SUKE SHOP MELANCARKAN SUKE GO BERSAMA GOKINGKONG

 

SUKE SHOP MELANCARKAN SUKE GO BERSAMA GOKINGKONG

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir dalam Majlis Pelancaran SUKE GO bersama dengan GOKINGKONG. SUKE SHOP iaitu platform e-dagang berkonsepkan pembelian dari rumah di bawah naungan rangkaian hiburan tempatan SUKE TV, telah melancarkan SUKE GO – sebuah perkhidmatan penghantaran premium - dengan kerjasama platform logistik dan e-dagang, GOKINGKONG.

 

Pasti ramai yang tahu perihal SUKE TV kan?? Mana kan tidak Suke TV mula mendapat perhatian dari kebanyakan pengguna Malaysia. SUKE TV merupakan sebuah rangkaian siaran buatan tempatan yang dilancarkan oleh Dato AC Mizal yang membawa harapan, hati dan nilai kepada rakyat, isi rumah dan perusahaan menerusi hiburan dan ganjaran bertaraf dunia. 


Dengan infrastruktur yang luas, pengalaman yang banyak dan usahasama industri akan datang, SUKE TV menyimpan matlamat membangun dan menyampaikan kandungan yang original dari semua genre untuk televisyen dan medium digital di Malaysia dari mana sahaja. 


Dari pengalaman pembelian inovatif, drama yang menyentuh perasaan, ke komedi yang mencuit hati serta aksi sukan yang mendebarkan, SUKE TV telah menghubungkan lebih 30 juta rakyat Malaysia menerusi perspektif hiburan yang unik.  

 

AlongMurni di SukeTV

SUKESHOP

SUKE SHOP ialah rangkaian beli-belah e-dagang terbaru di Malaysia yang dimiliki oleh Dato AC Mizal di bawah naungan rangkaian hiburannya, SUKE TV. Rangkaian SUKE SHOP menyediakan ruang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan dan memasarkan produk mereka menggunakan siaran beli-belah langsung SUKE TV dan platform e-dagangnya. 


Sejak pelancarannya, platform ini telah menampilkan ratusan selebriti, pempengaruh, usahawan serta penjual mikro untuk mempamerkan perniagaan dan mengembangkan jangkauan penonton mereka.

 

SUKE SHOP kini menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma pada hari bekerja seterusnya dan ke bandar-bandar utama di seluruh negara untuk lebih 20,000 produk yang dijual di platform tersebut melalui SUKE GO. Dengan kerjasama ini, pengguna SUKE SHOP akan dapat menikmati perkhidmatan penghantaran yang efisien, cepat dan senang terus ke halaman rumah mereka.

 

Menandatangani Kerjasama

Majlis tersebut juga menyaksikan penambahan lebih 20,000 produk baharu di platform SUKE SHOP yang akan layak untuk perkhidmatan penghantaran melalui SUKE GO. Produk-produk ini terdiri daripada barangan elektronik dan isi rumah, barangan keperluan haiwan peliharaan, barangan runcit, barangan jenama sukan terkemuka seperti Puma, aksesori telefon bimbit dan banyak lagi.

 

Baucar bernilai sehingga RM10 juta juga akan tersedia untuk ahli-ahli yang baru berdaftar di sukeshop.com. Selain itu, pembeli SUKE SHOP juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Ferrari atau hadiah wang sejumlah RM1 juta dengan setiap pembelian minimum RM100 dalam satu resit melalui peraduan SUKE MENANG.


Dato AC Mizal
Dato AC Mizal : Pengasas dan Pengerusi SUKE TV

 “SUKE GO akan meningkatkan kefahaman pasukan kami mengenai pengguna, dan ini akan membantu menyesuaikan perkhidmatan kami mengikut keperluan dan minat mereka. Dengan SUKE GO, kedua-dua pihak SUKE SHOP dan GOKINGKONG akan dapat memanfaatkan kekuatan, pengetahuan, sumber dan kepakaran masing-masing untuk memperkasakan lagi perkhidmatan kami. SUKE SHOP berharap kerjasama dengan GOKINGKONG ini dapat meluaskan lagi kehadiran kami dalam industri e-dagang tempatan,” kata Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV.

 

GOKINGKONG

GOKINGKONG adalah sebuah platform E-Dagang pertama seumpamanya yang dicipta untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pelanggan dalam talian dan pengalaman buruk pengguna, sekali gus memberikan kemudahan yang efisien, tawaran harga yang terbaik dan tahap perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

 

GOKINGKONG mewakili dan melindungi kepentingan komuniti pengguna. Kuasa tawar-menawar yang disediakan oleh platform tersebut membolehkan pengguna platform berurusan secara langsung dengan pengeluar dan penyedia perkhidmatan supaya tawaran yang lebih baik boleh didapati, ketulenan dan keselamatan produk dapat disahkan, maklumat bebas obligasi dan perkhidmatan pra-jualan sentiasa tersedia, dan perkhidmatan selepas jualan terjamin.

 

Pendekatan kepelbagaian saluran dan titik sentuh dalam talian & luar talian ini  memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pengguna dalam apa jua keadaan, di mana jua, dan pada bila-bila masa mereka perlu membuat pembelian dengan ketenangan minda & kepuasan hati.


Uniknya perihal GOKINGKONG ini adalah ia merupakan platform agregator yang menghubungkan pengguna secara terus kepada pengilang dan penyedia perkhidmatan. Platform ini menyediakan produk di bawah pelbagai kategori yang secara amnya beroperasi di bawah empat teras utama: lebih baik, lebih pantas, lebih selamat dan lebih berpatutan. GOKINGKONG bertindak sebagai pengurus penyumberan peribadi yang menyalurkan tawaran terbaik dalam pasaran kepada pengguna mereka.


Desmond Ng : Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG

 

“Sektor e-dagang Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang mendadak sejak wabak COVID-19 melanda negara beberapa tahun lepas. Selaras dengan itu, GOKINGKONG kini berada dalam fasa pembangunan yang menarik; dan kami sangat teruja untuk menerokai peluang kerjasama bersama SUKE SHOP ini,” kata Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG.

 


SUKE SHOP berhasrat untuk menjadi peneraju pasaran dalam segmen e-dagang Malaysia dengan terus menjalin perkongsian seperti ini untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan mereka. 



Sidang media dan majlis menandatangani perjanjian ini telah diserikan oleh Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Datin Emylia Rosnaida, Pengarah SUKE TV; Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG; dan ramai lagi. 


Untuk maklumat lanjut perihal SUKE TV boleh  layari https://www.suketv.com/    

Untuk maklumat lanjut perihal SUKE SHOP boleh layari https://www.sukeshop.com/

 


AlongMurni bergambar bersama Dato AC Mizal

Post a Comment

2 Comments

  1. Sekali dia bg 1 juta! Mmg syok laa SUKE MENANG niii 😮😮 pulak skrg ada SUKE GO!! ⚡⚡

    ReplyDelete
  2. Tuelah.. Nak bgtau boss juga untuk on SUKE TV.. Banyak pilihan channel yang menarik dan pelbagai promosi tawaran harga barangan yang menarik.. mana tahu menang 1 Juta bila berbelanja RM 100 ke atas..

    ReplyDelete