PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI EVERIA VILLA RESORT 
DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY

MEMPUNYAI RUANG BERKONSEPKAN KELUARGA, SELESA DAN MUDAH


Kali ini Pengembaraan AlongMurni (AM) bersama #TravelWithBuddies tiba di Bukit Gambang Resort City (BGRC) Menariknya tentang BGRC ini adalah merupakan adalah bandar peranginan bersepadu yang merentasi 727 ekar hutan sekunder. Kiranya dikelilingi hutan dan alam semulajadi tau!! Rasa segar bila dapat tengok kehijauan alam.

BGRC terletak di lokasi yang agak strategik iaitu di pintu masuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan ibu kota Pahang, Kuantan. BGRC juga dikategorikan sebagai pusat percutian yang mempunyai tarikan alam semula jadi dan kebudayaan yang sangat dicari oleh pelancong dari dalam atau di luar negara.



MENGINAP DI EVERIA VILLA RESORT


Sepanjang percutian 3 hari 2 malam di BGRC, AM dan team menginap di Everia Villas Resort menawarkan ‘Premier Resort Living’ di vila-vila yang direka khas di dalam 727 ekar Bukit Gambang Resort City. Uniknya vila-vila di sini diberi nama mengikut pelbagai reka bentuk yang menggambarkan rumah-rumah ikonik khas bandar-bandar seperti San Francisco, Amsterdam dan Venice. Rasa macam menginap di luar Negara.  Tambah menarik WiFi percuma boleh diakses di seluruh kawasan penginapan.

Ruangan tamu yang luas

Sempat pula main kejar-kejar kat tangga.. Hehehe

Agak-agak AM nak masak aper yea?

"Hello Awak, jom lepak ramai-ramai di Villa Averia "
Villa Everia ini mempunyai TV, ruangan makan dan sofa di ruang tamu, dapur kecil dan juga balkoni. Vila ini juga selesa dan serba lengkap dengan perkhidmatan dobi dan pembersihan. Villa Everia mempunyai 3 bilik dan setiap bilik mempunyai bilik mandi tersendiri  dan dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian. Menarik kan?? Boleh bawa keluarga besar datang menginap di sini. Memang puas hati wwooo!!

Dah ready nak baring-baring nie!

Menanti Awak di luar jendela. Eceh!!

Siap sedia segalanya di Bilik Tidur

Bilik Mandi yang serba lengkap.
Segalanya tersedia ada
Di Villa Everia ini juga menawarkan pusat kecergasan, kolam renang luaran dan kemudahan barbeku di lokasi. Bila dengar boleh Barbeque, apalagi ber’BBQ’ la AM dan team di luar Villa.
Owh ya di sini parking percuma dan perkhidmatan shuttle percuma juga kalau hendak melakukan aktiviti di Taman Tema BGRC ini. Nak tahu aktiviti menarik AM di BGRC boleh klik di link ini ya!

https://alongmurni.blogspot.com/2019/03/3-destinasi-menarik-yang-wajib-diterokai-jika-ke-Bukit-Gambang-Resort-City.html

Sekarang masa untuk berBBQ bersama team #TravelWithBuddies

Dah ready nak berBBQ nie


Gigih masing-masing memasak

Jemput makan yea

 ARABIAN COFFEE HOUSE



Sepanjang 3 hari 2 malam ini, AM dan team sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam di Arabian Coffee House. Walaupun agak jauh dari lokasi penginapan AM, namun ianya mudah kerana Tram di sediakan secara percuma untuk pergi balik dari Arabian Coffee House ke Villa Everia.


Menu sarapan pagi

Meriah kan sarapan pagi AM?? Makan yang ringan-ringan je sebab selepas ini ada banyak aktiviti menarik menanti di Bukit Gambang Resort City.

Makan tengahari


Antara menu-menu yang menarik perhatian AM dan wajib dicuba adalah Kek dan Pencuci mulut!! Memang sedap, gebu dan buat AM nak makan dan makan lagi.




KATA ALONGMURNI

SATU PENGINAPAN DAN PERCUTIAN YANG MENARIK DENGAN 
KEMUDAHAN YANG CUKUP LENGKAP MEMBUATKAN 
AM INGIN DATANG SEMULA BERSAMA KELUARGA. 
SESUAI UNTUK SANTAI DAN 'BONDING TIME' BERSAMA KELUARGA. 
TAMBAH ERAT DAN KUKUH IKATAN KEKELUARGAAN. 
CUTI SEKOLAH INI MASA YANG SESUAI UNTUK 
MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG JAUH DAN 
DEKATKAN DI BAWAH SATU BUMBUNG. 
PASTI MENGIMBAU ZAMAN DULU-DULU BERSAMA ADIK BERADIK.