UiTM DAN WANITA IKON SELANGOR MEMPROMOSI KESIHATAN PSIKO – SOSIAL MELALUI 'ARE YOU OKAY CENTRE'

UiTM DAN WANITA IKON SELANGOR MEMPROMOSI KESIHATAN PSIKO – SOSIAL

Berdasarkan data dan analisis, tekanan perasaan atau tekanan hidup itu wujud dan perlu diberi perhatian. Ramai dalam kalangan individu yang bergelar pelajar yang berhadapan dengan masalah sebegini lebih cenderung membunuh diri berbanding berusaha mengatasinya. Keadaan ini menjelaskan mengapa bilangan kes membunuh diri adalah tinggi dalam kalangan remaja.

 

Hal ini juga dianggap sebagai jalan keluar kerana tekanan perasaan bukanlah perkara ringan yang mampu dilalui oleh seseorang. Ia menguasai minda dan bagi sebilangan individu keadaan itu amat sukar untuk dilalui secara bersendirian. Isu permasalahan ini turut dipandang dan diambil berat oleh Wanita Ikon Selangor 2022 iaitu YBhg. Datin Erni Dekritawati.

 

Pada 13 Oktober 2022, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI) di antara Universiti Teknologi MARA dan Wanita Ikon Selangor 2022 ini yang telah berlangsung di Ruang Legar, Aras 7, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam.

 

UiTM DAN WANITA IKON SELANGOR MEMPROMOSI KESIHATAN PSIKO – SOSIAL

Surat Hasrat ini ditandatangani oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM bersama dengan Wanita Ikon Selangor 2022 – YBhg. Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan panggilan Datin Rita Sosilawati. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya. Datin Dr. Norazida Mohamed, Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi, YBrs. Pn. Wan Noraini Wan Yusoff, Pengarah Pusat Keraya & Kaunseling, BHEP, YBrs. En. Wan Ahmad Rahiman Wan Abd Rahim, Timb. Pendaftar BHEP serta YBrs. En. Rasydan Mohd Hassan, Yang Dipertua MPP UiTM.

 

UiTM DAN WANITA IKON SELANGOR MEMPROMOSI KESIHATAN PSIKO – SOSIAL

Majlis ini diadakan bagi memformalkan kerjasama berbentuk penubuhan sebuah pusat yang diberi nama “Are You Okay Centre” yang akan berfungsi sebagai “initial step” dalam menangani isu-isu berkaitan psiko-sosial dan kesihatan mental. Pusat ini akan dikendalikan oleh sukarelawan dalam kalangan pelajar yang terpilih dan terlatih, dengan dikawal selia oleh Pegawai Psikologi berpengalaman dari UiTM sendiri.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN ‘ARE YOU OKAT CENTRE’

Objektif utama penubuhan “Are You Okay Centre” ialah:

  • Sebagai medium interaktif sesama warga UiTM yang terdiri daripada golongan pelajar dan staf dalam berkongsi masalah yang menyumbang kepada tekanan dan masalah mental.
  • Pusat ini bertindak dalam membantu mencadangkan saluran yang betul kepada pihak yang berkaitan untuk diambil tindakan. Ini kerana, ramai orang yang mempunyai masalah, tidak tahu ke manakah saluran yang betul untuk menyelesaikan belenggu mereka.
  • Berfungsi sebagai tempat bagi aktiviti-aktiviti sihat minda di kalangan warga UiTM dan komuniti setempat.

 

HARAPAN

Semoga hasrat penubuhan “Are You Okay Centre” akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Hal ini adalah kerana, selain dari salah satu tanggungjawab social korporat (CSR) yang harus dilaksanakan sebagai Wanita Ikon Selangor 2022, penubuhan pusat ini juga merupakan “giving back to UiTM” oleh Datin Rita Sosilawati yang merupakan salah seorang alumni UiTM.

 

UiTM DAN WANITA IKON SELANGOR MEMPROMOSI KESIHATAN PSIKO – SOSIAL

KATA ALONGMURNI

AM juga berharap pusat dan program yang dijalankan dapat membendung permasalahan dikalangan pelajar mahupun komuniti itu sendiri. Semoga lebih banyak pihak tampil dan memngambil inisiatif dan memberi jalan keluar terhadap isu ini.

Post a Comment

6 Comments

  1. Ya ya i okay heheheh.. bagusnya program macam ni, penting bertanya khabar walau hanya 'are you okay', elakkan dari pelajar atau individu membelenggu dan rasa menyendiri kann..

    ReplyDelete
  2. Inisiatif yang bagus macam ni seharusnya tersedia oleh semua institusi pendidikan negara. Malah dijaga dan sentiasa aktif. Semoga terlaksana apa yang sudah mereka plan. Harap orang awam boleh masjk ke Are You Okay Centre tu.

    ReplyDelete
  3. proud to be one of the alumni. moga usaha ini memberi manfaat, usaha yang bagus sebenarnya untuk komuniti

    ReplyDelete
  4. Bagus usaha sebegini sebab makin ramai yang stress dan tidak tahu tempat meluah kan. A very good collaboration and initiative.

    ReplyDelete
  5. Serious penting untuk wujudkan Are You Okay Centre ni and hopefully more like this to come in near future. Congratz too to Datin Rita for the Wanita Ikon Selangor 2022 👍🏻

    ReplyDelete
  6. This is a good initiative and positive way to manage mental health in our society

    ReplyDelete