LKE SEMARAKKAN INDUSTRI DURIAN NEGARA
PROGRAM LEGASI
PERKONGSIAN DURIAN YANG PATUH SYARIAH - NANASX
Sektor pertanian berkembang dengan positif sejajar dengan
limpahan ekonomi pertanian melalui peluang menembusi pasaran global yang
semakin mendapat permintaan tinggi. Antara tanaman yang kini mendapat perhatian
dalam pasaran tempatan dan luar negara adalah Raja Buah iaitu Durian yang turut
disebut sebagai sumber kekayaan baharu negara.
Kali ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir dalam Majlis Perasmian Program Legasi Perkongsian Durian Patuh Syariah yang pertama LKE Musang Queen yang dinamakan Phase 5: NanasX yang bertempat di LKE Green Tech Farm, Bentong, Pahang.
Sempena program ini, LKE
Group Sdn. Bhd (LKE) bekerjasama dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman
(TARUC) demi menjalankan kajian terhadap kaedah yang paling efektif untuk
membesarkan dan menjaga pokok durian secara saintifik sebagai usaha untuk
meningkatkan industri dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi ideal untuk
pengeksportan durian secara global.
Dengan peningkatan permintaan untuk durian premium, AM dimaklumkan
pihak LKE Musang Queen membolehkan para rakan kongsi mengakses pasaran melalui
tanah pegangan bebas seluas 200 ekar mereka. Projek ini mempunyai 20 fasa,
dengan setiapnya mempunyai saiz yang berlainan dan kepelbagaian durian premium.
Ini hanya dibolehkan kepada bakal rakan kongsi setelah pokok di dalam kawasan
terbabit mencapai usia 1 tahun atau lebih dan mempunyai infrastruktur yang
secukupnya. Ini menunjukkan ketelusan dan pada masa yang sama mengurangkan
risiko yang diambil para rakan kongsi.
Dengan pelancaran ‘Phase 5: NanasX’ yang menghasilkan durian
Blackthorn dan Musang King di kawasan seluas 5 ekar, Pengasas Bersama dan
Pengarah Urusan LKE Group Sdn. Bhd., Encik Jeremy Chin mengumumkan
komitmen syarikatnya untuk mempamerkan kebolehpercayaan dengan mematuhi
undang-undang syariah.
Mr. Jeremy Chin, Co-Founder and Managing Director of LKE Group Sdn. Bhd. |
Beliau berkata, “Di LKE, kami telah mengambil pelbagai
langkah untuk membina kredibiliti dan ketelusan di dalam operasi, antaranya
adalah pematuhan syariah. Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa LKE
Musang Queen adalah program perkongsian durian legasi patuh syariah yang
pertama di Malaysia, sekaligus memberi kelebihan kepada para rakan kongsi kami.”
“Kami sentiasa mencari cara untuk menambah baik masa depan
kami, kerana semua projek kami memberikan tumpuan terhadap kelestarian dan
inovasi. Satu lagi aspek yang memberi manfaat kepada rakan kongsi projek LKE
Musang Queen adalah LKE Legacy Plan. Dibangunkan di atas tanah pegangan bebas,
rakan kongsi dibolehkan untuk mewaris pegangan mereka kepada ahli keluarga yang
lain untuk meraih pulangan yang lumayan pada masa akan datang,” tambah beliau.
LKE turut mengumumkan kerjasama bersama TARUC untuk menjalankan
program kajian menggunakan sampel tanah untuk menyelidik kesan pembolehubah
terhadap perkembangan dan kesihatan pokok durian. Melalui program ini, LKE
berniat untuk memahami dengan lebih menyeluruh kaedah saintifik yang terbaik
untuk membesarkan dan menjaga pokok durian dengan harapan untuk menemukan
kaedah baru sekaligus membangunkan industri secara menyeluruh. Dengan ini,
Malaysia mampu untuk memenuhi permintaan durian untuk pasaran global secara
efektif, di mana ianya dijangka mencecah USD30 billion menjelang 2025.
YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan
Pertanian juga turut berkongsi keyakinan dan kepercayaan bahawa adaptasi
teknologi pertanian moden di sepanjang rantaian nilai dapat meningkatkan
produktiviti dan kualiti pengeluaran buah durian tempatan untuk pasaran global.
Pendekatan yang dilaksanakan oleh LKE bertepatan dengan sinergi pintar bagi
memacu pembangunan ekosistem pertanian lestari melalui kerjasama erat antara
jabatan, institusi pengajian tinggi dan pihak swasta yang dapat memaksimumkan
nilai kemampanan ekonomi sektor agromakanan negara.
YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan, Director-General of Agriculture (DOA) |
Beliau turut menyatakan pengeksportan buah durian dari Malaysia telah berjaya menembusi pasaran pelbagai negara seperti China, Taiwan, Korea, Australia, New Zealand, USA, Singapura, Vietnam dan Jepun. Jika dibandingkan, nilai eksport durian pada tahun 2015 bernilai 64.9 juta ringgit dan telah meningkat kepada 74.2 juta ringgit pada tahun 2020. Menariknya, permintaan global industri durian dianggarkan bernilai 30 bilion USD menjelang tahun 2025.
Malahan AM turut merasakan pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP)
yang diperkenalkan membuktikan Kerajaan sangat prihatin terhadap hasil
pengeluaran yang selamat dan berkualiti dengan mengambilkira kebajikan pekerja
serta memelihara alam sekitar. Kombinasi elemen myGAP dan Garis Panduan
Pembangunan Durian di Tanah Bercerun yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian
dapat membantu pengusaha mengurangkan risiko bencana dan seterusnya
mengusahakan tanaman durian secara lestari.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.lkegroup.com.my/lke-musang-queen/.
2 Comments
Unik pulak event ni. Macamana nak merancakkan industri durian dalam negara. Boleh tarik juga pelancong tempatan. Kalau pelancong luar selalunya kurang sikit dengan durian ni sebab bau kuat.
ReplyDeleteAlhamdulilah, usaha sebegini akan merancakkan industri pertanian negara dan sekaligus menambahkan pendapatan negara dan peluang pekerjaan bagi warga tempatan.
ReplyDelete