RESTORAN MJ KOK SELERA : HARGA MARHAIN RASA KAYANGAN

RESTORAN MJ KOK SELERA

Kali ini AlongMurni (AM) ingin kongsikan satu lokasi tempat makanan yang murah namun rasanya sangat enak dan lazat. Restoran ini terletak di persimpangan lampu isyarat Simpang Balak. Pertama kali sampai di sini, AM lihat dari jauh bunyi muzik band anak muda yang sedang menghiburkan pelanggan yang datang menjamu selera.

 

RESTORAN MJ KOK SELERA

RESTORAN MJ KOK SELERA merupakan perniagaan warisan turun temurun keluarga dan sekarang diusahakan oleh Cik Nadia. AM dimaklumkan yang restoran ini sebelum pandemik beroperasi untuk makan tengahhari tetapi disebabkan kos yang semakin tinggi dan pandemik yang berlaku, kini MJ Kok Selera dibuka untuk makan malam sahaja.

 

RESTORAN MJ KOK SELERA

Nama MJ KOK Selera sangat unik kerana MJ merupakan singkatan bagi nama bapa Cik Nadia manakala perkataan 'KOK' pula adalah singkatan bagi kata 'Kami Orang Kampung'. Memang di luar kotak fikiran kan?? Betul-betul berjiwa K.O.K Sejati kan?? SUASANA di restoran ini pula sangat santai dan dihiburkan dengan ‘Live Band’.

 

RESTORAN MJ KOK SELERA

MENU POPULAR

AM dah tak sabar nak mencuba menu yang popular dan sering mendapat permintaan dari pelanggan yang pernah datang ke sini.

 

RESTORAN MJ KOK SELERA

TOM YAM SEAFOOD : RM15.00

Rasa Tom Yam ini memang padu tau!!! Cukup rasa dan cukup bahan. AM sangat suka dengan rasa TOM YAM ini. Makan pula time malam sejuk dingin memang ter’angkat’ woo!! TomYam ini boleh dikombinasikan bersama Bihun, Maggie , Kuetiau atau Nasi Putih.

 

RESTORAN MJ KOK SELERA

CHICKEN CHOP : RM7.90

Haaaa.. tengok harga tengok gambar yang AM kongsikan ini. Memang tak percaya kan?? Harganya cuma RM 7.90 tau!! Ayam bersalut tepung ingin dihidangkan panas-panas dan ‘Crispy’ tau. Nak makan sahaja atau bersama sos blackpaper pun sedap!! Kalau untuk anak-anak mesti jadi pilihan.

 

RESTORAN MJ KOK SELERA

CHAR KOAY TEOW SPECIAL : RM12.00

Kalau Char Koay Teow biasa harganya cuma RM 6 dan rasanya sama seperti yang AM makan di kampung iaitu di Pulau Pinang. Memang lazat tau!! Kalau Special dihidangkan Udang Besar 4 ekor dan telur mata dengan hidangan Koay Teow yang banyak. Puas makan tau!!

 

RESTORAN MJ KOK SELERA

KERABU MEGGI : RM6.00

AM paling suka Kerabu Maggi ini. Memang lain dari yang lain. Suapan pertama dah membangkitkan rasa WOW.. Tanpa sedar dah habis sepinggan!! Memang sedap dan padat dengan rasa masam, pedas dan manis. Pendek kata yang singgah ke MJ KOK Selera ini kena datang dan cuba sendiri menu ini.

 

RESTORAN MJ KOK SELERA

SET TALAM DULANG : RM19.90

Set Talam Dulang ini boleh dimakan untuk 2-3 orang bagi setiap sajian. Mana kan tidaknya, di dalam Set Talam Dulang ini terdapat, Ayam Chicken Chop bersama BlackPaper Sos, Nasi Goreng, Spagetti, Fries dan juga Sayuran (Coleslaw). Tambah rapat tambah erat jika makan bersama pasangan ataupun sahabat dan keluarga. 

 

RESTORAN MJ KOK SELERA

ROTI TITAB : RM5.00 [ Kaya, Peanut, Strawberry]

 

RESTORAN MJ KOK SELERA

Menariknya Roti Titab ini adalah roti ini dibakar terlebih dahulu sebelum disapu intinya samada Kaya, Strawberi ataupun Mentega Kacang. Kemudiannya sebiji telur separuh masak diletakan di atas roti yang disapu inti sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Memang nampak enak tapi rasanya lazat tau!!

RESTORAN MJ KOK SELERA

AIR THAI IKAT TEPI : RM 4 & ICE BLENDED MANGO : RM 5.00

Air kegemaran yang paling AM suka kat sini adalah Air Keladi dan Bingsu Fruity. Rasa lemak dan krimer susu yang padu sampai sekarang terbayang-bayang tau!! Kalau ke sini AM pasti nak order lagi Air Keladi Susu ini. Memang sedap. Bingsu Fruity ini pula memang padat dengan rasa pelbagai buah!! Kira sangat berbaloi dan harganya cuma RM 4 dan RM 5 sahaja. 

RESTORAN MJ KOK SELERA

BINGSU FRUITY : RM7.00

 

RESTORAN MJ KOK SELERA

KATA ALONGMURNI

‘Harga Marhain Rasa Kayangan’ bila AM mencuba menu sajian di #MJKOKSelera . Walaupun harga murah namun rasa setiap menu sajian memang sedap, padu dan terbaik. Menu sedap cenggini memang wajib kena repeat dan bagi tau kawan2  dan keluarga.

 

RESTORAN MJ KOK SELERA
AM bersama dengan Cik Nadia (Pemilik Restoran MJ Kok Selera)

Lokasi : Mj Kok Selera Kajang,

Simpang Balak, 43000, Cheras, Selangor

Waktu Operasi ; Setiap hari kecuali isnin 

Bermula 4.00 petang hingga 12.00 malam

 

Post a Comment

5 Comments

  1. Dekat sangat dengan rumah Rawlins nie. Menu dia boleh tahan lazat, harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  2. Huyooo Bingsoo pun ada! Bestnya. Kalau ke Kajang nak try lah. Harga pun ok tu.

    ReplyDelete
  3. Ohh wowo ...all the food looks so so good, especially the char kuey teow special. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing this makan place, their chicken chop memang berbaloi baloi lah

    ReplyDelete
  5. Wow meriahnya hehehe rasa kayangan harga marhain hehehe nampak kena cuba lah ni...

    ReplyDelete