JUST SEAFOOD MENYAJIKAN MENU MAKANAN LAUT ASLI TERBAIK
ENAK, PELBAGAI, SEGAR DAN PENUH RASA
KHAS BUAT PEMINAT MAKANAN LAUT
Berita baik buat penggemar seafood!! Kalau nak rasai
sendiri kesegaran, kelazatan dan keenakan setiap aneka makanan laut, AlongMurni
(AM) sarankan untuk datang ke Just Seafood yang terletak di Sunway Giza, Kota
Damansara.
Untuk pengetahuan semua Pembaca Blog AlongMurni, Just
Seafood (JS) telah dibuka 7 tahun yang lalu di Malaysia, dan telah menjadi
salah satu restoran makanan laut yang menyajikan makanan dengan gaya yang unik
yang memenuhi semua kaum dan budaya di Malaysia.
Menariknya kali ini Menu BABY LOBSTERS yang baru juga telah ditambah. Pertama di Malaysia, dan Baby Lobster ini diimport dari Amerika Syarikat. Tak dapat nak ke sana jadi dapatlah kiranya kita menikmati gaya makan Louisiana Cajun yang sebenar dengan udang karang asli dari sana kannn..
Antara menu menarik dan menjadi pilihan kepada pengunjung
dan penggemar makanan laut adalah:
THE CAJUN ORIGINAL
Sos ISTIMEWA JS, THE CAJUN ORIGINAL, adalah menu terlaris
nombor 1 di sini. Menu ini merupakan campuran rempah yang berasal dari
Louisiana di Amerika, telah mengolah serba-sedikit sosnya untuk menjadikannya
CAJUN ASLI SEAFOOD ASLI dan rasakannya sendiri kerana rasanya benar-benar enak
dan menepati citarasa tempatan. Menu ini menjadi antara menu yang wajib dicuba
bagi yang pertama kali ingin mencuba makanan laut di sini.
BUTTER CREAM MILK
Menu BUTTER CREAM MILK ini dimasak dengan hanya
menggunakan mentega asli. Bagi yang tidak suka makan pedas, menu ini semestinya
menjadi pilihan terutamanya bagi kanak-kanak.
GOLDEN SALTED EGG
Menu GOLDEN SALTED EGG dimasak dengan kuning telur masin.
Menu ini menjadi salah satu menu kegemaran AM dan wajib dicuba tau! Rasanya
memang sedap, enak dan kena dengan selera AM dan rakan-rakan. Kalau dating berkunjung
di Just Seafood semestinya menu ini akan menjadi pilihan menu utama AM.
SIGNATURE CURRY
Menu SIGNATURE CURRY dimasak dengan campuran ramuan
banyak rempah kari yang berbeza agar ianya menjadi satu tarikan istimewa bagi
semua. Bagi penggemar makanan pedas, AM sarankan untuk mencuba menu ini.
NELAYAN PLATTER
Menu NELAYAN PLATTER ini merupakan menu yang berkonsepkan makanan laut yang dikukus. Sos yang disiram di atas makanan laut adalah ramuan sos yang didatangkan khas berasal dari pulau Bali, Indonesia. Ini adalah sos tradisional yang digunakan oleh nelayan di sana untuk memasak makanan laut mereka setelah mereka menangkapnya dari laut.
Gaya
memasak makanan laut budaya khas yang pelajari ketika team Just Seafood
mengunjungi Bali, dan diajarkan kepada team Just Seafood oleh Pak Nelayan yang
merupakan nelayan tradisional dari Bali.
Sebab itu, nama NELAYAN PLATTER. Menu ini menjadi menu yang sangat
menarik dan unik untuk dicuba. Rasanya memang sedap, kesegaran dan kemanisan
makanan laut benar-benar terasa. Bila diadunkan dengan ramuan asli Bali ini
rasanya memang Wowww!!
