
RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN
UNTUK MEMBERIKAN GERAN PERNIAGAAN KEPADA 30 USAHAWAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
DALAM PROGRAM LIGA USAHAWAN OKU MALAYSIA (SAY LEAD PRO) ANJURAN SELANGOR YOUTH
COMMUNITY
Pada 11 Oktober 2022, AlongMurni
(AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Penyerahan Geran Perniagaan
kepada 30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) yang bertempat di Hotel Sunway
Resort, Petaling Jaya, Selangor.

Seramai 30 usahawan Orang Kurang
Upaya (OKU) telah dipilih oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor untuk menerima geran
perniagaan dalam program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO) anjuran
Selangor Youth Community yang disokong oleh Yayasan Hasanah.

Liga ini dianjurkan oleh Selangor
Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh
D.Y.T.M. Raja Muda Selangor. Program Liga Usahawan OKU Malaysia - SAY LEAD PRO
dijalankan dibawah inisiatif Entrepreneurship Selangor dengan membawa
visi dan misi Baginda untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian
terutamanya kepada golongan usahawan belia. Liga ini ditaja sepenuhnya oleh
Yayasan Hasanah melalui “Hasanah Special Grant”.

Kriteria pemilihan peserta
adalah:
- Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di
bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Berumur dari 18 tahun hingga 45 tahun.
- Berupaya untuk hadir ke kelas secara fizikal dan
secara dalam talian
- Berminat untuk mempelajari aktiviti perniagaan.
Program SAY LEAD telah berjalan
selama 18 bulan sejak Januari 2022. 60 peserta dipilih untuk menjalani kursus
perniagaan selama 18 bulan yang merangkumi empat fasa:
- Fasa pertama: Unearth The Talent (4 Bulan)
- Fasa Kedua: Commercialisation (4 Bulan)
- Fasa Ketiga: Sustainability (4 Bulan)
- Fasa Terakhir: Giving Back to Societies (4
Bulan)

Setiap minggu selama kursus
bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan dalam untuk
dilaksanakan dalam perniagaan mereka sama ada secara fizikal ataupun atas talian.
Pada fasa pertama, peserta perlu hadir ke kelas secara fizikal untuk
mempelajari amali bagaimana untuk menghasilkan produk/perkhidmatan seterusnya
mendapatkan pembekal dan mengekalkan kualiti produk.

Memasuki fasa kedua Commercialisation,
daripada 60 peserta hanya 30 peserta sahaja yang akan dipilih untuk memasuki
fasa kedua. Pada fasa ini, peserta akan diberikan ilmu bagaimana hendak untuk
mengkomersialkan produk yang dihasilkan sama ada secara fizikal ataupun atas
talian. Pada fasa kedua ini, Selangor Youth Community (SAY) telah mengambil
inisiatif untuk melaksanakan bootcamp selama tiga hari dua malam di
International Youth Centre (IYC), Cheras. Hasil daripada bootcamp
tersebut, setiap peserta dibimbing dan ditetapkan mentor berdasarkan produk
yang dihasilkan kepada tiga kumpulan iaitu F&B, Jahitan dan perniagaan atas
talian.

Hasil bimbingan tersebut, setiap
peserta berjaya memiliki produk sendiri berdasarkan bimbingan daripada mentor.
Dalam pada itu, fasa ini juga turut dipantau rapat oleh pihak Selangor Youth
Community (SAY) dan mentor dengan mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali pada
bulan September untuk merekodkan jualan, kaedah pemasaran dan lain-lain
lagi.

