KASYARA CURI TUMPUAN

 


KASYARA CURI TUMPUAN

MILIKI VOKALIS SEIRAS WAJAH DAN SUARA ARIEL NOAH

ALBUM 'DIANTARA DAN LAINNYA'
 

Kasyara merupakan kumpulan muzik yang sedang viral akhir-akhir ini. Viralnya Kumpulan Kasyara ini adalah kerana mereka memiliki vokalis yang memiliki suara yang mirip dengan Ariel Noah. AlongMurni (AM) sendiri setelah mendengar suara vokalisnya menyetujui penyataan berikut.

 

PEMBENTUKAN KUMPULAN KASYARA

MINAT yang mendalam terhadap bidang muzik berjaya membawa produser serta komposer profesional Indonesia iaitu Faizal Andri Lubis ke peringkat yang tidak pernah dijangka beliau. Malah penglibatannya bersama beberapa nama besar industri muzik Indonesia antaranya Tompi, Glenn Fredly dan Radja Band merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

 

Lebih manis, Faizal sempat bersama sebahagian dari kumpulan Noah menggantikan David satu ketika dahulu. Dan akhirnya kini Faizal memulakan langkah sebagai produser dengan mencungkil bakat bakat muda di Indonesia dan Malaysia.

 


PENGLIBATAN KENSEN SEBAGAI VOKALIS

Faizal dan Iyonk, temannya yang sering membantu membuat lagu melihat Kensen yang sedang mengamen di kawasan Cihampelas, Bandung. Faizal pun mengajak Kensen untuk ke Jakarta dan membuat band bersama.

 

Sepanjang perjalanan kerjayanya, Faizal merasakan dirinya bertuah apabila dipertemukan dengan seorang vokalis iaitu Kensen yang disifatkannya mempunyai kualiti vokal sebaik Ariel daripada Noah Band. Malah pada ketika itu, Kensen mula mendapat perhatian ramai apabila tular kerana kualiti vokalnya yang memukau.

 


Bermula detik itu, Faizal dan Kensen mula bersatu hati dengan menubuhkan kumpulan Kasyara pada Ogos 2021. Kasyara juga telah melancarkan beberapa buah lagu di Indonesia yang mendapat sambutan memberangsangkan peminat muzik di Indonesia.

 

Mula sedar akan karya mereka yang berjaya memukau peminat, Kasyara akhirnya mengambil keputusan untuk melebarkan sayap ke Malaysia dengan menampilkan karya agung dari komposer tempatan iaitu Saari Amri sebagai single terbaru mereka.

 


Kasyara memilih lagu Gerimis Mengundang nyanyian asal kumpulan Slam yang terkenal pada era 90an sebagai batu loncatan mereka di Malaysia. Malah, kekuatan Gerimis Mengundang merupakan satu karya yang turut terkenal di Indonesia satu ketika dahulu seakan memberi sinar harapan buat Kasyara. Jelas Faizal selaku pemain keyboard Kasyara, Gerimis Mengundang versi mereka diberi sentuhan terbaharu bagi penyesuaian pendengar tahun 2022.

 


“Ketika pertama kali menyanyikan Gerimis Mengundang versi ini, terasa segala memori ketika kecil semasa lagu ini hangat diputarkan kembali menjengah. “Malah ia satu ‘kenangan’ yang amat diperlukan dalam menyampaikan lagu yang sarat dengan lirik menyentuh emosi ini. “Jadi saya amat berharap tidak terpalit dengan situasi dibandingkan dengan penyanyi asal seperti yang terjadi kepada penyanyi lain. “Besar juga harapan saya agar peminat Malaysia dan Indonesia dapat menikmati susun atur Gerimis Mengundang nyanyian Kasyara,” katanya.

 

KINI KASYARA MELANCARKAN ALBUM PERTAMA MEREKA YANG BERTAJUK “DIANTARA DAN LAINNYA” SECARA DIGITAL.

 

Terdapat 11 lagu di dalam album tersebut, Gerimis Mengundang • Hanya Sementara • Terbang • Dunia Pura-Pura • Cinta Tak Bicara • Ruang Hati • Berbagi Langit •Jangan Katakan Cinta • Hampir Tak Bernafas • Aku Dan Kau • Peace The World

 

Album “Diantara dan Lainnya” kini sudah berada di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Joox, iTunes, YouTube music dan lain-lain lagi. Video muzik Gerimis Mengundang sedia ditonton di saluran Youtube FABIS INCORPORATION bermula 1 julai 2022 lalu dan mendapat komen positif daripada peminat.


AM bergambar bersama dengan Kensen dan Faizal



Post a Comment

6 Comments

  1. menarikkk belum pernah dengar lagu karya kasyara ni. nanti nak cari kat youtube

    ReplyDelete
  2. First time baca pasal ni, kejap I try search di YouTube :) I jarang dengar lagu sebenarnya hehe

    ReplyDelete
  3. Aah lah muka dia memang serupa dengan Ariel Noah tu, suara pun lebih kurang sama. Ingatkan tadi dia ada buat group baru.

    ReplyDelete
  4. Ohh wowo...nice to meet them in person at the event, I actually don't know about them until reading here. Will check them out. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Wahh band baru ye kak. Nanti nak dengae lagu mereka di Spotify. Tajuk lagu mereka macam semua menusuk jiwa. Harap bleh layan sambil memandu kan. Hehehe.

    ReplyDelete
  6. Baru dapat tengok penyanyi yang R&B lagu Getimis Mengundang ni. Dan 1st time juga dengar nama band nye

    ReplyDelete