HAQQI : MAJLIS PELANCARAN BUTIK HAQQI CAWANGAN BANGI

BUTIK PAKAIAN MENAWARKAN DAN MENJUAL KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH

PAKAIAN YANG BERFESYEN ISLAMIK BAGI LELAKI DAN WANITA



Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Pelancaran Butik Haqqi cawangan Bangi. Cawangan Butik Haqqi di Bandar Baru Bangi itu baru sahaja tiga minggu beroperasi di lokasi baharu yang lebih strategik iaitu di Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral.


Mesti ramai yang sedia maklum dan mengenali jenama Haqqi kan? Haqqi merupakan butik pakaian yang menawarkan dan menjual kelengkapan Haji dan Umrah serta pakaian yang berfesyen islamik bagi lelaki dan wanita. Haqqi dengan kerjasama Koperasi Tabung Haji sentiasa melakar langkah dari semasa ke semasa untuk bersama membangunkan Haqqi yang kini telah berjaya menapak di Shah Alam, TTDI, Terengganu dan Bangi.

Tahun ini merupakan tahun ke empat Haqqi telah bekerjasama dengan Koperasi Tabung Haji dan akan meneruskan lagi beberapa caturan perancangan untuk memastikan Haqqi kekal sebagai pembekal kelengkapan Haji dan Umrah kepada masyarakat sekaligus dapat melebarkan sayap menjual kelengkapan Haji dan Umrah bukan sahaja di Malaysia malah akan berada di luar Malaysia tidak lama lagi.

MAJLIS PELANCARAN HAQQI BANGI


Pada majlis itu, Butik Haqqi dan KTHB menandatangani memorandum persefahaman menyambung kontrak kolaborasi selama tiga tahun.





Haqqi dan pihak Koperasi Tabung Haji akan bersama-sama untuk memikul tanggungjawab dan dibantu dengan pengurusan baru di bawah Dr Fitri Haris di dalam organisasi Haqqi. Kedua-dua pihak mengimpikan lebih banyak kejayaan yang akan dibawa di masa hadapan. 

Dr Fitri Haris yang sebelumnya adalah Duta bagi Haqqi selama setahun, turut mendapat penajaan oleh Haqqi sepanjang berada di dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV) sangat berbesar hati untuk terlibat secara langsung di dalam organisasi Haqqi. Dengan kepercayaan kedua-dua pihak, diharapkan dapat memberi pembaharuan dan lebih banyak idea untuk memastikan Haqqi lebih luas dikenali ramai.







Tahniah AM ucapkan buat Butik Haqqi atas pembukaan dan pelancaran cawangan Bangi ini. Semoga perniagaan makin berkembang dan lebih banyak cawangan dibuka sekaligus dapat memberi akses kepada rakyat Malaysia secara umumnya untuk membeli kelengkapan Haji dan Umrah dengan mudah.



Jom bershopping di BUTIK HAQQI BANGI

Boleh juga jengah di LAMAN WEB : https://haqqi.com.my/ untuk melihat koleksi terkini dengan harga yang menarik.