Pada hari ini, D.Y.T.M. Tengku
Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan untuk
menyumbangkan geran perniagaan kepada 30 usahawan OKU untuk memulakan
perniagaan mereka diiringi oleh:
- Dato’ Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan
Hasanah dan Penaja Utama Program Liga Usahawan OKU Malaysia- SAY LEAD
PRO
- Yang Berusaha Zuhaimi Bin Omar, Pengarah Jabatan
Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Mohd Faiz Bin Shuhaimi, Presiden Majlis Belia OKU
Malaysia
- Puan Nurul Azwa Binti Mohd Rodzi, Ketua Pegawai
Eksekutif Selangor Youth Community.
PERIHAL SELANGOR YOUTH
COMMUNITY (SAY)
Selangor Youth Community (SAY)
diasaskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin
Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada tahun 2017. SAY merupakan organisasi
bukan kerajaan, bukan politik dan juga bukan berasaskan keuntungan yang
berpegang teguh kepada matlamat untuk mewujudkan komuniti belia oleh belia yang
dinamik, progresif dan cergas. Atas kajian dan bengkel yang dijalankan oleh
Boston Consulting Group untuk mengenal pasti belia yang ada di Selangor, SAY
telah bergerak berpandukan empat fokus utama iaitu Keusahawanan, Sukan dan
Kesihatan, Seni dan Kreatif dan juga Khidmat Masyarakat, ia adalah untuk
menyentuh secara menyeluruh minat dan fokus utama belia-belia di dalam negeri
Selangor.
Setakat tahun 2021, SAY telah
memberi kesan positif kepada seramai 296,000 belia, bukan sahaja tertumpu di
dalam negeri Selangor tetapi juga di Malaysia secara menyeluruh melalui 200
inisiatif dan program bermula dari tahun pertama SAY ditubuhkan. SAY juga
menjalankan program dan inisiatif yang holistik melalui rakan kerjasama dari
pelbagai agensi kerajaan, korporat dan komuniti untuk mengenal pasti jurang
dalam ekosistem agar tiada komuniti yang tercicir.
PERIHAL INISIATIF ENTREPRENEURSHIP
SELANGOR
Entrepreneurship Selangor
bergerak di bawah organisasi Selangor Youth Community (SAY) yang juga dikenali
sebagai Keusahawanan Selangor dan ditubuhkan berpandukan visi DYTM Tengku Amir
Shah, Raja Muda Selangor untuk mewujudkan inisiatif yang memfokuskan bidang
keusahawanan untuk belia di negeri Selangor. Inisiatif ini bertujuan untuk
mengenal pasti jurang dalam ekosistem keusahawanan belia yang ada dan
menyatukan semua agensi kerajaan, sektor swasta, entiti bukan kerajaan dan juga
individu di bawah satu misi bersama - untuk memperkasakan belia melalui
inisiatif keusahawanan dan mendorong belia untuk ke peringkat antarabangsa.
Terdapat 2 inisiatif utama di bawah Entrepreneurship Selangor:
i. SAY LEAD (Leadership,
Entrepreneurship, Acceleration and Development)
SAY LEAD adalah sebuah liga
usahawan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang pertama di Malaysia untuk membantu
usahawan OKU memperolehi pendapatan yang stabil melalui perniagaan dan kursus
bimbingan perniagaan yang berstruktur. Tiga pemenang utama akan layak ke
peringkat seterusnya iaitu program SAY LEAD +, program bimbingan selama satu
tahun untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran
baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.
- SAY ASPIRE
SAY ASPIRE adalah program yang
mensasarkan syarikat Industri Kecil Dan Sederhana yang diterajui oleh belia di
negeri Selangor dan berpotensi untuk dieksport ke pasaran antarabangsa. Program
bimbingan perniagaan yang berlangsung selama 6 bulan ini memberi peluang kepada
usahawan belia mendapat akses ke pasaran baru dan peluang perniagaan yang
berinovasi.
10 Comments
Alhamdulilah, semoga apa yang di sumbangkan memberi manfaat dan memberi rezeki yang cerah bagi menampung kehidupan seorang OKU..
ReplyDeleteusaha yang baik untuk bantu para usahawan. moga geran ni manfaat untuk semua usahawan oku
ReplyDeleteThis is a good initiative to help those in need with a business opportunity. Thanks for sharing about this good efforts here. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteAlhamdulillah, inisiatif terbaik membantu golongan oku mencari pendapatan. semoga negeri lain turut mempunyai persatuan yg sama melakukan inisiatif serupa :)
ReplyDeletePernah baca tentang program ni haritu, bagus usaha bantuan macam ni. Semoga berjaya peserta yang terpilih.
ReplyDeleteinisiatif yg sangat baik dlm membantu golongan oku dalam meningkatkan pendapatan mereka
ReplyDeletethis is a great initiative! I also support program Liga Usahawan OKU Malaysia fully
ReplyDeleteBagus la initiatif ni dan buktikan yang mereka pun boleh berjaya macam usahawan yang lain kan! semoga lebih ramai yang bakal diberi peluang yang sama mcm ni kan 🫶
ReplyDeleteWow this is a great initiative to help the OKU to have a better living
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya salah seorang peserta SAY LEAD Yayasan Selangor 2018
ReplyDelete