
Pada 25 Oktober 2022, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk sama hadir ke majlis sambutan ulang tahun pertama Restoran Cili Kampung yang bertempat di pusat beli-belah Hartamas. Majlis tersebut turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan khas, barisan media perdana dan media elektronik serta rakan-rakan selebriti dan ikon-ikon tempatan. Disamping dimeriahkan dengan persembahan pentas oleh pemuzik tempatan, AM turut dihidangkan dengan menu baharu yang telah diperkenalkan pada hari itu iaitu Set Dulang, juadah khas untuk minum petang.
Menurut pengarah eksekutif Restoran
Cili Kampung Hartamas, Kesavan Purusotman atau lebih mesra dikenali sebagai KC,
sebelum membuka cawangan di Kuala Lumpur pada tahun 2021, restoran tersebut
sudah bertapak di Langkawi. Sambutan memberangsangkan yang diterima telah
mendorong mereka untuk melebarkan sayap dengan membuka cawangan seterusnya di
Kuala Lumpur. Menghidangkan pelbagai hidangan istimewa resepi turun temurun
daripada Negeri Sembilan, Restoran Cili Kampung Hartamas telah menarik perhatian
ramai sejak awal pembukaannya.
![]() |
Pengarah Eksekutif Kesavan Purusotman |
“Alhamdulillah, kami berasa
amat bersyukur kerana sejak Restoran Cili Kampung mula dibuka pada tahun lalu, kami
telah menerima sambutan yang sungguh menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan.
Ini adalah diluar jangkaan kerana dalam keadaan ekonomi yang kembali pulih
selepas negara mula memasuki fasa endemik, kami menjangkakan orang ramai akan
lebih prihatin terhadap restoran yang mereka pilih untuk menjamu selera,” kata
Khairil Izwan, yang juga merupakan pengarah Restoran Cili Kampung Hartamas.
Tambah KC lagi, pihak Restoran
Cili Kampung bercadang untuk membuka 3 buah cawangan lagi dalam masa yang
terdekat di samping membuka beberapa cawangan ‘Cili Kampung Ekspres’ yang berkonsepkan
kiosk bagi membolehkan mereka untuk mendekati lebih ramai pelanggan untuk
menawarkan produk-produk berbentuk sedia untuk dimakan.
Sempena ulang tahun pertama Restoran
Cili Kampung Hartamas, AM turut diperkenalkan
sebuah menu baharu untuk minum petang iaitu Set Dulang yang sesuai dinikmati
untuk sekurang-kurang 2 orang. Menu Baharu ini tersedia untuk pesanan pada
setiap hari bekerja dari jam 3:30 petang sehingga jam 6 petang.
Set Minum Petang Dulang ini menghidangkan
Lontong dan Udang Goreng Tepung yang disertakan dengan kuih-muih tradisional
seperti onde-onde pudding bakar, karipap pandan, cucur udang, pisang goreng dan
cucur badak, yang dihidangkan bersama sambal kicap pedas dan sambal cili merah.
Setiap hidangan Set Minum Petang Dulang turut didatangkan dengan pilihan minuman Teh Tarik,
Kopi Kampung atau Teh Panas.
Dengan sokongan 30 kakitangan
sepenuh masa, Restoran Cili Kampung dibuka setiap hari dengan bermula dengan
menu makan tengah hari yang bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 3:30
petang, manakala menu minum petang mula dihidangkan pada jam 3:30 petang
sehingga 6 petang, sebelum disambung dengan menu makan malam pada jam 6 petang
sehingga 10 malam.
Kepada yang berminat untuk
menjengah ke Restoran Cili Kampung Hartamas boleh cari nama “Cili Kampung
Hartamas” di aplikasi Waze atau ikuti akaun media social @cilikampunghartamas
di Facebook dan Instagram untuk mengetahui promosi terkini daripada mereka.
KATA ALONGMURNI
Sementara menunggu hidangan
Set Minum Petang Dulang siap, AM telah disajikan dengan kuih-muih dan Air Laici Bunga
Talang. Airnya benar-benar rasa segar dan kuih-muih memang padat dengan rasa
dan tidak terlalu manis. Jadi memang AM suka dan jadi pilihan AM.
Bagi AM, gabungan menu pada Set Minum Petang Dulang ini yang menghidangkan Lontong dan Udang Goreng Tepung yang disertakan
dengan kuih-muih tradisional seperti onde-onde pudding bakar, karipap pandan,
cucur udang, pisang goreng dan cucur badak, yang dihidangkan bersama sambal
kicap pedas dan sambal cili merah memang menarik dan eksklusif.
Setiap sajian pada Set Minum Petang Dulang
mempunyai rasa yang padu dan enak. AM paling suka rasa Lontong pada Set Minum Petang Dulang.
Selain padat dengan bahan-bahan seperti Sambal Sotong, Udang, Nasi Himpit dan
Sayuran, rasa kuahnya betul-betul pekat dan enak.
Haaa.. Tunggu apa lagi, Jom ramai-ramai ke Restoran Cili Kampung untuk mencuba Set Minum Petang Dulang yang enak dan terbaik ini.
8 Comments
i have wanted to check out this place for dinner but it's always fully booked. cant wait to try the dulang, it looks scrumptious!
ReplyDeleteLunch pun sometimes fully booked. the taste of the food there is very good and appetizing. that's why many people come to eat here
DeleteMenarik stail dulang untuk minum petang. Juadahnya pun menarik dan lazat kan, AM? Macam nak pergi kelak
ReplyDeletememang sedap.. AM rekomen datang ke sini berdua tau.. set ini memang untuk dua orang punya portion... Dia punya Lotong memang sedap sangat.. puas hati dapat peluang rasa lontong yang sedap dan padat dgn bahan2 di dalamnya
DeleteMasyaAllah apakah ini dipanggil cinta? Makanan di Cili Kampung ni memang buat terliur lah kak. Dulu kalau ke Langkawi, mesti ke Cili Kampung. Sejak mereka buka cawangan di Hartamas, waktu bulan Ramadan memang mesti pergi berbuka di sana. Ni ada set hi tea pulakkkk. Sedapmya. Nanti nak booking lah minum petang kat sini.
ReplyDeleteYup betul.. AM pun suka dengan rasa setiap sajian menu di sini. Set Hi Tea ini memang sesuai untuk makan dua orang.. boleh santai2 makan sambil chill chill.. terbaik. BTW jangan lupa try lontong Cili Kampung.. Rasa yang padu!
DeleteWahhh... Menarik!! Lagi-lagi ado menu masakan Nismilan. Memang terbaik ni untuk diterjah
ReplyDeleteset dulang setiap hari dari isnin- jumaat ke?
ReplyDelete