Sebut sahaja perihal Jenama
Al-Ikhsan, pasti ramai yang sedia maklum dengan mutu kualiti yang terbaik
dengan harga yang mampu milik. AlongMurni (AM) sendiri penggemar dan sukakan
barangan keluaran Al-Ikhsan. Dari botol minuman, beg mini, Jersey dan T-Shirt,
AM semestinya barangan Al-Ikhsan jadi pilihan.
Menariknya, Peruncit barangan
sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports kini telah mengadakan kempen ‘MAKING
TRAVELLING SPORTIER SINCE 1993’ sempena meraikan pengakhiran 2022 dan
menyambut kedatangan 2023. Kempen ini memberi peluang kepada orang ramai
khususnya rakyat Malaysia untuk menjadikan sukan bukan sekadar aktiviti malah
sebagai gaya hidup masa kini.
Al-Ikhsan Sports mengajak rakyat
Malaysia untuk sama-sama bergaya “sporty” dengan koleksi pakaian serta barangan
sukan tanpa mengira situasi.
"Sebagai sebuah jenama tempatan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, Al-Ikhsan Sports berazam untuk menjadikan sukan sebagai sebuah gaya hidup dan juga mampu milik untuk semua. Rangkaian produk Al-Ikhsan Sports adalah berkualiti tinggi dan juga direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna kami di seluruh Malaysia. Barangan di Al-Ikhsan bukan sahaja sekadar barangan sukan malah boleh dijadikan sebagai pakaian untuk bersantai di sepanjang percutian meraka. Kempen ini menyediakan rangkaian lebih dari 10,000 barangan sukan bermula daripada RM29 dan ini belum pernah dilakukan oleh peruncit sukan yang lain sebelum ini,” kata Encik Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.
VERSATILITI PRODUK DENGAN
HARGA MAMPU MILIK
Antara barangan Al-Ikhsan Sports
utama yang akan diperagakan dalam kempen ini adalah jersi, topi, kemeja-T,
hoodie, jaket, pelbagai jenis beg mudah alih, kasut sukan serta kasut santai.
Barangan keluaran Al-Ikhsan Sports sudah semestinya menjadikan #OOTD percutian
mereka lebih bergaya dan menarik.
Kesemua barangan ini boleh
didapati di 170 kedai Al-Ikhsan Sports di Semenanjung Malaysia juga pembelian
melalui laman e-dagang rasmi kami di www.al-ikhsan.com. PROMOSI HEBAT SEPANJANG
DISEMBER 2022 Menepati objektif tersebut, Al-Ikhsan Sports telah merangka
pelbagai promosi bertema yang dijangka mampu menarik perhatian pencinta sukan
tanah air.
Antara promosi menarik yang
diadakan melalui kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ ini adalah
‘Bundle Deals’, ‘12-12 Special’, ‘Clearance Sales’, dan promosi ‘New Year New
You!’. Kempen ini dijangka mampu memenuhi selera setiap lapisan rakyat dengan
bajet mereka yang tersendiri. Untuk maklumat lanjut boleh layari platform
digital Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di Facebook, Instagram, Twitter,
TikTok dan LinkedIn dan juga menerusi www.al-ikhsan.com.
PERIHAL AL-IKHSAN SPORTS
(AL-IKHSAN)
Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan)
telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai tunggal berkeluasan 150
kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan telah
berkembang dengan kini mempunyai 170 kedai fizikal dan online di seluruh
Semenanjung Malaysia.
Al-Ikhsan berobjektif untuk
memberikan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia menjalani gaya
hidup yang sihat serta memberi pilihan yang luas kepada peminat sukan bola
sepak tempatan. Pada 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) telah melaburkan
sebanyak 35% saham dalam Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum Al-Ikhsan
semakin kukuh dari segi penjenamaan serta mencatatkan perkembangan yang lebih
kukuh. Al-Ikhsan turut diberikan pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam
negara berikutan pencapaian yang memberangsangkan.
KATA ALONGMURNI
Sempat jengah di Facebook Official Al-Ikhsan Sports yang tengah
mengadakan Diskaun Eksklusif sebanyak 60%!!! Hari jualan special yang terhad
hanya dari 1 Dec sehingga 14 Dec SAHAJA!! Memang menarik kan?? Tunggu apa lagi,
jom kita terjah Website https://www.al-ikhsan.com/
untuk dapatkan barangan keluaran AL-Ikhsan dengan yang menarik dan diskaun
besar-besaran.
0 Comments