan kemudahan pengangkutan awam untuk sampai ke Sunway Lagoon.

Dengan membawa tagline ‘BEST REUNION EVER’, AM turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa kontemporari oleh Persatuan Tarian Singa Kun Seng Keng. Kumpulan tarian singa dari Kuala Lumpur yang telah berjaya meraih beberapa gelaran juara bertahan dan yang terbaru adalah Juara Kejohanan Antarabangsa Tarian Singa Selatan yang diadakan di China tahun lepas. Memang hebat kan??




TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON tengah mengadakan promosi sempena sambutan Tahun Baru Cina tau!! AM turut dihiburkan dengan aktiviti seperti pertunjukkan drum 12 Majestic,Prosperity for All welcome dance, Meet & Greet with the God of Prosperity, Captain Quack and Lady Quack, Sand Art Workshop, dan tarian Hua Ren Heritage Chinese New Year.



AM SEMPAT JOIN ART SAND WORKSHOP

Taman tema seluas 88 ekar ini dibina 150 kaki di bawah paras laut iaitu dahulunya merupakan tempat bekas lombong bijih timah dan kini mempunyai 90 tarikan di dalam enam taman. Taman yang dimaksudkan ini punyai keisitimewaan dari bentuk taman air, taman tema hantu, taman ekstrim, taman hidupan dan lain lain lagi.

Bayangkan AM berada di Taman Tema Sunway Lagoon dari pagi sampai petang namun masih banyak yang AM tak sempat nak terjah. Antara yang sempat AM terjah adalah :

SUNWAY LAGOON AMUSEMENT PARK


Kat sini kebanyakan aktiviti kering iaitu tanpa perlu membasahkan diri. Pemandangan indah melalui jambatan bergantung terpanjang di Malaysia dan lihat dunia dalam keadaaan terbalik di Tomahawk and Pirate’s Revenge.

Tapi yang tak boleh AM lupakan adalah Pirate’s Revenge ini. AM naik kapal lanun ini dan berpusing 360 darjah tau. Masa nak terbalik tue apalagi, memang sah la AM pejam mata.. Taksanggup nak tengok pemandangan yang tinggi bila terbalikkan ke bawah.. Ngeri wooo.. dengar kiri kanan AM menjerit jer.. Hahahaha.. Masa time kapal lanun tue meluncur turun AM la yang jerit paling kuat!!

SUNWAY LAGOON WATER PARK


Ini memang aktiviti yang paling AM suka!! Kita main air!! Memang semua game di sini AM cuba tau!! Tema regu AM bersama naik pelampung adalah Marou. Bayangkan dua-dua jerit bila setiap kali  pelampung menuruni gelongsor tue!! gamak ooo dengan suara AM dan marou!! Hahaha..


BERGAMBAR SEBELUM MANDI



AM DAN MAROU MENAIKI PELAMPUNG

AM juga sempat terjah di Waterplexx 5D. Menarik benar tau sebab kita pakai cermin mata 5D sambil menonton wayang. Kerusi semua boleh bergerak dan ada semburan air semasa menonton bergerak seiring dengan tema jalan cerita wayang tue.. keluar dari Waterplexx 5D nie, AM lencun abis baju tau!!

SUNWAY LAGOON SCREAM PARK

AM dan rakan-rakan tidak melepas peluang untuk terjah di Rumah Hantu sebaik saja memasuki Lynton V Harris’ Scream Park. Serius memang best sebab banyak aksi yang mengejutkan dan kami jerit secara berjemaah tau!!! sampai tekak pun rasa sakit. Tapi memang satu pengalaman yang best dan penuh gelak tawa bila keluar dari Rumah Hantu nie..

WILDLIFE PARK

AM sempat melawat haiwan haiwan liar di taman rimba dan pelbagai lagi. Antara haiwan liar yang boleh dijumpai adalah singa, harimau putih, harimau kumbang, kura-kura, burung nuri, Landak, ikan koi, dan lain lain lagi. Kemudiannya AM ke Pet Village.

PERTUNJUKAN ULAR BERSAMA PENONTON

Di sini, AM kagum bila melihat persembahan dari Burung-burung yang jinak, terlatih dan bijak betul. haaa.. persembahan ular pun ada kat sini gak tau tapi yang paling buat AM tergamam bila pihak taman tema buat gimik yang ada haiwan yang terlepas dari sangkar kononnya. Terkedu bila lihat Ular sebesar paha AM nie ada di kerusi tau!! Rasa nak panjat kerusi pun ada masa tue..

Walaupun AM tak semua lokasi AM sempat pergi tapi AM benar-benar enjoy dan puas hati dengan permainan yang terdapat di Sunway Lagoon nie.. Memang terbaik!!
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Sunway Lagoon di +603-5639 0000 atau layari www.sunwaylagoon.com  atau ikuti www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.



KATA ALONGMURNI


AM RASA GEMBIRA DAN PUAS DAPAT BERSAMA-SAMA RAKAN
 DI TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON. 
HARGA PROMOSI TIKET SEMPENA TAHUN BARU CINA MEMANG BERBALOI DENGAN AKTIVITI YANG PADAT DAN MENARIK. 
MEMANG TERUKIR SERIBU KENANGAN TERINDAH BERSAMA RAKAN-RAKAN BERSESUAIAN DENGAN TAGLINE ‘BEST REUNION EVER’.  
MEMANG TERBAIK WOOO!!1