SYAHIRAH KOREAN SECRETS HYDRA SOFT HYDRATING PLUS ESSENCE BERI KESAN TERBAIK PADA WAJAH

 


Syahirah Korean Secret Hydra Soft Range mengandungi bahan semulajadi berkualiti tinggi dari Pulau Jeju di Korea. Rangkaian ini menghidupkan Rahsia Korea untuk kulit yang kelihatan cantik dan sihat secara semula jadi yang terhidrat segera, menyegarkan dan memberikan kelembapan pada kulit wajah.

 

Kali ini AlongMurni (AM) ingin kongsikan produk yang AM gunakan pada wajah yang nyata berkesan, halal dan diiktiraf oleh pakar dermatologi iaitu SYAHIRAH KOREAN SECRET HYDRA SOFT HYDRATING PLUS ESSENCE 30 ML. Secara peribadi produk ini adalah serum yang sangat bagus bagi AM dan sesuai digunakan pada kulit wajah AM yang kering dan kusam. Didatangkan dalam saiz 30 ml menjadi salah satu pilihan AM kerana ianya mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana sahaja.  

  



Syahirah Korean Secret Hydra Soft Hydrating Plus Essence dirumus dengan ekstrak Jeju Green Tea. Jadi ia memberikan penghidratan kulit yang maksimum, menjadikan kulit berasa lembap dan anjal. Ianya juga diperkaya vitamin B5 & Asid Hyaluronik bagi membantu melindungi kulit daripada iritasi dan sangat menyegarkan. Malahan ianya juga bertindak untuk menjadikan tektur kulit lebih licin dan lembut terutamanya yang mengalami masalah kulit kering.

 

KANDUNGAN UTAMA SYAHIRAH KOREAN SECRETS HYDRA SOFT RANGE

 


Jeju Green Tea 

membantu mengekalkan kulit lembap dan terhidrat untuk kulit kelihatan anjal dan sihat.

Vitamin B5

membantu menenangkan kulit, mengekalkan kelembapan kulit dan mengekalkan tahap penghidratan untuk kulit yang anjal dan licin

Hyaluronic Acid

mengisi semula kulit dengan penghidratan yang kuat dan sifat pelembap yang kuat untuk mengekalkan kulit terhidrat dan melembapkan

 


CARA PENGGUNAAN

Gunakan 2 hingga 3 titis dan sapukan pada bahagian muka dan leher selepas toner. urut perlahan-lahan dan tepuk perlahan untuk penyerapan yang lebih baik. Kemudiannya diikuti dengan moisturizer (pelembap) untuk hasil yang lebih baik.

 


KELEBIHAN SYAHIRAH KOREAN SECRETS HYDRA SOFT HYDRATING PLUS ESSENCE:

  • Memperbaiki penampilan kulit – kulit kelihatan lebih gebu dan anjal. Ia juga membantu mengatasi kekusaman permukaan
  • Meninggalkan kesan glowing dewy pada kulit
  • Membantu mengurangkan masalah kulit apabila kulit terhidrat dengan baik
  • Melambatkan tanda-tanda penuaan - membantu mengekalkan keanjalan kulit wajah dan mengurangkan garis-garis halus/kedutan.

 

KATA ALONGMURNI

Setelah 3 hari penggunaannya, kulit wajah AM jadi lebih licin dan tiada masalah kulit kering lagi. Wajah AM pun nampak segar dan bermaya. Malahan jerawat pada wajah AM pun turut hilang. AM sangat sukakan serum SYAHIRAH KOREAN SECRETS HYDRA SOFT HYDRATING PLUS ESSENCE dan AM sangat sarankan untuk mencuba dan gunakan produk ini. Memang terbaik!!!



Post a Comment

4 Comments

  1. menarik jugak serum ni. syahirah ni trusted brand so tak ragu nak guna. wajah am pun nampak makin berseri sekarang

    ReplyDelete
  2. nampak beza lepas am guna. mmg best brand ni.. trusted dr segi klinikal dsb

    ReplyDelete
  3. Nampak perbezaan kulit sebelum dan selepas mengguna essence ni

    ReplyDelete
  4. Wow….this essence looks good to apply for your skin ohh, thanks for sharing it . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete