BONDA FIESTA VAGANZA 2022 CIPTA FENOMENA BARU

 


BONDA FIESTA VAGANZA 2022: CIPTA FENOMENA BARU

RUMAH HUTAN TERAPI ALAM

 

Untuk kedua kalinya, Bonda Fiesta Vaganza 2022 (BFV22) telah diadakan secara besar-besaran di Rumah Hutan Terapi Alam. Peluang ini turut tidak disia-siakan oleh AlongMurni (AM) untuk turut sama memeriahkan penganjuran BFV22 kali ini. AM dapat melihat sendiri ramai orang berduyun duyun datang ke BFV untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diadakan dan booth jualan dengan harga paling runtuh bagi menghargai semua follower Bonda Rozita, pengguna produk JRM dan Rumah Hutan. Pengunjung yang datang bukan sahaja dari Semenanjung Malaysia malahan dari Sabah, Sarawak dan juga Brunei.

 


Pengasas Sendayu Tinggi serta pemilik Rumah Hutan iaitu Puan Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita telah menganjurkan Bonda Fiesta Vaganza (BFV) pada 1 dan 2 Oktober 2022. Karnival BFV yang akan berlangsung selama dua (2) hari berturut-turut ini dianjurkan bagi membolehkan pengunjung mendekati keindahan alam semulajadi Rumah Hutan dengan percuma.

 



AM berada di Barista Cafe

Pengunjung yang datang bakal didedahkan dengan keindahan alam semulajadi Rumah Hutan disamping dapat membeli belah produk Jamu Ratu Malaya (JRM), DeRatu yang mana juga merupakan produk keluaran Bonda Rozita pada harga istimewa. 



Menariknya, pelbagai promosi pakej, potongan harga diskaun sehingga 50 % untuk pakej penginapan, potongan diskaun untuk pakej urutan, produk-produk JRM, produk De’Ratu termasuk juga booth yang menjual makanan-makanan signature, berkonsepkan kemelayuan, barat dan fusion seperti Warung Bonda, Istana Ratu dan Barista Café.


 


Disamping itu, pelbagai program berkonsepkan perkongsian ilmu bersama personaliti-personaliti terkenal seperti Ustaz Amin, Ustazah Asni, Shiera Ijoy, Rita Rudaini dan ramai lagi akan diadakan.

 



Bagi yang berminat untuk menginap atau melihat sendiri keindahan alam di sekitar Rumah Terapi Alam ini juga boleh menaiki kenderaan yang disediakan.



PERIHAL BONDA ROZITA IBRAHIM

AM berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama dengan Bonda Rozita. AM rasa kagum dengan gaya hidup Bonda Rozita yang mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan dan aktiviti harian malahan menjadi usahawan wanita yang disegani ramai. Setelah beliau berjaya mengusahakan produk kosmetik Sendayu Tinggi pada tahun 1998, beliau kini memberi tumpuan dan fokus pada produk Jamu Ratu Malaya (JRM) dan Rumah Hutan Terapi Alam.

 


AM masih terngiang-ngiang pesan beliau ketika berkongsi Tips dan Rahsia beliau untuk kekal fokus dalam perniagaan yang beliau ceburi sehingga sekarang. Beliau berkata, “berniaga bukan sekadar duit semata-mata tapi harus datang dengan niat untuk membantu dan kejujuran. Saya rasa puas hati bila pengguna yang menggunakan produk saya dapat pulih dan sihat. Itulah kepuasan yang amat besar bagi saya”.

 

Mengulas tentang Rumah Hutan Terapi Alam yang dibangunkan oleh beliau, beliau menyatakan bahawa minat terhadap dekorasi yang cantik dan eksklusif menjadi sumber inspirasi di samping mengekalkan kehijauan dan keindahan alam. Beliau juga turut bekerjasama dengan masyarakat Asli setempat dalam membangunkan dan memastikan kehijauan alam terpelihara. Usaha yang dimulakan dengan seluas 3 ekar kini bertukar wajah menjadi tempat penginapan mewah, cantik dan eksklusif. AM rasa kagum dengan Wanita hebat ini yang begitu gigih ingin membangunkan usaha walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan dan halangan.

 

Apa tunggu lagi?? Jom sama-sama meriahkan Bonda Fiesta Vaganza 2022 di samping dapat melawat dan menikmati keindahan alam di kawasan Rumah Hutan Terapi Alam ini.

 

Post a Comment

13 Comments

  1. Bonda nie memang figura bisnes yang disegani sebab beliau berjaya tanpa perlu viral dan kontroversi.

    ReplyDelete
  2. Bestnya teringin juga nak staycation kat sini la... terlepas pulak peluang nak dapatkan voucher harga runtuh ni... kena check lain la, sure my friends gonna love this place...

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa dapat pi rumah bonda, dah lama teringin nak pi. now memang consume produk bonda. rugi tak dapat join fiesta ni

    ReplyDelete
  4. I read some of my friends review about this place, memang best, tempat tenang, and selesa.

    ReplyDelete
  5. It is a great event of Bonda Fiesta Vaganza 2022 (BFV22) for 2 days. I wish to join the next one too

    ReplyDelete
  6. So worth while to be at this nice place , gonna check out one of the weekend la
    Very very nice looking environment. Thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. So worth while to be at this nice place , gonna check out one of the weekend la
    Very very nice looking environment. Thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Bonda Fiesta Vaganza 2022 sure seems like a great place, would love to introduce this to my kids, cant' imagine how excited they'll be

    ReplyDelete
  9. Memang menarik BFV 2022 kali ini, berkesempatan untuk join tahun ni, memang banyak sebenarnya yang menarik di BFV 2022 ni :)

    ReplyDelete
  10. Bonda memang ikon. Dgn rendah dirinya, menjaga kehormatan dirinya sebagai wanita dan muslimah, LeYa memang kagum.

    Btw, tahniah Murni dah menapak satu tangga untuk fokus blogging dengan daftar domain. Keep it up!

    ReplyDelete
  11. Wahhg seronok dapat jejak kaki ke Rumah Bonda ni. Selalu fully booking tau. Ni ada Bonda Fiesta, boleh la plan awal untuk rancang percutian ke sini. Paling nak buat adalah berurut. Hahaha. Lepas mandi sungai. Pastu makan ikan Lunak. Heaven!

    ReplyDelete
  12. Ada tengok dalam IG tentang Rumah Bonda ni, memang menarik dan kalau dekat memang nak datang juga.

    ReplyDelete
  13. Bestnya!!! Belum pernah pergi lagi ke sini. Ada nampak diskaun sampai 50% alahaiii kena pergi la ni. Bonda mesti ramah kan orangnya..

    ReplyDelete