NIKMATI HARI DENGAN RANGKAIAN ‘WELLNESS TEA LIPTON’ BAHARU

 


Baru-baru ini AlongMurni berkesempatan untuk hadir ke majlis Pelancaran Teh Lipton Baharu. Dengan adanya Lipton rangkaian edisi terbaharu iaitu WELLNESS TEA LIPTON, kini rakyat malaysia yang dapat menikmati kehidupan dengan tema #GoodnessMadeDelicious. Rangkaian baharu ini diperbuat daripada herba yang terpilih dan boleh membantu menjadikan kesejahteraan hidup sebahagian dari rutin harian rakyat Malaysia - dengan hanya 2-3 minit masa membancuh. 

 

Rangkaian WELLNESS TEA LIPTON dicipta khusus untuk sesaat bagi yang memerlukan perhatian untuk kesihatan rohani, terutamanya menjelang waktu akhir tahun dimana masa berlalu dengan pantas akibat kesibukan harian. WELLNESS TEA LIPTON yang ternyata enak ini didatangi dalam tiga varian berbeza, tidak mempunyai sebarang kalori dan seterusnya dapat membantu mengimbangi pelbagai gaya hidup pengguna. Rangkaian WELLNESS TEA LIPTON baharu ini termasuk: 

 


GET FIT: Kekal Cergas & Aktif dengan Lipton Get Fit - Ianya mengandungi Teh Hijau dan bahan-bahan utama yang lain untuk membantu menghidratkan badan, mengekalkan kecergasan minda & memberi sumber tenaga kepada badan anda.  

 


AFTER MEAL: Hirup, Tenang & Lega dengan Lipton After Meal baharu - Ianya mengandungi bahan-bahan yang melegakan seperti halia yang telah lama digunakan dalam tradisi kita untuk membantu melegakan perut dan penghadaman yang bagus. Sebagai bahan tambahan, ia juga mengandungi pudina dan jintan untuk nafas yang lebih segar selepas makan! 

 


SWEET NIGHTS: Siap Sedia untuk Waktu Tidur dengan Lipton Sweet Nights baharu - Kombinasi hebat lavendar dan chamomile adalah pilihan terbaik setelah hari yang panjang dan kusut untuk merehatkan dan menenangkan minda anda.

 

“Pasaran teh telah berkembang secara dramatik dalam beberapa tahun ini selari dengan gaya hidup pengguna yang sibuk. Hari ini pengguna bukan sahaja menitikberatkan kualiti dan manfaat sesuatu produk, namun mereka akan memastikan ianya enak untuk dinikmati. Rasa yang enak memastikan mereka konsisten dalam perjalanan kesejahteraan mereka, dan ianya telah mendorong permintaan untuk teh yang sihat dan bermanfaat pada masa yang sama,” kata Reena Chong, General Manager of ekaterra Southeast Asia"

 

(L-R) Karl Pereira, Marketing Lead of ekaterra Southeast Asia, Thomas Teo, Australasia Chief Financial Officer of ekaterra & Satoshi Miura, Australasia Supply Chain Lead of Ekaterra

Tambahnya, “Kami gembira untuk melancarkan rangkaian WELLNESS TEA LIPTON buat pengguna di luar sana - apapun keperluan kesejahteraan anda, kami kini mempunyai produk bagi membantu menjadikannya sebahagian dari rutin harian anda. Dari GET FIT kepada SWEET NIGHTS, setiap varian mempunyai tiga bahan utama yang dicipta khusus untuk memberi manfaat kepada kehidupan harian anda. Bukan sahaja ianya enak untuk dinikmati, tetapi setiap cawan boleh melengkapkan diet seimbang seseorang - pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.”

 

Teh WELLNESS TEA LIPTON #GoodnessMadeDelicious boleh didapatkan di kesemua pasaraya AEON, dan juga secara dalam talian di Shopee dan Lazada mulai hari ini. Sempena pelancaran ini, Lipton juga telah mengadakan pameran di ruangan legar di Sunway Pyramid sehingga 27 November memberikan peluang kepada pengguna untuk menjadi antara yang pertama mencuba rangkaian baharu ini. Pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti menarik dan berpeluang membawa pulang barangan eksklusif #GoodnessMadeDelicious Lipton. 

 


Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian WELLNESS TEA LIPTON dan pameran pengguna yang diadakan, ikuti laman media sosial rasmi Lipton di Facebook dan Instagram.

https://www.facebook.com/LiptonMalaysia

https://www.instagram.com/liptonmy/

Post a Comment

6 Comments

  1. wah..yang baru ni. Ada banyakl flavour juga. Nak try la yang Get Fit tu

    ReplyDelete
  2. yang teh sweet night tu maybe paling fav kot sebab ada ingredient yang yani suka.

    ReplyDelete
  3. menariknya keluaran terbaru ni. tak pernah jumpa lagi. nanti nak beli lah. kombinasi semua best2

    ReplyDelete
  4. Saya memang tea lover! Excitednyaaaa dengan teh baru keluaran Lipton ni!!!

    ReplyDelete
  5. Ohh wowo....didn't know this new range by Lipton, thanks for sharing this. Will grab & try the fit one . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Can’t wait to try these series I’m quite a tea person too the get fit one really attracts me 😂

    ReplyDelete