Berikut adalah perincian makanan laut segar yang disediakan di Just Seafood
BABY LOBSTER CAJUN
Baby Lobsters / Crayfish / Crawfish / Lobsters Air Tawar (Dari Amerika Syarikat). Baby Lobsters adalah tambahan terbaru untuk pelbagai makanan laut. Berasal dari Louisiana (AS), ini adalah makanan laut asli yang dimakan di sana. Akhirnya setelah 7 tahun, pihak JS berjaya dapat membawa Baby Lobsters ke Just Seafood.
(Baby Lobsters)
RM80 untuk
Setengah kg (12pcs)
RM150 untuk 1kg
(24pcs)
(Disarankan
dimasak dalam sos Cajun Asli / pedas Super Panas ... Dan disertakan dengan
Lobak, Kentang & Jagung)
KETAM NIPAH (Dari
Indonesia)
350g L saiz RM40
450 XL saiz RM55
550 saiz 2XL RM75
650g-790g 3XL saiz
RM100
800g-1kg saiz 4XL
RM140
KETAM BUNGA
(Dari
Sabah, ditangkap pagi dan diterbangkan ke KL pada hari yang sama. Tidak beku)
Setengah kg RM40
1kg RM75
TIRAM HIDUP
(Dari
Washington State USA. Saiz besar)
1 pc RM18
Beli 4 pc dapatkan
1 lagi PERCUMA.
Kerang (Indonesia
& Thailand)
Kerang (Dari
Jepun)
Kerang (Dari
Chile)
Udang (Dari Sabah)
Sotong (Sabah)
Baby Gurita
(Jepun)
PROMO RAMADAN FEAST!
(Ketam 350g, Udang, Lala, Kupang, Jagung /Kentang / Lobak)
Pilihan Sos -
(Original Cajun / Golden Salted Egg / Signature Curry / Butter Cream Milk)
Pilihan Spicy Level (Medium/Hot/Super Hot)
2 PILIHAN MINUMAN!
Ice Lemon Tea /
LemonGrass Cooler
15 Comments
Menarik betul tawara harganya. Rawlins nak share dengan sorang kawan yang memang suka gila makan seafood - nie memang sesuai dengan dia.
ReplyDeleteTelan air liur tengok menu seafood dia yang nampak sedap sangat. Tapi Yaya tengah berpantang seafood sebab anak eczema yaya masih breastfeeding. Boleh masukkan kedai ni dalam list nanti hee
ReplyDeleteYa Allahhh look at that crab!! Kita ni dah la hantu seafood. memang terliur nya laaaa
ReplyDeleteKetam, Udang.....OMG sedapnya....lepas tu sis akan pilih sos CAJUN tu haa.....
ReplyDeleteya ampunnnnn seafood dia besar2 geram je macam nak makan skrin ni haha
ReplyDeleteI would want to try the curry one which looks spicy and delicious. :) Look at the crabs look so big.
ReplyDeleteFuhhh kemain besar seafood2 tu semua. Memang berbaloi dan puas hati makan kalau macam ni.
ReplyDeleteSemua menyelerakan kak! Memang best! Nanti nak datang ke Just Seafood. Tergoda tengok kuah sos tu. Hehe.
ReplyDeleteYa ampun sedapnyaaaaa. Dah la lama x.makan seafood sebenarnya heheh
ReplyDeleteWow.. Makan2 shell out mcm best je bila ramai2 kan... Nampak menu dia pon pelbagai jenis.. Harga pun not bad laaa...
ReplyDeletewow, mengancam yer makan-makan kat sini dengan kawan-kawan. Nanti nak try lah bawa satu family makan sini. terbaik!
ReplyDeleteNell jarang makan seafood tapi sekali cuba kat sini, macam nak repeat jer every time teringin nak makan shellout! Nice place ya!
ReplyDeleteWah, tak pernah lagi rasa baby lobster. Agaknya tekstur dia mesti lg lembut drp lobster biasa, kan? Harga pun nampak lebih mampu milik.
ReplyDeleteya ampun !!! nampak sedap semuanya !! hee~ husband atie suka seafoods, bahaya kalau beliau nampak entri blog camni.. confirm barai diet atie nanti kalau ngikut saje.. btw !! harga nya murah ya..
ReplyDeletetergoda sgt nampak...
ReplyDelete