MAJLIS PELANCARAN ROKET PEMASARAN MOMENTUM 2019
TEKNIK DAN CARA ‘NAK TARIK PELANGGAN’ MELALUI PLATFORM ONLINE
PAKAR PEMASARAN ONLINE: NAJIB ASADDOK



Perniagaan bukanlah suatu bidang yang asing dalam Islam. Bidang ini bukan sahaja  membantu menjana ekonomi individu, malah dianggap sebagai sesuatu ibadah. Galakan dan dorongan Nabi Muhammad S.A.W supaya masyarakat Islam menceburi bidang perniagaan tidak digambarkan dengan kata-kata sahaja bahkan Rasullah sendiri, sebelum diutus menjadi Nabi merupakan peniaga berjaya. Pada usia muda lagi Rasullah telah berniaga hingga ke bumi Syam dan sungguh amanah dalam mengurus perniagaan Siti Khadijah sehingga digelar Al-Amin. Contoh ini telah diteladani ramai sahabat Rasullah. Abu Bakar as Siddiq dan ‘Uthman ‘Affan umpamanya menjalankan perniagaan pakaian sementara Umar Al Khattab pula menguruskan perdagangan biji-bijirin.

Namun trend pemasaran dan pembelian pengguna telah berubah seiring peredaran zaman dan teknologi. Lebih ramai pengguna mendapatkan informasi daripada medium online dan ini sekaligus mempengaruhi cara mereka membeli sesuatu produk atau perkhidmatan.



AlongMurni (AM) berkesempatan untuk mengahdiri Majlis Pelancaran Roket Momentum 2019 yang diadakan di Holiday Inn, Subang baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd iaitu Najib Asaddok yang terkenal sebagai Pakar Pemasaran Online di kalangan usahawan tempatan telah melancarkan kempen Roket Pemasaran Momentum. Program seumpama ini bertujuan bagi membantu 50,000 usahawan terutamanya usahawan yang mempunyai perniagaan supaya dapat memahami ilmu pemasaran online dan menarik lebih ramai pelanggan.




“ Ramai lagi usahawan yang masih belum gunakan PEMASARAN ONLINE sedangkan cara ini membantu mempercepatkan perkembangan bisnes mereka. Dengan Formula Online Roket Marketing kami, kempen pemasaran mereka akan lebih berkesan, jenama lebih dikenali dan jualan meningkat berkali ganda.
Menurut laporan Hootsuite yang terkini, seramai 24 Juta rakyat Malaysia online setiap hari. Ini adalah satu peluang besar yang patut usahawan rebut dalam usaha memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka, “ Jelas Najib Asaddok dalam siding media Pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019 - Nak Tarik Pelanggan.




AM sangat kagum dengan teknik dan cara penyampaian Najib Asaddok. Walaupun 1 jam beliau bercakap namun ianya tidak membosankan kerana penuh dengan mesej dan informasi penting.

AM juga dimaklumkan yang program ini disasarkan untuk menguasai pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Usahawan yang terlibat dalam industri Fesyen, Makanan, Kesihatan, Kecantikan dan Perkhidmatan amat digalakkan untuk menyertai program seumpama ini.



Najib Asaddok selaku CEO Momentum Internet Sdn Bhd mempunyai misi untuk membantu seramai 50,000 usahawan di Malaysia supaya usahawa dapat membina bisnes dan meningkatkan jualan melalui siri kelas Roket Pemasaran Momentum yang ditawarkan pada yuran RM 1 sahaja!! Menarik bukan??

Untuk info lanjut dan berminat untuk mendaftar boleh layari www.naktarikpelanggan.com dan www.50kusahawan.com

KATA ALONG MURNI

PROGRAM SEUMPAMA INI HARUS DISERTAI OLEH RAMAI USAHAWAN BAGI MENINGKAT EKONOMI , MENJANA PENDAPATAN DAN 
MEMPERKENALKAN JENAMA KEPADA PENGGUNA SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEMASA. 
 JOM SERTAI ROKET PEMASARAN MOMENTUM 2019 . 
CEPAT DAFTAR SEKARANG!! KERANA UNTUK TEMPOH TERHAD 
YURAN SEBANYAK RM1 DIKENAKAN.