
Satu penghargaan
bila AlongMurni (AM) berpeluang bersua muka dan mendengar suara insan bernama BIHZHU.
Meskipun Namanya agak asing dari pendengaran bukan bermakna tidak pernah wujud
dalam belantika muzik tempatan. Biar asing di pendengaran kelompok komersial, sedikitpun
tidak membuatkan penyanyi berbakat besar iaitu BIHZHU melepaskan beragam
kesempatan melakukan persembahan di luar negara yang sangat menghargai bakat
besarnya. BIHZHU, sebutannya berbunyi Bee choo, wanita yang telah
menawan hati peminatnya melalui kelunakan suara yang bergenre Indie Muzik terutamanya
di India dan Korea Selatan.
Ironi, BIHZHU
sudah 17 tahun membawa muziknya berkelana dari satu telinga ke telinga lainnya
di seluruh pelusuk dunia. Kini tiba masanya kita menerima dengan tangan terbuka
dan mengangkat karya baharu Bihzhu yang diberi judul ‘JIWA PERKASA’.
Menurutnya, 'Jiwa Perkasa' adalah karya yang dilahirkan setahun sebelum banjir melanda
negara. Lantas bencana tersebut menjadikan dia teringat tentang semangat yang
wujud dalam 'Jiwa Perkasa' mengenai perpaduan, keharmonian dan pertalian erat
sesama rakyat Malaysia.
“Sewaktu bencana banjir tahun lalu saya menjadi sukarelawan dan bergabung serta bertemu dengan banyak orang tidak mengira bangsa juga usia. Ini menunjukkan betapa harmoninya ikatan sesama kita, rakyat Malaysia biarpun tidak saling mengenali satu sama lain. “Saya ingat lagi, seseorang mengenali saya sewaktu saya membantu membungkus barang di PJ Gudwara dan meminta saya menyanyi.
“Saya menyanyikan sedikit lagu I Am Enough dan tiba tiba semua ikut berdendang sama. Ia seperti magis dan membuat saya sedar muzik juga memainkan peranan dalam mental, emosi dan komuniti kita dan lahirlah 'Jiwa Perkasa',” kongsi Bihzhu mengenai penghasilan karya terbaharunya.
Penghasilan
lagu ‘Jiwa Perkasa’ ini telah mengetengahkan sifat harmoni dan semangat adiwira
rakyat Malaysia ini juga disemat dengan mimpi besar yang sama seperti mana
banyak karyanya telah menerawang dan didendangkan jauh sehingga ke Indonesia,
Korea Selatan, Australia, India dan China menerusi pelbagai festival muzik yang
disertai.
Ternyata
Jiwa Perkasa bukan satu satunya karya yang mempunyai nilai sentimental
tersendiri, Bihzhu juga terkenal dengan single Bright Veins yang dihasilkan
pada tahun 2015 yang punya keunikan instrumen gamelan di dalamnya. Malah Bihzhu
juga mempunyai segudang hit lainnya seperti Chendering, Alive yang dihasilkan
pada 2021 kerana pandemik COVID 19, Aramaiti dan Tainted Temples.
Menerusi
karya karya yang dihasilkan juga, Bihzhu menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dalam Anugerah Lagu Indie
(Malaysia) untuk kategori akhir menerusi
I Am Enough pada 2020 selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan
kempen kempen mereka. I Am Enough juga memenangi ‘song of the week’ pada
peringkat separuh akhir pertama. Lagu
Alive turut berjaya memasuki peringkat akhir ALI 2021.
Chendering
yang dihasilkan sekitar 2021/2022 pula menerima nominasi dalam Anugerah
Industri Muzik (AIM) untuk kategori Susunan Muzik Terbaik, selain sering
menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen kempen mereka.
KATA
ALONGMURNI
AM kagum
melihat Teknik Penyampaian Lagu oleh Bihzhu ini. Beliau bukan sahaja menyanyi
malahan beliau meletakkan jiwa dalam setiap penceritaan dan bait bait lagu. AM
paling suka susunan muzik yang betul-betul hebat dan WOW di samping punyai keunikan
tersendiri.
Jom
sama-sama saksikan Muzik Video dari Bihzhu yang pastinya akan membuatkan
bulu-bulu roma meremang dan lihat sendiri betapa uniknya susunan muzik dan
indahnya nyanyian yang disampaikan oleh Bihzhu.
Muzik
video:
Sosial Media:
3 Comments
her voice is amazing and from your photos, she looks like such a bubbly and vibrant personality. hope to be able to meet her one day too! :)
ReplyDeleteOhh wow...amazing local music talent spotted , thanks for sharing this. Gonna check out more of her music then. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteshe looks so bubbly. I wish I can hear BIHZHU sing live one day too
ReplyDelete