
PERIHAL ALIBABA CLOUD (www.alibabacloud.com)
Alibaba Cloud, juga dikenali
sebagai Aliyun (Bahasa Cina: 阿里云; pinyin: Ālǐyún; lit. 'Ali Cloud'), merupakan anak
syarikat Alibaba Group. Ditubuhkan pada 2009, Alibaba Cloud (www.alibabacloud.com) merupakan teraju utama teknologi digital dan
kecerdasan bagi Kumpulan Alibaba. Ia menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan
'cloud' kepada pelanggan di seluruh dunia, termasuk pengkomputeran elastik,
pangkalan data, storan, perkhidmatan virtualisasi rangkaian, pengkomputeran
berskala besar, keselamatan, pengurusan dan perkhidmatan aplikasi, analitik
data besar, platform pembelajaran mesin dan perkhidmatan IoT. Alibaba
mengekalkan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan IaaS 'cloud' awam ketiga
terkemuka di seluruh dunia sejak 2018, menurut IDC. Alibaba ialah penyedia
IaaS terkemuka ketiga di dunia dan Asia Pasifik dengan hasil dalam dolar A.S.
sejak 2018, menurut Gartner.
Dikenali sebagai
"Olimpik" bagi 'technology venture capital', CACSC
ialah salah satu pertandingan keusahawanan terbesar di dunia yang
meliputi berpuluh-puluh negara dan hanya di bawah seratus bandar di seluruh
dunia. CACSC tahun ini merupakan kerjasama antara HandsProfit,
pengendali tempatan Alibaba Cloud Innovation Centre di Malaysia dan My
Lives Global Capital Sdn Bhd sebagai rakan kongsi penganjur bersama
dan telah menarik 141 penyertaan di seluruh wilayah, termasuk Malaysia,
Kemboja, Vietnam, Singapura dan Pakistan.
TIGA PUSINGAN SESI PENILAIAN
BERLANGSUNG SELAMA DUA BULAN
Pertandingan ini diadakan selama
dua bulan berserta tiga pusingan sesi penilaian yang lebih sengit, dan ia
menyaksikan ramai peserta terbaik dari pelbagai industri - peruncitan,
logistik, pertanian, internet, F&B, membawakan konsep perniagaan yang
bagus dengan cadangan untuk pelaburan yang sudah sedia.
Ini antara Top 20 Finalist
bagi Create@ Alibaba Cloud Global Startup Contest (CACSC) ;
- CheckinMe (Cambodia) [ NAIB JUARA ]
- Densai Sdn. Bhd.
- Engage Blink Sdn. Bhd.
- Enidia Sdn. Bhd. (also known as Engame)
- Golf Junkies Sdn. Bhd.
- Helloworld Robotics Sdn. Bhd.
- Homil Management Sdn. Bhd.
- I Solutions Advisory Sdn. Bhd.
- IWG Esports Sdn. Bhd. [ KETIGA ]
- Jobify (Cambodia)
- Kolhub Sdn. Bhd.
- Learning Tigers Sdn. Bhd.
- MeetDoctor (Cambodia)
- Modello Sdn. Bhd.
- Packaging Warehouse Sdn. Bhd.
- MyPG PLT Sdn. Bhd.
- Ones Platform Sdn. Bhd.
- Parkit Sdn Bhd [ JUARA ]
- ReSkills Edtech Sdn. Bhd.
- Sojo Technology Sdn. Bhd.
“Selaras dengan komitmen jangka panjang Alibaba Cloud untuk memupuk bakat yang cemerlang dan akan datang, kami menantikan lebih banyak lagi unicorn di Malaysia dan bersama-sama menyaksikan era inovasi keusahawanan yang berkembang pesat dalam masa terdekat,” kata Kun Huang, Pengurus Besar Malaysia, Alibaba Cloud Intelligence.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta. Memulakan perniagaan anda sendiri tidak pernah mudah dan mengekalkan momentum memerlukan banyak tenaga, usaha dan kemahiran, dan semua ini telah menjadikan anda sebuah kisah kejayaan.”
Sebagai sebuah platform untuk
memacu transformasi digital dan inovasi teknologi, CACSC membenarkan 3 pemenang
teratas Malaysia untuk terus bersinar dan bangkit di hadapan global. Pemenang
akan mewakili Malaysia dan penyertaan mereka menyertai Grand Final of
Create@ Alibaba Cloud Global Startup Contest di China.
KATA ALONGMURNI
Bagi AM, Peraduan seperti sangat
bagus dan memberi inspirasi kepada perkembangan teknologi dan inovasi terkini
di samping mencungkil bakat dan idea-idea di kalangan penggerak / pencetus
usahawan terutamanya golongan muda. Semoga lebih banyak lagi peraduan-peraduan
seperti ini yang menjadi pemacu kepada perkembangan teknologi dan inovasi
keusahawan ini. Syabas buat Alibaba Cloud di atas penganjuran yang berprestij
ini.
.jpg)
.jpg)
.jpg)


2 Comments
Selepas baca senarai pemenang. Ruby surprise juga ParkIt Sdn Bhd juara. Startup company yang memudahkan kita utk mencari parkir berdekatan pejabat dan boleh bayar bulanan macam season pass. Lokasi parkir boleh jadi hotel, rumah apartment dan lokasi yang kita nak. Scroll je dalam website. Tahniah Alibaba Cloud dan ParkIt.
ReplyDeleteMemang bagus peraduan sebegini sebab memberi peluang syarikat tempatan untuk berkembang dan berjaya. All the best to all.
ReplyDelete