BONDA FIESTA VAGANZA 2022: CIPTA
FENOMENA BARU
RUMAH HUTAN TERAPI ALAM
Untuk kedua kalinya, Bonda Fiesta Vaganza 2022 (BFV22) telah
diadakan secara besar-besaran di Rumah Hutan Terapi Alam. Peluang ini turut
tidak disia-siakan oleh AlongMurni (AM) untuk turut sama memeriahkan penganjuran
BFV22 kali ini. AM dapat melihat sendiri ramai orang berduyun duyun datang ke
BFV untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diadakan dan booth jualan
dengan harga paling runtuh bagi menghargai semua follower Bonda Rozita,
pengguna produk JRM dan Rumah Hutan. Pengunjung yang datang bukan sahaja dari
Semenanjung Malaysia malahan dari Sabah, Sarawak dan juga Brunei.
Pengasas Sendayu Tinggi serta pemilik Rumah Hutan iaitu Puan
Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita telah menganjurkan
Bonda Fiesta Vaganza (BFV) pada 1 dan 2 Oktober 2022. Karnival BFV yang akan
berlangsung selama dua (2) hari berturut-turut ini dianjurkan bagi membolehkan
pengunjung mendekati keindahan alam semulajadi Rumah Hutan dengan percuma.
AM berada di Barista Cafe |
Pengunjung yang datang bakal didedahkan dengan keindahan alam semulajadi Rumah Hutan disamping dapat membeli belah produk Jamu Ratu Malaya (JRM), DeRatu yang mana juga merupakan produk keluaran Bonda Rozita pada harga istimewa.
Menariknya, pelbagai promosi pakej, potongan harga diskaun
sehingga 50 % untuk pakej penginapan, potongan diskaun untuk pakej urutan,
produk-produk JRM, produk De’Ratu termasuk juga booth yang menjual
makanan-makanan signature, berkonsepkan kemelayuan, barat dan fusion seperti
Warung Bonda, Istana Ratu dan Barista Café.
Disamping itu, pelbagai program berkonsepkan perkongsian
ilmu bersama personaliti-personaliti terkenal seperti Ustaz Amin, Ustazah Asni,
Shiera Ijoy, Rita Rudaini dan ramai lagi akan diadakan.
Bagi yang berminat untuk menginap atau melihat sendiri keindahan alam di sekitar Rumah Terapi Alam ini juga boleh menaiki kenderaan yang disediakan.
PERIHAL BONDA ROZITA IBRAHIM
AM berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama dengan Bonda
Rozita. AM rasa kagum dengan gaya hidup Bonda Rozita yang mengamalkan gaya
hidup sihat dari segi pemakanan dan aktiviti harian malahan menjadi usahawan wanita
yang disegani ramai. Setelah beliau berjaya mengusahakan produk kosmetik
Sendayu Tinggi pada tahun 1998, beliau kini memberi tumpuan dan fokus pada
produk Jamu Ratu Malaya (JRM) dan Rumah Hutan Terapi Alam.
AM masih terngiang-ngiang pesan beliau ketika berkongsi Tips
dan Rahsia beliau untuk kekal fokus dalam perniagaan yang beliau ceburi
sehingga sekarang. Beliau berkata, “berniaga bukan sekadar duit semata-mata
tapi harus datang dengan niat untuk membantu dan kejujuran. Saya rasa puas hati
bila pengguna yang menggunakan produk saya dapat pulih dan sihat. Itulah
kepuasan yang amat besar bagi saya”.
Mengulas tentang Rumah Hutan Terapi Alam yang dibangunkan
oleh beliau, beliau menyatakan bahawa minat terhadap dekorasi yang cantik dan
eksklusif menjadi sumber inspirasi di samping mengekalkan kehijauan dan
keindahan alam. Beliau juga turut bekerjasama dengan masyarakat Asli setempat
dalam membangunkan dan memastikan kehijauan alam terpelihara. Usaha yang
dimulakan dengan seluas 3 ekar kini bertukar wajah menjadi tempat penginapan
mewah, cantik dan eksklusif. AM rasa kagum dengan Wanita hebat ini yang begitu
gigih ingin membangunkan usaha walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan dan
halangan.
Apa tunggu lagi?? Jom sama-sama meriahkan Bonda Fiesta
Vaganza 2022 di samping dapat melawat dan menikmati keindahan alam di kawasan
Rumah Hutan Terapi Alam ini.
13 Comments
Bonda nie memang figura bisnes yang disegani sebab beliau berjaya tanpa perlu viral dan kontroversi.
ReplyDeleteBestnya teringin juga nak staycation kat sini la... terlepas pulak peluang nak dapatkan voucher harga runtuh ni... kena check lain la, sure my friends gonna love this place...
ReplyDeletebestnyaaa dapat pi rumah bonda, dah lama teringin nak pi. now memang consume produk bonda. rugi tak dapat join fiesta ni
ReplyDeleteI read some of my friends review about this place, memang best, tempat tenang, and selesa.
ReplyDeleteIt is a great event of Bonda Fiesta Vaganza 2022 (BFV22) for 2 days. I wish to join the next one too
ReplyDeleteSo worth while to be at this nice place , gonna check out one of the weekend la
ReplyDeleteVery very nice looking environment. Thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing
So worth while to be at this nice place , gonna check out one of the weekend la
ReplyDeleteVery very nice looking environment. Thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing
Bonda Fiesta Vaganza 2022 sure seems like a great place, would love to introduce this to my kids, cant' imagine how excited they'll be
ReplyDeleteMemang menarik BFV 2022 kali ini, berkesempatan untuk join tahun ni, memang banyak sebenarnya yang menarik di BFV 2022 ni :)
ReplyDeleteBonda memang ikon. Dgn rendah dirinya, menjaga kehormatan dirinya sebagai wanita dan muslimah, LeYa memang kagum.
ReplyDeleteBtw, tahniah Murni dah menapak satu tangga untuk fokus blogging dengan daftar domain. Keep it up!
Wahhg seronok dapat jejak kaki ke Rumah Bonda ni. Selalu fully booking tau. Ni ada Bonda Fiesta, boleh la plan awal untuk rancang percutian ke sini. Paling nak buat adalah berurut. Hahaha. Lepas mandi sungai. Pastu makan ikan Lunak. Heaven!
ReplyDeleteAda tengok dalam IG tentang Rumah Bonda ni, memang menarik dan kalau dekat memang nak datang juga.
ReplyDeleteBestnya!!! Belum pernah pergi lagi ke sini. Ada nampak diskaun sampai 50% alahaiii kena pergi la ni. Bonda mesti ramah kan orangnya..
ReplyDelete