FESTIVAL ANUGERAH MUZIK VIDEO ANTARABANGSA 2020 (IMVAF 2020): PERTANDINGAN VIDEO MUZIK


FESTIVAL ANUGERAH MUZIK VIDEO ANTARABANGSA 2020 (IMVAF 2020): PERTANDINGAN MUZIK VIDEO

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Pelancaran Festival Anugerah Muzik Video Antarabangsa 2020 (IMVAF 2020) yang bertujuan menggalakkan ‘keamanan dunia’ serta turut mempromosikan ‘mesej positif’ melalui pertandingan muzik video.

Anugerah yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran TOC PRODUCTION dan dijadual berlangsung pada 7 Mac 2020, di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Memang menarik kan?? Rasa tak sabar untuk melihat hasil video-video yang terlibat dan yang dipilih nanti.

Pengasas TOC Production dan IMVAF 2020 Excella Chong berkata anugerah itu adalah sebagai satu inisiatif iaitu pemain industri utama daripada para artis, pengarah filem, koreografer sehingga kepada pengeluar boleh mempamerkan karya mereka dan mendapat pengiktirafan global.


“Ia adalah platform khusus untuk mempamerkan budaya dan seni melalui hiburan dan pendidikan (edutainment) dan akan mempamerkan artis Malaysia dan China untuk meraikan pencapaian mereka dalam filem, penciptaan muzik dan seni persembahan. Dengan pendekatan ini, IMVAF 2020 berharap dapat mendidik orang ramai melalui video muzik,” katanya pada majlis pelancaran IMVAF 2020 di sini hari ini.

IMVAF 2020 dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu Youth & Students, Terbuka dan Hobbyist & Semi-professionals and Professional Corporate Category.

Antara syarat-syarat penyertaan video muzik itu adalah:
  • Mesti menampilkan tema keamanan dunia dengan fokus sama ada hubungan Malaysia dan China.
  • Mewujudkan kesedaran bagi tujuan sosial atau mempromosikan nilai moral positif yang lain.
  • Menggunakan Bahasa rasmi bagi video muzik itu adalah bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan Mandarin (dengan sari kata dalam bahasa Inggeris atau Mandarin jika perlu)
  • Tarikh akhir penyerahan video muzik pada 10 Jan 2020.

IMVAF 2020 disokong sepenuhnya oleh Recording Industry Association of Malaysia (RIM), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Asean Retail-Chains & Franchise Federation (ARFF), Malaysia Entrepreneurs’ Development Association (PUMM), The Confederation of Lau Clan Associations Malaysia, Professional Film Workers Association Of Malaysia (PROFIMA), dan Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia (MOTAC).


Untuk butiran lanjut mengenai anugerah dan garis panduan penyerahan video muzik, lawati www.imfav.com

Post a Comment

1 Comments