SOFTSUPPLIES SDN BHD: INOVASI TEKNOLOGI PENGIKLANAN TERKINI
FAN 3D HOLOGRAM
MURAH, FLEKSIBEL DAN MUDAH DIPASANG
AM bergambar bersama Fan 3D Hologram |
Seringkali bila berjalan sambil cuci mata, AlongMurni (AM)
dapat melihat perkembangan teknologi yang pesat di Malaysia terutamanya
teknologi Hologram 3D. Kalau nak tahu, Hologram adalah produk dari teknologi
holografi. Hologram terbentuk dari perpaduan dua sinar cahaya yang koheren dan
dalam bentuk mikroskopik. Hologram bertindak sebagai gudang informasi optik.
Informasi-informasi optik itu kemudian akan membentuk suatu gambar,
pemandangan, atau adegan.
Hologram merupakan jelmaan dari gudang informasi
(information storage) yang mutakhir. Kelebihan hologram ialah ia mampu
menyimpan informasi, yang di dalamnya memuat objek-objek 3 dimensi (3D). Tidak
hanya objek-objek yang biasa terdapat di foto atau gambar pada umumnya. Hal itu
disebabkan prinsip kerja hologram tidak sesederhana lensa fotografi. Hologram
menggunakan prinsip-prinsip difraksi dan interferensi, yang merupakan bagian
dari fenomena gelombang.
AM mendekati Softsupplies Sdn Bhd untuk memahami dan
mengenali Hologram 3D dengan lebih dekat. Softsupplies Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang
memberikan konsultasi penyelesaian IT (IT Solution Company) untuk memberikan
inovasi teknologi terkini dengan lebih berkesan dalam teknik pengiklanan dan
pemasaran.
khusyuk AM mendengar penerangan dari Softsupplies Sdn Bhd |
Uniknya tentang Fan 3D Hologram keluaran Softsupplies Sdn Bhd
ini adalah menggunakan kad SD atau WiFi untuk membolehkan video 3D muncul
terapung di udara. Imej 3D yang terhasil akan lebih memukau dan mempunyai WOW
Faktor apabila disiarkan.
Fan 3D hologram boleh digunakan dan ditempatkan di pusat
membeli-belah, kedai, pameran dan tempat promosi pemasaran untuk menarik
perhatian pelanggan. Ini adalah salah satu pilihan terbaik jika ada pemilik
produk atau perkhidmatan yang ingin meningkatkan jualan mereka dan menerima
pendedahan jenama yang tinggi dengan cara yang inovatif!
Ciri-ciri yang terdapat pada Fan 3D Hologram
- Diameter 65 cm
- Paparan Hologram Resolusi Tinggi
- Amazing Visual Holographic Enjoyment
- Teknologi paparan berputar LED inovatif membawa pengalaman visual holografik yang mengagumkan
Jadi dengan sewaan serendah RM300 sehari, impak pada pengiklanan
dan pemasaran terhadap produk akan lebih berkesan. Malahan penggunaan Fan 3D
Hologram ini adalah lebih praktikal dan menjimatkan tenaga kerana ianya hanya
menggunakan LED sebagai punca kuasa. Tambah menarik ianya mempunyai elemen ‘Waterproof’
tau!!
Nak tengok video-video menarik boleh klik ke YOUTUBE CHANNEL SOFTSUPPLIES SDN BHD
Untuk sebarang tempahan dan info lanjut boleh layari:
SOFTSUPPLIES SDN BHD
No telefon: 012-7234383
Website: www.softsupplies.com.my
Facebook: www.facebook.com/hologramfanmalaysia
KATA ALONGMURNI
APABILA AM MENDEKATI DAN MENGETAHUI PERIHAL FAN 3D HOLOGRAM
DAN IMEJ YANG TERHASIL, AM RASA KAGUM
DAN IANYA MEMANG MERUPAKAN SATU INOVASI TERKINI UNTUK
TUJUAN PENGIKLANAN DAN PEMASARAN.
FAN HOLOGRAM 3D KELUARAN SOFTSUPPLIES SDN BHD INI
BERCIRIKAN MUDAH PASANG, FLEKSIBEL, WATERPROOF DAN
YANG PALING PENTING IANYA SEMURAH RM300 UNTUK DIGUNAKAN.
BETUL-BETUL 'BARANG BAIK' TAU!!!!
17 Comments
Dah mudah nak iklankan produk sekarang. Qiss pernah tengok gimik pelancaran pakai 3D hologram LED fan Display ni. Terbeliak juga biji mata tengok inovasi terkini. Sesuai dengan premis dalam shopping mall kalau nak tarik pelanggan kan
ReplyDeletecantik animasi dari 3d hologram ni.. cuma orang ramai tak tahu dengan teknologi begini. hasil hologram memang macam hidup..
ReplyDeleteMenarik gadget 3D nie. Saya pun kagum tengok. Thank you for sharing your review. Have a good day and take care.
ReplyDeleteKalau orang berniaga, memang bagus ada gadget mcm ni. membantu dalam marketing produk. sebab imej produk pun memainkan peranan untuk menarik minat pelanggan untuk membeli..
ReplyDeleteMenariknya kipas nie. Boleh la nak gunakan untuk acara perasmian kan. Gempak kot kalau pakai kipas gini.
ReplyDeleteAgak-agak murah tak sewaannya?
Interesting LED fan display. Will recommend to my friends to try this out.
ReplyDeleteAdmire gak dengan 3D hologram LED Fan Display ni. Nanti nak share dengan bos tempat kerja sebab best sangat bila buat gimik perasmian. Look so innovative gittew !!
ReplyDeleteBelum pernah jumpa lagi Hologram Ads ni kat mana-mana. Memang nampak lebih menarik dan hebat kalau guna menda alah ni buat promosi masa event. Untuk company yangada budget sewaan RM300 kira ok dah tu ka.
ReplyDeleteWow nampak macam piring biasa je tapi nice betul teknologi ni
ReplyDeleteFirst time tahu pasal ni. Kalau nampak kat shopping mall pon macam tak alert pasal alat ni. Bagusnye teknologi sekarang ye
ReplyDeletemenarik teknologi terbaru ni, tambah lagi jenis senang pasang. memang flexibly la orang nak guna. boleh tahan murah harga sewa kipas 3d hologram ni
ReplyDeleteMenarik teknologi baru ni, kite pon baru pertama kali tengoj hologram ni dekat sini! thank you Am kongsikan berkaitan info nih!
ReplyDeletepergh menarik tengok video tu cara dia tunjukkan benda ni berfungsi..kalau perniaga ambil mesti orang ramai tertarik..yela unik dan lain daripada yang lain
ReplyDeletePertama kali melihat teknologi hologram sebegini. Sangat menarik dan inovatif. Terima kasih atas perkongsian ya
ReplyDeleteMenarik juga baca perkongsian ni, dulu dulu Mat Drat lihat 3D pun dah rasa hebat, sekarang dah ada Hologram. Memang perlu bergerak seiring dgn peredaran Masa dan teknologi, baru tak ketinggalan.
ReplyDeletenampak menariklah produk nie. macam tengok real punya. baguslah sekarang teknologi makin advance dan semuanya makin canggih dan real
ReplyDeletemurah harga sewa untuk hologram ni tambah pula ada kelebihan waterproof. Boleh guna untuk company yang suka buka outdoor booth atau join mana-mana festival. Makin improving teknik pemasaran sekarang.
ReplyDelete