RESTORAN IN COLONIAL MENYAJIKAN MENU YANG PREMIUM, BERKUALITI DAN TERBAIK
MUSLIM FRIENDLY HIDANGAN ORIENTAL DAN BAHAN TERPILIH

Mesti ramai yang suka makan masakan Cina Muslim kan??
AlongMurni (AM) pun suka makan dan cuba pelbagai jenis masakan Cina Muslim
terutama sekali Dim Sum. Kalau kat KL memang susah nak cari Restoran yang menyajikan
masakan Cina MUSLIM FRIENDLY. Kali ini AM nak kongsi lokasi yang AM
terjah dan cuba sendiri menu masakannya. Lokasi Restoran In Colonial ini
terletak di Lot G13, The Intermark, 348
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. Nak datang sini pun mudah. Boleh parking
di dalam bangunan The Intermark atau menggunakan kemudahan awam iaitu LRT. Dari
lokasi LRT Ampang Park ini mengambil masa 2 minit berjalan kaki ke The
Intermark.
Di Restoran In Colonial ini menawarkan pelbagai masakan
mengikut citarasa Cina Malaysia. Restoran ini telah beroperasi sejak tahun 2014
dan ianya telah diambil alih sepenuhnya oleh Pasangan Kapten Jaffar dan isteri
Puan Latifah pada tahun 2020. Kapten Jaafar merupakan seoarang juruterbang
senior yang cukup berpengalaman dan beliau sehingga kini masih berkhidmat
sebagai juruterbang bersama Singapore Airlines.

Menu masakan di sini berkonsepkan santapan mewah dan AM
dapat merasakan suasana era penjajah British dalam suasana yang aman dan
selesa. In Colonial menawarkan pengalaman makan yang sesuai dengan tradisi masakan
Barat-Cina. Kebanyakan menu yang direka mempamerkan hidangan Oriental dengan
sentuhan pengaruh British dan Cina.
AM dimaklumkan oleh Chef Shamsul bahawa Restoran In Colonial
sentiasa memastikan pelanggan yang datang menjamu selera mendapat rasa terbaik
dan paling tulen daripada banyak masakan Cina Halal popular yang ditawarkan
dengan menggunakan hanya bahan-bahan yang paling segar dan berkualiti.

Kapasiti ruangan di sini boleh menempatkan sehingga 150
orang pada satu satu masa. Kalau nak tahu kebanyakan pelanggan yang datang ke
sini terdiri daripada orang yang bekerja di kawasan sekitar The Intermark ini. Tidak
hairanlah jika waktu makan tengahari Restoran In Colonial ini dah FULL HOUSE
tau!! Masakan yang sedap dan berkualiti pasti ramai yang akan datang
berkunjung.
MENU SAJIAN MASAKAN RESTORAN IN COLONIAL
Restoran InColonial menggunakan bahan yang dijamin 100%
bahan halal dan paling penting setiap hidangan yang disediakan adalah 'homemade'
disediakan sendiri dalam keadaan segar dan berkualiti oleh Chef-chef di sini.
Bagi memberi kepuasan dan memenuhi permintaan pelanggan yang
datang, Restoran In Colonial ini memperkenalkan hidangan Dim Sum dan Pao sebagai menu
baru. Bagi AM setiap Dim Sum dan Pao yang disajikan di sini amat berkualiti dan premium
yang terdiri daripada bahan-bahan yang segar dan bermutu tinggi.


Nampak biasa tapi bila sekali mencicipinya pasti terasa betapa padunya rasa babat (kulit lembu) ini. Dengan aroma yang menarik dan paduan rasa Manis, Pedas dan Masam membuatkan AM rasa WOW!!!

Kombinasi rasa Kepak dan Sotong yang di 'stim' dengan pelbagai perisa namun mengekalkan kemanisan daging ayam dan sotong sesuai dimakan tak kira bangsa dan usia. Kanak-kanak pasti suka dengan keenakan dan kelembutan daging ayam ini.

Terasa betapa premium bahan-bahan yang terdapat di dalam Fu Chok dan Wantan ini. AM sangat suka.. Rasa makanan yang ada kelas dan berkualiti.
SPRING ROLL SEAFOOD

IN COLONIAL KAKI AYAM

NASI GORENG ISTIMEWA IN COLONIAL

Rasa Nasi Goreng Istimewa ini memang betul betul memukau rasa. AM sangat suka rasanya kerana Nasi Goreng ini padat dengan aroma dan rasa Seafoodnya. Memang Highly Recommended yea bagi sesiapa yang ingin berkunjung dan menjamu selera di In Colonial
BUBUR AYAM

CRISPY YEE MEE SEAFOOD

Yang ini juga merupakan salah satu menu yang Highly Recommended.. Pasti AM akan datang semula untuk menjamu selera bersama-sama Client dan En Boss.
KO TEOW DAGING (HONG KONG SYTLE)

Menarik untuk EDISI kali ini, kepada yang berminat untuk
datang menjamu selera di sini, Kalau korang boleh guna Promo Kod : InCoAlong dan
berpeluang untuk mendapat Diskaun Harga sebanyak 10%.
Untuk pertanyaan lanjut dan untuk sebarang tempahan menu dan sajian di Restoran In Colonial
boleh
hubungi atau Whatsapp ke nombor +6012 7849033
![]() |
Barisan Duduk : Kiri (Chef Shamsul), Kanan (Dato Syed Isa - Consultant) Barisan Berdiri : Para Blogger dan Online Portal |
4 Comments
Nampak tempat ni pun selesa dan memang makanan yang dihidangkan ni kena dengan saya. Saya peminat makanan cina. Nak makan makanan cina ni kena cari yang halal baru la tak ragu nak makan.
ReplyDeleteWoah... look at the dimsums and spring rolls. I just read a review about this restaurant 2 days ago on someone's blog. This restaurant has a lovely ambiance. I wish to dine here someday. Thank you for sharing.
ReplyDeleteKenapa AM pergi tak ajak Rawlins? Rawlins memang hardcore fan chinese food.
ReplyDeleteWau... byk menu2 yg menarik, kak pun suka dgn masakan Cina Muslim mmg sedap, nama pun unik dan cantik tempatnya, byk hidangan dia
ReplyDelete