SURIA KLCC : HIDUPKAN KESERONOKAN DAN
KEMERIAHAN MALAM TUJUH LIKUR
BERTEMAKAN SEMURNI IKATAN SEINDAH LEBARAN
Sekarang dah menginjak 23 Ramadhan. Bahang sambutan Aidil
Fitri makin terasa. Mesti ramai suri rumah dah sibuk dengan kuih raya dan
membeli belah barangan keperluan untuk menyambut hari raya kan??
Baru-baru ini AlongMurni (AM) sempat menjengah ke Pusat beli-belah
terkemuka, Suria KLCC. Menariknya di sini adalah KLCC meraikan sambutan Hari
Raya Aidilfitri dengan menghidupkan semula kenangan tentang keseronokan malam
ke-27 Ramadan yang dikenali sebagai Malam Tujuh Likur.
Dengan bertemakan Semurni Ikatan Seindah Lebaran, ruang
legar utama suria KLCC dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni umpama
sebuah pesta cahaya pada Malam Tujuh Likur tau!!! AM dimaklumkan yang pengunjung
akan dapat merasai sendiri keindahan Malam Tujuh Likur di pusat pusat
beli-belah itu hingga 9 Jun ini.
Tarikan utama adalah replika istana berbentuk pentagon yang
diilhamkan dari Istana Jahar di Kota Bharu, Kelantan. Replika istana ini
dihiasi pelbagai ukiran halus yang menampilkan keindahan serta kekayaan seni
bina masyarakat Melayu. Malahan gabungan ukiran tradisional Melayu dan corak
geometri Islam yang menghiasi struktur binaan memberikan impak yang sempurna
terhadap replika istana lama tersebut.
Sempat bergambar bersama dengan Naz JJCM |
Bila menjejak kaki ke sini, AM dapat lihat sebuah taman mini
yang cantik dihiasi bunga-bungaan dan lampu berwarna-warni menambahkan keserian
dekorasi ruang legar Suria KLCC yang pastinya akan memukau pandangan AM. Lebih
mengujakan apabila Suria KLCC sekali lagi mencipta keunikan sempena sambutan
Hari Raya Aidilfitri dengan membina replika pelita tertinggi di Esplanade KLCC
berketinggian 70 kaki.
Replika Pelita Tertinggi |
Sehingga 9 Jun 2019,pengunjung yang datang berpeluang
menikmati persembahan menarik antaranya tarian drama Mak Yong, tarian muzikal
Raya Malam Tujuh Likur, tarian tradisional, dikir barat dan persembahan silat.
BERKONGSI REZEKI BERSAMA DENGAN YANG LEBIH MEMERLUKAN
Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai, KLCC turut
bersama-sama dengan orang ramai bagi mengumpulkan dana 'Share The Care' melalui
Yayasan Makanan Bantuan iaitu organisasi
bukan kerajaan yang pertama yang ditubuhkan untuk mengurangkan pembaziran
makanan dan menamatkan kebuluran di Malaysia hingga 9 Jun, 2019. Setiap
pembelian barangan di KLCC akan didermakan RM10 untuk tujuan tersebut. Dana
yang dibangkitkan akan disalurkan ke Yayasan Makanan Bantuan untuk membeli
barangan makanan, membiayai bantuan kecemasan dan menyokong operasinya untuk
mengurangkan kelaparan dan kekurangan makanan di negara ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yayasan Makanan
Bantuan, lawati www.foodaidfoundation.org
AM berbuka puasa di Chakri Palace Suria KLCC |
MERIAHKAN PERAYAAN AIDIL FITRI
Mulai dari 10 Mei hingga 9 Jun 2019, pengunjung yang membeli
barangan di Suria KLCC akan menerima sepasang balang gula-gula dan paket Raya
dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM1,000 ke atas dalam dua resit. Pengunjung
juga boleh menyertai satu peraduan untuk memenangi pakej pengalaman makan secara
eksklusif untuk dua bersama dengan Chef
Sherson Lian.
