PJ FOLKLORE 2022 DAPAT SAMBUTAN MASYARAKAT SETEMPAT


Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama memeriahkan sambutan festival kesenian budaya, Petaling Jaya International Folklore Festival (PJ FOLKLORE) 2022. Seramai lebih kurang 10,000 orang ramai membanjiri Dataran Jalan Timur, Petaling Jaya.

 



Festival dirasmikan oleh YB Hee Loy Sian, Exco Pelancongan & Alam Sekitar serta disaksikan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan bin Md. Amir dan Timbalan Datuk Bandar MBPJ, TPr. Hajah Sharipah Marhaini binti Syed Ali.

 


Penganjuran yang memasuki kali ke-7 itu menampilkan kelainan dengan tema Ceritera Rakyat dengan menampilkan busana tradisional melayu pelbagai negeri.

 


Dengan usaha sama di antara MBPJ dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), International Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts (CIOFF Malaysia) dan Tourism Selangor, festival ini melibatkan melibatkan 31 program secara percuma seperti PJ Fight Night (MMA), Pocket Show, Asian Food Festival, Pameran Busana & Jualan Pelbagai, Wayang Kulit (Pok Chu), Dikir Barat (Issey), Persembahan Kebudayaan Antarabangsa, Konsert WINGS Ceritera Rakyat dan lain-lain.

 


Malam kemuncak perasmian menampilkan persembahan kebudayaan dan pameran busana tradisional daripada 8 buah negara antarabangsa iaitu Indonesia melibatkan dua kumpulan dari Bandung dan Kalimantan, Korea Selatan, Filipina, Thailand, Mexico, Sri Lanka, Jepun dan Uzbekistan. Manakala 10 buah negeri di Malaysia iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

 




Tambah menarik bila pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan konsert kumpulan rock terkenal, WINGS secara percuma di padang Amcorp Mall. Dalam konsert ini, WINGS mempersembahkan 8 buah lagu untuk para peminat.

 


#PJFolklore22 #PjFolkloreFestival2022 #PetalingJaya #Seni #Kebudayaan #Malaysia #artandculture #PJKita #PJLoveU

 

Post a Comment

2 Comments

  1. Dah lama sangat tak join event mcm ni. Best nyaa tema folkore. Mesti banyak yang menarik

    ReplyDelete
  2. meriah dan menarik. suka tgk seni kebudayaan seperti ni.. ada wings lagi heheh

    ReplyDelete