PEMBUKAAN AS HIJAB DI NU SENTRAL DAPAT SAMBUTAN


Baru-baru ini, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke Majlis Pelancaran Pembukaan AS Hijab yang bertempat di Level 3 NU Sentral, Kuala Lumpur telah diadakan pada 26 November 2022 dengan kehadiran istimewa pengasas As Hijab sendiri iaitu Dato' Aliff Syukri bersama isteri Datin Shahida. Pembukaan AS Hijab ini merupakan pembukaan cawangan yang ke 4. Bagi AM sendiri pemilihan lokasi ini sangat strategik dan berhampiran dengan Food Court di Level 3.

 


Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya adalah persembahan dari artis cilik, Fashion Show koleksi tudung As hijab dan juga cabutan bertuah. Pelbagai hadiah cabutan bertuah yang tersedia untuk para pengunjung yang bertuah.

 

Model menggayakan tudung keluaran AS Hijab

AM sendiri dapat melihat pelbagai design fesyen Muslimah yang ekslusif terdapat di As Hijab seperti, Primadona, Maharani, Bawal, Warda, Lunara, Inner Shahida, Sarung Klasik dan juga Bawal Swarovski. Semua design direka khas dan mesra pengguna untuk seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan Muslimah. Memang menarik dan punya keunikan tersendiri. Harga tudung di AS Hijab ini adalah harga mampu milik dengan design yang menarik dan berkualiti tinggi.

 


Manakan tidak?! Semestinya kebanyakan rekaan tudung-tudung di AS hijab merupakan hampir seratus peratus idea daripada Datuk Alif sendiri yang sememangnya suka dengan design jenama terkenal diluar negara dan kebanyakannya idea daripada negara Turki dan Eropah.




Tidak terlepas juga jualan sehingga 80% potongan buat 50 pengunjung terawal dengan pembelian serendah RM10. Berpusu-pusu pengunjung datang untuk mendapatkan potongan sehingga 80% ini. Sangat berbaloi sungguh menjadi pembeli terawal di Butik AS Hijab ketika di hari pelancaran tersebut.

 


Facebook: https://www.facebook.com/ashijabofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/as.hijabofficial/

Website: https://aslegacygroup.my/5-as-hijab-fashion

Post a Comment

0 Comments