FENOMENA RR MONO SCARVES
TUDUNG EKSKLUSIF RR JADI PILIHAN
SAMBUTAN ULANG
TAHUN PERTAMA RR MONO SCARVES
RIZMAN RUZAINI (RR)
SASAR JUALAN RM10 JUTA SEBULAN
Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama
menghadiri Majlis meraikan ulangtahun pertama RR Mono Scarves yang bertempat di
Pop-up Store RR Hijab di hadapan Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Gamat
dan meriah majlis dengan kehadiran artis -artis ternama seperti Izara Aishah,
Amyra Rosli, Kilafairy, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman, Nurida Suraya. Malahan
penyanyi kesayangan Malaysia iaitu Aina Abdul juga turut membuat Persembahan
Nyanyian secara ‘Live’.
Nama Rizman Ruzaini (RR) semestinya tidak asing lagi dalam industri
fesyen tanahair setelah 17 tahun mengorak langkah dalam bidang rekaan fesyen.
Memulakan empayar perniagaan ini melalui bakat yang dimiliki, kini dua sahabat
baik, Rizman dan Ruzaini bukan sahaja bangga untuk bergelar seorang pereka
fesyen tetapi juga usahawan berjaya.
Selepas hampir dua dekad jenama ini juga menjadi antara
kebanggaan ramai apabila karya dua anak tempatan ini mula menembusi pasaran
antarabangsa bukan sahaja dalam industri kreatif tetapi juga produk kecantikan.
Jika di awal kemunculan jenama ini lebih dekat dengan rekaan untuk selebriti
dan busana pengantin yang eksklusif, kini RR tidak hanya tertumpu kepada rekaan
untuk golongan tertentu sahaja. Mahu memastikan RR menjadi pilihan ramai,
antara fokus utama jenama ini juga untuk memasarkan rekaan fesyen ready-to-wear
kepada semua golongan di Malaysia. Dari Permaisuri ke selebriti ternama
hinggalah ke guru sekolah, semua kini dapat bergaya di dalam busana RR.
Selain pakaian, antara hasil rekaan RR yang turut mendapat
perhatian adalah koleksi tudung eksklusif yang menjadi kegilaan penggemar
jenama RR kini. Mengekalkan ketelitian dalam setiap corak yang diperkenalkan,
kemunculan siri koleksi Mono Scarves ternyata menjadi antara yang cukup dekat
dengan peminat jenama ini. Diperkenalkan sejak setahun lalu, Mono Scarves kekal
menjadi pilihan ramai wanita di luar sana yang selesa dengan suntikan gaya
elegan dan sofistikated. Melihat sambutan yang diterima Mono Scarves ini
sebagai sesuatu yang di luar jangkaan, bagi Rizman dan Ruzaini, menjadi impian
mereka untuk meraikan sokongan peminat koleksi ini dengan cara tersendiri.
AM sempat bergambar bersama Nurida Suraya dan Izara Aishah |
Bersempena meraikan ulang tahun pertama RR Mono Scarves,
tujuh selebriti dilantik menjadi ‘muse’ bagi koleksi tudung ini. Ternyata
antara strategi di sebalik pembabitan Ziana zain, Izara Aishah, Aina Abdul,
Amyra Rosli, Kilafairy, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman, Nurida Suraya adalah
sebagai satu lagi cara untuk memastikan koleksi tudung Mono Scarves yang
mempunyai 45 jenis warna berbeza ini terus menjadi pilihan.
Menurut Rizman, mereka juga yakin dengan kemampuan selebriti
yang dilantik ini untuk menjadi platform pemasaran yang baik buat jenama RR
sendiri.
“Sejak dahulu lagi di Rizman Ruzaini kami memang selesa
untuk bekerjasama dengan selebriti. Bukan soal hubungan sahaja, namun bagaimana
golongan ini juga memberi impak yang baik terhadap jenama RR. Jadi pemilihan
seramai tujuh selebriti ini dalam mewakili koleksi tudung RR adalah satu
pilihan yang tepat dalam memastikan RR kekal relevan dalam industri fesyen negara.
“Soal mengapa tujuh selebriti ini dipilih untuk mewakili koleksi tudung RR,
kami melihat setiap daripada mereka mempunyai golongan peminat yang berbeza.