Pelbagai peraduan dan hadiah menarik menanti pengunjung yang
datang. Info lanjut boleh layari www.suriaklcc.com.my
AM bersama dengan Chef Sherson Lian |
KATA ALONG MURNI
KADANG-KADANG AM
TERFIKIR JUGA BILA HADIRI BUFFET RAMADHAN,
AM LIHAT BANYAK BERLAKU PEMBAZIRAN
MAKANAN.
JADI PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH SURIA KLCC SANGAT BERTEPATAN
DI
SAMPING DAPAT MENGELAKKAN PEMBAZIRAN, IA JUGA DAPAT MEMBANTU GOLONGAN YANG LEBIH
MEMERLUKAN. INSYAALLAH.. 🤟🤟🤟 TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SURIA KLCC ATAS INISIATIF DAN
GALAKAN YANG DIBERIKAN.
17 Comments
Nice blog.
ReplyDeleteRegards.
promoswithin.com
coopanz.com
savingjet.com
eyh.. hello Abg Naz.. baru jumpa dia malam tadi.. hahaha
ReplyDeleteGreat sharing of KLCC. I do agree how much food wastage always happen in this holy month. Good to know that they are doing something on it.
ReplyDeleteRawlins tak sampai lagi kat KLCC untuk Ramadhan nie.
ReplyDeleteNak tengok gak hiasan KLCC yang always cantik dan besar.
Betul, yang berkongsi rezeki tu Rawlins setuju. Seeloknya share dengan semua.
Naim tak besa lagi jejak kaki di KLCC. Nampak cantik ja dalam gambar
ReplyDeleteNampak cantiklah semua deco sempena raya ni di KLCC. Rasa macam teringin sangat nak bergambar kat sini sambil jalan-jalan cuci mata shopping pakaian raya. Suka sangat dengan konsep tahun ni kat KLCC
ReplyDeleteWahh meriahnya event. Pasang likir tu paling suka malam2 nak tengok je.seronok ni kalau jalan sana tapi takde masa nak kesana. Huhu. Mampu tengok AM jela.
ReplyDeleteMeriahnya dekorasi raya kat KLCC setiap tahun tak pernah mengecewakan dan menghampakan tetamu yang datang nak shopping raya pun rasa seronok dan menarik hehehehe kita jer tak mampu nak beli kat sini lagi wakakakaka...
ReplyDeleteRaya decoration looks nice! Haven't been to KLCC in such a long time and the deco seems better than other malls. It is also good initiative that they are doing CSR for those who are in need :)
ReplyDeleteSis tak berkesempatan lagi nak ke KLCC, nak ke shopping mall lain pun macam tu jugak. Rasa berat kaki nak kesana semata cuci mata je..huhuhu. Tapi KLCC saban tahun memang meriah dah hiasan memang cantik2.
ReplyDeleteWahh ada pelita besarlah menariknya, sy tak sempat terjah KLCC utuk shopping raya, AM dah habis ke shopping raya tu he he he
ReplyDeletecantik dekorasi kat klcc...memang kawasan spot utk ootd...suka dengan hiasan yang warna-warni..kalau datang shopping klcc confirm akan bergambar disini
ReplyDeleteCantik dekorasi kat KLCC. Memang tak sempat la nak selfie sebab sis tinggal di penang. Thanks for the sharing. Dapat cuci mata pun ok dahhh...
ReplyDeleteWah... Cantik laaaa dekorasi kat KLCC. Meriah nya! Terusnrasa mood Raya on already. Ni kalau bawak anak² sure depa seronok bergambar non stop. Atau mamanya yang over kot! HAhaa..
ReplyDeleteTeringat zaman kecik-kecik bila dah start pasang lampu 7 likur, lepas berbuka semua kalut nak pi ambik pelita tolong Atuk bakar lampu. Rindunya la hai zaman tu...
ReplyDeletecantik betul hiasan2 yang terdapat di KLCC nie. terus rasa nak raya cepat2. dah pergi dah hari tu ke KLCC, memang cantik betul dekorasi dia. bagus sape yg buat.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete