TONY ROMA’S: RIB RIB HOLIDAY – ISTIMEWA CUTI SEKOLAH


TONY ROMA’S: RIB RIB HOLIDAY – ISTIMEWA CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah telah bermula. Anak-anak dah mula merengek-rengek nak dibawakan ke tempat yang menarik dan para ibu bapa semestinya mencari tempat-tempat istimewa untuk meluangkan masa bersama keluarga. 

Jadi kali ini AlongMurni (AM) ingin menyarankan untuk datang ke Tony Roma’s bagi mencuba menu istimewa sempena cuti sekolah dengan tema ‘RIB RIB HOLIDAY’. Kalau sebut Tony Roma’s mesti ramai yang terbayang adunan istimewa rempah yang menyaluti setiap daging yang empuk kan??


Jom AM kongsikan antara menu menarik RIB RIB HOLIDAY ini:

Potato Chips & Dips (RM25.00 nett) – Menu yang paling AM suka. Potato Chips bila dicicah dengan Beef dan Beans Rach ini terbaik tau. Anak-anak mesti suka. Kalau anak AM kena order seorang satu menu ini. Kalau kongsi berdua confirm berebut!!!



Bruschetta Tuna (RM35.00 nett) – Buat penggemar tuna ianya agak unik rasanya kerana Ia terdiri daripada enam (6) keping roti Perancis berkerak dihiasi dengan kualiti yang baik Tuna dan Parmesan Keju.



Bruschetta Beef (RM35.00 nett) – Menu ini sama seperti Bruschetta Tuna Cuma bezanya ia dilimpahi dengan banyak daging lembu, Kacang Ranch dan Keju Parmesan.



Parti Riblet (RM185.00 nett) – Menu ini memang wajib dikongsi bersama keluarga. Portion boleh untuk 4-6 orang makan. Menu ini makan menggunakan tangan memang terbaik tapi ada juga sarung tangan palstik disediakan. Hidangan ini disajikan bersama kepingan riblet yang telah dipanggang dan disajikan dengan limpahan sos BBQ Original TR. Memang menggoda abis!!!



BBQ Spring Chicken (RM75.00 nett) – Seekor ayam disajikan bersama sayuran brokoli segar. Ada elemen surprise di sini tau!! Bila kita belah je perit ayam ini, akan kelihatan kentang-kentang bulat yang empuk dan sedap dimakan hasil daripada adunan yang dipanggang bersama ayamBBQ Spring.



Steak Beef Grilled (RM85.00 nett) –Steak dihidangkan dengan sos Dark Grape untuk memberikannya rasa yang hebat dan dilengkapi dengan Sayuran Bakar.




Festive Lamb Shoulder (RM185.00 nett) – Pengemar kambing seperti AM pasti ini menjadi pilihan kan? Sangat juicy, lembut dan tak terkata sedapnya.



Apa tunggu lagi, jom ajak sahabat handai dan keluarga ke Tony Roma’s di cawangan yang berhampiran.  Rib Rib Holiday disajikan untuk tempoh masa terhad iaitu bermula dari 1 Nov 2019 sehingga 1 Jan 2020.


Post a Comment

0 Comments