VIRAL ASYRAF
KHALID SYUKUR DAN RAI KEGEMBIRAAN
Dengar namanya sahaja kita semua sudah sedia tahu bahawa
Asyraf Khalid adalah anak kepada Datuk K, ibu tirinya pula Datuk Seri Siti
Nurhaliza yang sentiasa ada bersama dengan Datuk K pada malam hari jadinya.
Begitu juga dengan sepasang suami isteri ini iaitu Ashraf dan tya.
Kejayaan yang diraikan pada malam sempena kelahiran hari
lahir papanya, Asyraf bersyukur kerana hari itu jugalah Datuk K telah meluahkan
kesyukuran akan kejayaannya dihadapan Datuk Wira Dr Azizan Osman sebagai Mentor
perniagaan kepada anaknya sendiri.
Dahulunya Ashraf selalu tidak rasa dia berjaya dan tidak
fokus dalam apa yang dilakukan namun kini beliau telah menerpa kejayaan demi
kejayaan, semuanya atas bantuan dan bimbingan Mentor kesayangan beliau, Datuk
Wira Dr Azizan Osman.
Tonton video yang dikongsi oleh Ashraf Khaled di Instagram video ini telah mendapat tontonan seramai 15 ribu penonton Dalam beberapa jam sahaja
ASYRAF KONGSIKAN
KEJAYAANNYA DISEBABKAN BEBERAPA ASBAB PERKARA
1. MENTOR
Asyraf sangat Bersyukur dengan adanya bimbingan daripada
Datuk Wira Dr Azizan Osman, Bagi dirinya, beliau tidak salah buat pilihan untuk
mempunyai guru dalam perniagaan. Walaupun ayahnya Datuk K sememangnya seorang
ahli perniagaan yang berjaya tetapi Ashraf tetap bangun berusaha sendiri
mencapai kejayaan.
2. CIRCLE
Ashraf juga bersyukur kerana mempunyai rakan usahawan yang
tidak kedekut ilmu dan sering berkongsi ilmu serta sentiasa ada
bersama-samanya. Rakan Titanium RichWorks adalah usahawan yang komited
dibimbing oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman secara terus menerus.
Golongan ini juga adalah usahawan yang mempunyai
jawatan atas yang boleh membuat keputusan penting dalam syarikat. Melalui
Titanium RichWorks ini juga Datuk Wira Dr Azizan Osman akan membimbing dari A
sehingga Z untuk setiap pelusuk empayar perniagaan usahawan tersebut
3. KESUNGGUHAN
Asyraf Khalid merasa berbaloi kerana kesungguhannya dalam
melakukan perniagaan beberapa tahun lalu membuahkan hasil. Walaupun beliau
telah memulakan perniagaan sejak dahulu lagi, tetapi dalam masa yang singkat
iaitu tiga tahun ini beliau telah berjaya mencapai jualan jutaan ringgit malah
beliau telah mengembangkan perniagaannya dengan lebih lagi. Jika dahulu cuma
fokus kepada jualan jus mutiara sahaja kini mereka juga telah mempunyai produk
kilafit dan lain-lain lagi.
ASYRAF DAN DATUK K
SALING BERKONGSI CERITA TENTANG BISNES
"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why'
selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya
yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak
perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton
hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.
Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan
bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya. Tambah Asyraf, beliau
paham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan
bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang
membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan
dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.
"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima
kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri
ini," jelasnya.
Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang
terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata
malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan
bersama Maha Esa.
Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik
Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.
"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu
tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek
berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.
Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan
kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan.
DATUK K MERAKAM
PENGHARGAAN KEPADA DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN
Sejujurnya Datuk K sangat cemburu dan kagum dengan Azizan
Osman. Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih yang teramat sangat
kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman di atas kesungguhan Datuk Wira Dr Azizan
Osman dalam mendidik anaknya berniaga.
Beliau mengatakan dalam ucapan bahawa Datuk Wira Dr Azizan
Osman bukan sahaja mengajar usahawan untuk menghasilkan jualan yang tinggi
tetapi Datuk Wira Dr Azizan Osman juga sering mengingatkan usahawan kepada
Allah SWT.
Datuk Wira Dr Azizan Osman turut selalu mengingatkan anak didiknya untuk memberi dengan lebih banyak lagi kepada orang lain dalam bentuk bersedekah. Usaha beribadah ini sebenarnya merupakan salah satu pemasaran dengan Allah SWT yang wajib diutamakan sebelum pemasaran dengan manusia.
“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada
kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.
“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati
Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya
sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan,
didikan dan tunjuk ajarnya.
“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana
longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua
(rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika
seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.
Datuk K juga mengingatkan usahawan di luar sana Untuk terus
berusaha mencapai kejayaan. Jangan putus asa sekiranya sudah berjaya dan jangan
pula lupa kepada orang lain. Teruskan membantu ramai orang di luar sana
katanya.
“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang
yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be
humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,”
ujarnya.
Sangat terinspirasi bukan? Kita juga boleh menyertai program
Datuk Wira Dr Azizan secara percuma kerana Beliau selalu mengadakan live secara
berterusan di saluran telegram
yang boleh kita sertai. Jom sertai sekarang untuk dapatkan ilmu bisnes yang
proven.
Boleh dapatkan juga bacaan lanjut berkaitan Datuk Wira Dr
Azizan Osman di www.richworks.com
2 Comments
singgah sahur hhehe jemputlah ke blog saya
ReplyDeletehttps://blogkatek.blogspot.com/
nak membina mungkin mudah.. tapi nak terus berjaya bukan senang..
ReplyDelete