‘JIWA PERKASA’ NYANYIAN BIHZHU BERI IMPAK FENOMENA BARU


Satu penghargaan bila AlongMurni (AM) berpeluang bersua muka dan mendengar suara insan bernama BIHZHU. Meskipun Namanya agak asing dari pendengaran bukan bermakna tidak pernah wujud dalam belantika muzik tempatan. Biar asing di pendengaran kelompok komersial, sedikitpun tidak membuatkan penyanyi berbakat besar iaitu BIHZHU melepaskan beragam kesempatan melakukan persembahan di luar negara yang sangat menghargai bakat besarnya. BIHZHU, sebutannya berbunyi Bee choo, wanita yang telah menawan hati peminatnya melalui kelunakan suara yang bergenre Indie Muzik terutamanya di India dan Korea Selatan.

 

Ironi, BIHZHU sudah 17 tahun membawa muziknya berkelana dari satu telinga ke telinga lainnya di seluruh pelusuk dunia. Kini tiba masanya kita menerima dengan tangan terbuka dan mengangkat karya baharu Bihzhu yang diberi judul ‘JIWA PERKASA’.

 

‘JIWA PERKASA’ NYANYIAN BIHZHU BERI IMPAK FENOMENA BARU

Menurutnya, 'Jiwa Perkasa' adalah karya yang dilahirkan setahun sebelum banjir melanda negara. Lantas bencana tersebut menjadikan dia teringat tentang semangat yang wujud dalam 'Jiwa Perkasa' mengenai perpaduan, keharmonian dan pertalian erat sesama rakyat Malaysia.

 

“Sewaktu bencana banjir tahun lalu saya menjadi sukarelawan dan bergabung serta bertemu dengan banyak orang tidak mengira bangsa juga usia. Ini menunjukkan betapa harmoninya ikatan sesama kita, rakyat Malaysia biarpun tidak saling mengenali satu sama lain. “Saya ingat lagi, seseorang mengenali saya sewaktu saya membantu membungkus barang di PJ Gudwara dan meminta saya menyanyi.

 

“Saya menyanyikan sedikit lagu  I Am Enough dan tiba tiba semua ikut berdendang sama. Ia seperti magis dan membuat saya sedar muzik juga memainkan peranan dalam mental, emosi dan komuniti kita dan lahirlah 'Jiwa Perkasa',” kongsi Bihzhu mengenai penghasilan karya terbaharunya.

 

‘JIWA PERKASA’ NYANYIAN BIHZHU BERI IMPAK FENOMENA BARU

Penghasilan lagu ‘Jiwa Perkasa’ ini telah mengetengahkan sifat harmoni dan semangat adiwira rakyat Malaysia ini juga disemat dengan mimpi besar yang sama seperti mana banyak karyanya telah menerawang dan didendangkan jauh sehingga ke Indonesia, Korea Selatan, Australia, India dan China menerusi pelbagai festival muzik yang disertai.

 

Ternyata Jiwa Perkasa bukan satu satunya karya yang mempunyai nilai sentimental tersendiri, Bihzhu juga terkenal dengan single Bright Veins yang dihasilkan pada tahun 2015 yang punya keunikan instrumen gamelan di dalamnya. Malah Bihzhu juga mempunyai segudang hit lainnya seperti Chendering, Alive yang dihasilkan pada 2021 kerana pandemik COVID 19, Aramaiti dan Tainted Temples.

 

‘JIWA PERKASA’ NYANYIAN BIHZHU BERI IMPAK FENOMENA BARU

Menerusi karya karya yang dihasilkan juga, Bihzhu menerima pelbagai pengiktirafan  termasuk dalam Anugerah Lagu Indie (Malaysia)  untuk kategori akhir menerusi I Am Enough pada 2020 selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen kempen mereka. I Am Enough juga memenangi ‘song of the week’ pada peringkat separuh akhir pertama.  Lagu Alive turut berjaya memasuki peringkat akhir ALI 2021.

 

‘JIWA PERKASA’ NYANYIAN BIHZHU BERI IMPAK FENOMENA BARU

Chendering yang dihasilkan sekitar 2021/2022 pula menerima nominasi dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Susunan Muzik Terbaik, selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen kempen mereka.

 

KATA ALONGMURNI


‘JIWA PERKASA’ NYANYIAN BIHZHU BERI IMPAK FENOMENA BARU


AM kagum melihat Teknik Penyampaian Lagu oleh Bihzhu ini. Beliau bukan sahaja menyanyi malahan beliau meletakkan jiwa dalam setiap penceritaan dan bait bait lagu. AM paling suka susunan muzik yang betul-betul hebat dan WOW di samping punyai keunikan tersendiri.

 

Jom sama-sama saksikan Muzik Video dari Bihzhu yang pastinya akan membuatkan bulu-bulu roma meremang dan lihat sendiri betapa uniknya susunan muzik dan indahnya nyanyian yang disampaikan oleh Bihzhu.


Muzik video:


 

Sosial Media:

www.bihzhu.com

www.Instagram.com/bihzhu

www.youtube.com/bihzhu

www.twitter.com/bihzhu

www.facebook.com/bihzhumusic

 

Post a Comment

3 Comments

  1. her voice is amazing and from your photos, she looks like such a bubbly and vibrant personality. hope to be able to meet her one day too! :)

    ReplyDelete
  2. Ohh wow...amazing local music talent spotted , thanks for sharing this. Gonna check out more of her music then. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. she looks so bubbly. I wish I can hear BIHZHU sing live one day too

    ReplyDelete