AL-IKHSAN SPORTS TAWARKAN DISKAUN BESAR-BESARAN SEBANYAK 80% SEHINGGA 18 DISEMBER 2022

 


Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke jualan hebat bertempat di di The Paddock. Jenama yang mula mendapat perhatian masyarakat kerana kualitinya yang tahan lama dengan harga yang berpatutan iaitu Al-Ikhsan Sports telah mengadakan Jualan Harga Borong di The Paddock, Petaling Jaya. Jualan besar-besaran ini bermula dari 12 Disember sehingga 18 Disember 2022 sempena menyambut kedatangan tahun baru 2023.

 


AL-IKHSAN SPORTS TAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 80% UNTUK LEBIH DARIPADA

10,000 KASUT DARI DUA JENAMA KASUT LARIAN TERBAIK


Selain daripada beberapa tawaran hebat yang sedia ada, 50 pencinta sukan terawal akan menerima baucer bernilai RM50 dari Al-Ikhsan Sports pada hari pelancaran jualan. Jualan Harga Borong pada tahun ini membawakan banyak pilihan kasut larian untuk pelanggan kami daripada dua jenama yang terkenal iaitu ASICS dan New Balance. 





AM dapat lihat seawal pagi telah ramai yang beratur dan tak dapat untuk melihat koleksi barangan Al-Ikhsan dan seterusnya membeli kasut sukan yang berkenan di hati!! Meriah Jualan barangan Al-Ikhsan di The Paddock dengan kehadiran pengunjung yang datang dari pelbagai peringkat usia. 

 


“Al-Ikhsan Sports mengalu-alukan pelanggan kami ke The Paddock untuk pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan diskaun sehingga 80% untuk lebih 10,000 barangan daripada dua jenama terkenal iaitu ASICS dan New Balance. Sebagai peruncit sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports sentiasa memastikan pelanggan kami menikmati harga yang terbaik. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan kasut larian kegemaran anda dengan harga lebih dari RM700-800 di tempat lain tetapi di Al-Ikhsan Sports, anda boleh dapatkannya dengan harga kurang dari RM200! Inilah kelebihan yang kami tawarkan kepada setiap pencinta sukan di Malaysia sejak 30 tahun yang lalu.” kata Encik Vach Piluttla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.

 


Al-Ikhsan Sports bakal membuka lagi cawangan baru di beberapa lokasi terpilih untuk memberi kesenangan kepada semua dalam mendapatkan produk barangan sukan dengan lebih mudah. Al-Ikhsan Sports menjadikan sukan mampu milik dan kini mempunyai 170 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Barangan Al-Ikhsan Sports juga boleh didapati melalui laman e-dagang rasmi di www.al-ikhsan.com. Ikuti Al-Ikhsan Sports di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn untuk maklumat lanjut.

 

KATA ALONGMURNI

Kepada peminat barangan Al-Ikhsan Sports jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keluaran AL-Ikhsan dengan harga promosi sehingga 80% ini. Memang benar-benar berbaloi dan pasti akan berpuas hati dengan tawaran harga yang menarik. AM sendiri sempat membeli sepasang kasut sukan dengan harga RM 59. 




Post a Comment

0 Comments