Sesuai dengan impian kami untuk memastikan jenama RR diterima setiap golongan,
jadi melalui pengenalan selebriti ini mampu merealisasikan harapan kami untuk
memastikan RR menjadi antara jenama fesyen yang dekat dengan rakyat Malaysia,”
katanya.
Mensasarkan jualan RM 10 Juta setiap bulan, ketika ini RR
turut memaksimumkan penggunaan pembelian melalui laman web rasmi mereka di
WWW.RIZMANRUZAINI.MY yang dilihat menjadi akses mudah untuk semua pelanggan
mereka mendapatkan produk RR. Menyentuh sambutan pertama koleksi RR Mono
Scarves, Ruzaini melihat ini adalah usaha pertama mereka bagi menghargai
pembeli setia produk RR. Katanya, selain sambutan secara besar-besaran
bertempat di Pop-up Store RR Hijab di hadapan Pavilion bersama tujuh selebriti
hari ini, antara yang cukup istimewa juga mereka turut menawarkan tudung
percuma kepada pelanggan mereka.
“Apa yang berlaku hari ini bukan untuk kami di RR sahaja
tetapi mereka yang menjadi sebab mengapa RR terus berada di sini sehingga hari
ini. Tanpa sokongan pembeli dan pengguna RR, kami tidak mungkin akan bertahan
selama 17 tahun. Jadi sambutan ulang tahun RR Mono Scarves ini adalah permulaan
yang baik untuk kami memberi semula kepercayaan mereka dengan acara seperti
ini.
“Pada hari ini juga kami turut mengedarkan 300 tudung
percuma kepada pembeli terdahulu tudung Mono Scarves, caranya mudah hanya perlu
pakai tudung dari koleksi yang sama untuk mendapatkan yang baharu. Selain itu
peminat setiap selebriti yang dilantik hari ini juga berpeluang untuk
mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus untuk pembelian tudung RR Mono Scarves
di laman web RR,” katanya.
Sementara itu pada majlis sambutan ini juga turut RR
mengumumkan pemenang Face of RR Hijab yang akan turut membawa pulang wang tunai
beserta kontrak bersama jenama RR bernilai RM10,000. Sekaligus memberi peluang
kepada pemenang pencarian yang julung kali diadakan ini untuk bersama-sama
menjadi wajah eksklusif produk RR.
13 Comments
Meriahnya event ni. Siapa yang tak kenal kedua mereka kan?. RR ni lulusan dari UITM Perak dalam design tak silap. Suka sebenarnya tengok design baju pengantin RR. Tudung Mono dia pun nampak cantik juga design nya.
ReplyDeleteWow... menarik nyer event nie. Sgt meriah nampak. The scarves look pretty. And Izara Aishah looks gorgeous in hijab.
ReplyDeleteWow! Good to know that they ventured into the hijab business too now! Sure cantik kan design2 yang ada! Boleh usha nanti for my friend's punya birthday soon!
ReplyDeleteSuka dengar kisah kejayaan mereka, bermula dari bawah dan akhirnya menjadi salah satu daripada pereka fesyen terkemuka di Malaysia :)
ReplyDeleteGreat event..nampak menarik juga kan design die..nampak simple je..tidak terlalu crowded
ReplyDeleteKawan Sis sorang tu memang peminat RR ni, semua koleksi pakaian ke bag ke semua RR.. Sis plak kureng, tak berapa gemar tulisan sebeso RR tu hahahaha
ReplyDeletebaru tau ada brang RR Mono Scarves ni. Bolehlah mintak wife cuba mana tau ada design yang dia berkenan.
ReplyDeletex pernah lagi ada koleksi ini.. nampak menarik dan cantik.. wahh kena beli satu ni..
ReplyDeleteWah. Makin meriah dunia fesyen tudung di Malaysia nie. AM beli tak? Mesti makin meletup AM pasnie
ReplyDeletewa such meriah live event at Bkt Bintang area! Both Nurida Suraya dan Izara Aishah are so pretty
ReplyDeletewahh meriahnya event ni . iena tak pernah beli koleksi tudung dari jenama ni lagi. Cantik juga design dia . nanti nak cari la
ReplyDeletefuhh ni kalau adik saya tahu memang rambang mata di buatnya
ReplyDeleteWah so meriah launching and event ni, i pun suka material dan warna tudung mereka.
ReplyDelete