
Kali ini AlongMurni (AM) ingin kongsikan satu lokasi tempat makanan yang murah namun rasanya sangat enak dan lazat. Restoran ini terletak di persimpangan lampu isyarat Simpang Balak. Pertama kali sampai di sini, AM lihat dari jauh bunyi muzik band anak muda yang sedang menghiburkan pelanggan yang datang menjamu selera.
RESTORAN MJ KOK SELERA merupakan perniagaan
warisan turun temurun keluarga dan sekarang diusahakan oleh Cik Nadia.
AM dimaklumkan yang restoran ini sebelum pandemik beroperasi untuk makan
tengahhari tetapi disebabkan kos yang semakin tinggi dan pandemik yang berlaku,
kini MJ Kok Selera dibuka untuk makan malam sahaja.
Nama MJ KOK Selera sangat unik kerana MJ merupakan singkatan
bagi nama bapa Cik Nadia manakala perkataan 'KOK' pula adalah singkatan bagi
kata 'Kami Orang Kampung'. Memang di luar kotak fikiran kan?? Betul-betul
berjiwa K.O.K Sejati kan?? SUASANA di restoran ini pula sangat
santai dan dihiburkan dengan ‘Live Band’.
MENU POPULAR
AM dah tak sabar nak mencuba menu yang popular dan sering
mendapat permintaan dari pelanggan yang pernah datang ke sini.
TOM YAM SEAFOOD : RM15.00
Rasa Tom Yam ini memang padu tau!!! Cukup rasa dan cukup
bahan. AM sangat suka dengan rasa TOM YAM ini. Makan pula time malam sejuk
dingin memang ter’angkat’ woo!! TomYam ini boleh dikombinasikan bersama Bihun,
Maggie , Kuetiau atau Nasi Putih.
CHICKEN CHOP : RM7.90
Haaaa.. tengok harga tengok gambar yang AM kongsikan ini.
Memang tak percaya kan?? Harganya cuma RM 7.90 tau!! Ayam bersalut tepung ingin
dihidangkan panas-panas dan ‘Crispy’ tau. Nak makan sahaja atau bersama sos
blackpaper pun sedap!! Kalau untuk anak-anak mesti jadi pilihan.
CHAR KOAY TEOW SPECIAL : RM12.00
Kalau Char Koay Teow biasa harganya cuma RM 6 dan rasanya sama
seperti yang AM makan di kampung iaitu di Pulau Pinang. Memang lazat tau!! Kalau
Special dihidangkan Udang Besar 4 ekor dan telur mata dengan hidangan Koay Teow
yang banyak. Puas makan tau!!
KERABU MEGGI : RM6.00
AM paling suka Kerabu Maggi ini. Memang lain dari yang lain.
Suapan pertama dah membangkitkan rasa WOW.. Tanpa sedar dah habis sepinggan!!
Memang sedap dan padat dengan rasa masam, pedas dan manis. Pendek kata yang
singgah ke MJ KOK Selera ini kena datang dan cuba sendiri menu ini.
SET TALAM DULANG : RM19.90
ROTI TITAB : RM5.00 [ Kaya, Peanut, Strawberry]
AIR THAI IKAT TEPI : RM 4 & ICE BLENDED MANGO : RM
5.00
BINGSU FRUITY : RM7.00
KATA ALONGMURNI
‘Harga Marhain Rasa Kayangan’ bila AM mencuba menu sajian di
#MJKOKSelera . Walaupun harga
murah namun rasa setiap menu sajian memang sedap, padu dan terbaik. Menu sedap
cenggini memang wajib kena repeat dan bagi tau kawan2 dan keluarga.
![]() |
AM bersama dengan Cik Nadia (Pemilik Restoran MJ Kok Selera) |
Lokasi : Mj Kok
Selera Kajang,
Simpang Balak, 43000,
Cheras, Selangor
Waktu Operasi ; Setiap hari kecuali isnin
Bermula 4.00 petang hingga 12.00 malam
5 Comments
Dekat sangat dengan rumah Rawlins nie. Menu dia boleh tahan lazat, harga pun berpatutan
ReplyDeleteHuyooo Bingsoo pun ada! Bestnya. Kalau ke Kajang nak try lah. Harga pun ok tu.
ReplyDeleteOhh wowo ...all the food looks so so good, especially the char kuey teow special. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteThanks for sharing this makan place, their chicken chop memang berbaloi baloi lah
ReplyDeleteWow meriahnya hehehe rasa kayangan harga marhain hehehe nampak kena cuba lah ni...
ReplyDelete