DESTINASI BERSEJARAH YANG WAJIB DILAWATI : KOTA MAHSURI

 

DESTINASI BERSEJARAH YANG WAJIB DILAWATI : KOTA MAHSURI


 

Mesti setiap pembaca blog AlongMurni (AM) tahu yang AM sangat meminati tempat-tempat yang bersejarah dan suka mendengar cerita cerita tentang sejarah dahulu kala. Sejarah menjadi ilmu yang menjelaskan latar belakang sehingga terjadinya sesuatu peristiwa yang boleh diambil iktibar dan panduan hidup. Jadi jika melawat Langkawi semestinya kisah Mahsuri menjadi bualan dan Kota Mahsuri wajib dikunjungi.

 

KOTA MAHSURI

AM bersama blogger dan wakil Kota Mahsuri (Ku Aliff)


Kota Mahsuri Langkawi adalah antara tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi, Kedah. Ia dibangunkan di kampung asal Mahsuri dimana beliau dikebumikan. Selain Makam Mahsuri, berbagai artifak peninggalan sejarah dikumpulkan di dalam sebuah kompleks yang luas. Perkampungan kecil termasuk rumah-rumah tradisional dibina semula berdasarkan seni rekabentuk pada zaman itu.

 

LOKASI KOTA MAHSURI LANGKAWI

Kota Mahsuri terletak di Kampung Mawar, Mukim Ulu Melaka.Lokasinya sangat menarik dimana pemandangan sawah padi dan bukit-bukau yang menghijau begitu mempersonakan.

Kota Mahsuri Pulau Langkawi adalah destinasi tarikan pelancongan Warisan dan Sejarah. Tarikan utama adalah Makam Mahsuri yang terkenal dengan lagendanya.  Namun ia tidak terhenti disitu sahaja.

Wakil dari Kota Mahsuri, Ku Aliff menceritakan Salasilah Mahsuri


AM dapat melihat dan mempelajari budaya, rekabentuk dan senibina serta artifak selain sejarah itu sendiri. Tempat pertama yang AM akan lalui setelah membayar tiket masuk ke kota ini ialah bangunan Kota Mahsuri. Ia agak luas dan AM perlu mengikut laluan dimana pameran kebudayaan, lukisan dan artifek sejarah dapat dilihat.


Antara yang menarik disini ialah:

  • Persembahan muzik tradisional Caklempong
  • Persembahan muzik tradisional Gamelan
  • Bilik audio visual dimana video dan filem Mahsuri ditayangkan
  • Kedai cenderahati yang menjual berbagai barangan menark

 

Pedang Peninggalan Wan Derus (Suami kepada Mahsuri)

Keris Pusaka milik Mahsuri yang digunakan untuk menikam Mahsuri



Persembahan Muzik Tradisional : Caklempong

Persembahan Muzik Tradisional : Gamelan


Seterusnya, keluar dari bangunan Kota Mahsuri, AM dapat melawat tempat menarik lain yang ada disini iaitu:


KAMPUNG KEDAH / RUMAH TRADISIONAL



Sebuah perkampungan kecil dibina didalam kawasan kompleks Kota Mahsuri Langkawi. Melangkah masuk ke kawasan ini, AM terasa seolah-olah berada pada dimensi lain. Beberapa buah rumah tradisional didirikan mengikut rekabentuk senibina pada zaman silam dan punyai keunikan tersendiri.



AM sempat masuk ke rumah yang dikatakan tempat kediaman Mahsuri dan melihat bahagian dalaman rumah. Memang indah dan cantik setiap inci rekabentuk di dalam dan di luar rumah Mahsuri

 





TELAGA MAHSURI

Telaga Mahsuri atau perigi Mahsuri terletak dipinggir Kampung Kedah menghadap sawah padi yang luas. AM cuba mengambil air menggunakan timba yang ada dan merasai keaslian air telaga Mahsuri.

 

TELAGA MAHSURI

MAKAM MAHSURI

Mahsuri dihukum bunuh di Padang Matsirat. Setelah itu jasadnya dibawa pulang ke kampung halamannya. Makam Mahsuri dikatakan tempat dimana beliau dikebumikan. Walau bagaimanapun, apa yang AM lihat hari ini adalah makam yang telah dibina semula.




Gambar Makam Mahsuri diatas menunjukkan kawasan ini dijaga dengan baik. Ia terletak dalam kawasan berpagar. AM hanya dapat melihat makam ini dari luar sahaja dan kisah Riwayat hidup Mahsuri disampaikan oleh orang lama yang lebih arif dan maklum tentang Mahsuri.

Alamat:
Kota Mahsuri
Jalan Makam Mahsuri,
Kampung Mawar,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel: 04-955 6055

Harga tiket:
Harga tiket Makam Mahsuri 2019 (Kota Mahsuri):
Dewasa : RM12
kanak-kanak : RM6

Waktu melawat:

Setiap hari : 8.00 am - 6.00 pm

 

 

KEDAI CENDERAHATI

Kedai cenderahati terletak dalam bangunan kompleks Kota Mahsuri. Berbagai barangan kraftangan, keychains, t-shirts dan lain-lain dijual disini.

 




KATA ALONGMURNI

Nama Kota Mahsuri Langkawi mungkin kurang terkenal kerana orang-ramai telah terbiasa dengan makan Mahsuri. Namun pembangunan semula tempat ini dengan lebih teratur dimana kebudayaan dan artifek dikumpulkan pada satu lokasi menjadikan tempat ini lebih menarik dan sesuai menjadi destinasi pelancongan sejarah dan warisan. Harga tiket yang dikenakan boleh dikatakan murah dan berbaloi dengan apa yang ditawarkan.

 

Post a Comment

3 Comments

  1. I remember visiting this attraction just before the first MCO and I took a sip of water from Telaga Mahsuri. pelik rasanya but it felt magical!

    ReplyDelete
  2. Menariknya... terasa sayu pula bila teringat kisah Mahsuri... yelah kan, mengimbau kenangan... masa saya pergi ke Langkawi zaman sekolah dulu tak pasti dah ada ke belum Kota Warisan ni cuma masa tu, ada la pergi melawat makam Mahsuri, telaga dan rumah arwah juga... nak cari peluang juga untuk pergi ke Kota Warisan ni... di samping mengenang peristiwa silam, boleh juga tunjukkan peninggalan sejarah kat anak-anak...

    ReplyDelete
  3. next time I want to bring my girls to Kota Mahsuri Langkawi and tell them the history haha. so interesting story for Langkawi right

    ReplyDelete