
CARiNG PHARMACY PERBAHARUI APLIKASI MUDAH ALIH
MELALUI TRANSFORMASI DIGITAL
“BE CARING, BE
REWARDED!”
Baru-baru ini, AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk turut sama ke Majlis Pelancaran dan Karnival CARing
Pharmacy bertempat di Pavilion Bukit Jalil. Sempena meraikan, sambutan
ulangtahun ke-28, CARiNG PHARMACY menyampaikan penghargaan kepada pelanggan
setia mereka dengan memperkenalkan program keahlian khas tiga peringkat melalui
program keahlian Caring Loyalty.
Selaras dengan objektifnya untuk meningkatkan status kesihatan di Malaysia, CARiNG Pharmacy menerapkan transformasi digital dengan memperbaharui aplikasi mudah alih untuk membantu para pelanggannya dalam pengesanan rekod kesihatan, mendapatkan tips kesihatan, dan pada masa yang sama memberi sepuluh kali ganda ganjaran kesetiaan kepada pengguna.
Sebagai sebuah rangkaian farmasi yang memiliki keahlian terbesar di
Malaysia iaitu seramai 1.3 juta ahli, CARiNG Pharmacy bertindak untuk menambah
baik aplikasi mudah alih untuk memberi pelbagai faedah kepada pengguna.
Keahlian Caring yang serba baru dan percuma ini terdiri daripada tiga peringkat
iaitu Perak, Emas dan Platinum, di mana ahli pengguna akan mendapat lebih
banyak faedah apabila peringkat keahlian meningkat.

Selari dengan slogannya “Be Caring, Be Rewarded!”, ahli pengguna Caring boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran, menikmati ganjaran ulang tahun, menerima diskaun dan promosi eksklusif mengesan rekod kesihatan & transaksi melalui aplikasi Caring. Demi meraikan acara ini, CARiNG Carnival menganjurkan pelbagai aktiviti percuma seperti Sesi Zumba, Simulator Interaktif Sukan, Permainan Video Kinect Xbox dan pelbagai lagi aktiviti mesra keluarga.
Tambahan lagi, karnival ini turut menampilkan booth
jenama terkenal terkenal seperti Brand’s, Ensure, Hada Labo, Iconic Medicare,
Medicos, Redoxon, Scott’s, Suu Balm dan Tresor. Para pembeli akan dihadiahkan
dengan mata ganjaran Caring apabila mereka mendaftar sebagai ahli, membeli di
booth pameran, dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Mereka juga berpeluang
untuk menebus mata ganjaran dengan hadiah-hadiah yang menarik di karnival ini.

Bertanggungjawab sebagai sebuah
rangkaian farmasi tempatan, CARiNG Pharmacy bertindak untuk mendidik dan
menggalakkan masyarakat menjaga kesihatan. Sebagai langkah inisiatif untuk lebih
mendekati, langkah inisiatif untuk lebih mendekati menawarkan pemeriksaan
kesihatan seperti tekanan darah, tahap glukosa, ujian kolesterol dan sebagainya
secara percuma, dilaksanakan oleh ahli farmasi CARiNG di karnival ini.
CARiNG Pharmacy turut menggesa
masyarakat untuk "Do It Right" berkaitan dengan perkhidmatan pembuangan
bahan perubatan danubat-ubatan secara selamat. Pembuangan bahan perubatan yang
tidak betul akan mengundang kebimbangan global disebabkan oleh impaknya kepada
alam sekitar, ekonomi dan kesihatan. Dengan menyediakan tempat pengumpulan di
karnival ini, para pengunjung boleh membuang bahan perubatan dan ubat -
ubatansecara selamat.

Encik Loo Joi Leng, Pengarah Pemasaran CaRiNG Pharmacy berkata, “Saya berbesar hati meraikan ulang tahun CARiNG Pharmacy yang ke-28 dengan memberikan ganjaran kepada pelanggan kami secara berterusan. Dengan pelancaran peringkat keahlian terbaru kami, kami berharap untuk menggalakkan masyarakat sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. CARiNG Pharmacy sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan bagi mencapai sasaran kesihatan pelanggan.”

Beliau menambah, “Dengan mempunyai keahlian yang paling ramai dikalangan farmasi di Malaysia, ia merupakan tanggungjawab kami untuk menyediakan sebuah platform yang menyeluruh bagi memantapkan gaya hidup para pengguna. Semenjak Januari 2022, kami berjaya merekrut 300,000 ahli baru, menjadikan bilangan keahlian mencecah 1.3 juta ahli. Ini orang ramai benar-benar memanfaatkan kelebihan yang kami tawarkan. Kami juga menyasarkan untuk memperoleh 2.5 juta ahli menjelang akhir tahun 2023.
Muat turun aplikasi Caring di
Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery sekarang untuk menikmati
200 mata ganjaran permulaan kepada ahli baru yang boleh ditebus di mana-mana
cawangan CARiNG Pharmarcy di seluruh negara dan melalui platform e-dagang khas.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://caring2u.com/member-privilege/



11 Comments
Tahniah CARiNG. Dah semakin maju ke hadapan dah dengan pengemaskinian aplikasi dah kan. And CARinG memang tempat Rawlins selalu membeli bekalan ubatan.
ReplyDeleteMudah dan best sebab boleh kumpul banyak mata ganjaran kan?? Penting ada bekalan ubat sentiasa di rumah
DeleteWah dah ada membership lah. Memang suka beli barang dekat caring ni. Murah2. Harap dengan adanya membership, banyaklah benefits untuk member setia mcm kita ni. hehehe
ReplyDeleteBetul tue.. banyak barangan keperluan untuk penjagaan diri dan kesihatan.. Sambil berbelanja boleh kumpul point dan redemn juga.. nak nak time promosi.. lebih jimat!!
Delete6 - 10 Oktober 2022 rupanya. Baru perasan hari ni. Hahaha. Harap Caring buat lagi kempen macam ni. Boleh redeem hadiah. Hehehe.
ReplyDeleteKalau selepas ini pun boleh redemn juga dgn mata ganjaran yang terkumpul.. cuma time kempen ini ada banyak games yang boleh menang dan dapat mata ganjaran tambahan.. paling best ada pemeriksaan percuma.. boleh check tekanan darah, tahap gula dan kolesterol dalam darah..
DeleteOh yess! i havve downloaded their app and its so conveninet and has many benefits
ReplyDeleteBetul tue.. banyak betul barangan penjagaan diri dan kesihatan boleh didapati di samping haraga promosi yang menarik
DeleteWow! Besar juga ye database pharmacy ni! More than a million users! No wonder mereka up to game kan! Gonna download this too!
ReplyDeletefirst time tahu aplikasi Caring ni. bagus juga dia punya objektif so lepas ni boleh kita menjaga kesihatang dengan download apps Caring Pharmacy :)
ReplyDeleteOutlet pun mudah didapati, nak redemn mata ganjaran pun mudah. Yang penting barangan keperluan diri dan kesihatan boleh didapati dengan harga yang murah dan berpatutan
Delete