Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk turut sama memeriahkan sambutan festival kesenian budaya,
Petaling Jaya International Folklore Festival (PJ FOLKLORE) 2022. Seramai lebih
kurang 10,000 orang ramai membanjiri Dataran Jalan Timur, Petaling Jaya.
Festival dirasmikan oleh YB Hee
Loy Sian, Exco Pelancongan & Alam Sekitar serta disaksikan Datuk Bandar
Petaling Jaya, Mohamad Azhan bin Md. Amir dan Timbalan Datuk Bandar MBPJ, TPr.
Hajah Sharipah Marhaini binti Syed Ali.
Penganjuran yang memasuki kali
ke-7 itu menampilkan kelainan dengan tema Ceritera Rakyat dengan menampilkan
busana tradisional melayu pelbagai negeri.
Dengan usaha sama di antara MBPJ
dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), International
Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts (CIOFF Malaysia)
dan Tourism Selangor, festival ini melibatkan melibatkan 31 program secara
percuma seperti PJ Fight Night (MMA), Pocket Show, Asian Food Festival, Pameran
Busana & Jualan Pelbagai, Wayang Kulit (Pok Chu), Dikir Barat (Issey),
Persembahan Kebudayaan Antarabangsa, Konsert WINGS Ceritera Rakyat dan
lain-lain.
Malam kemuncak perasmian
menampilkan persembahan kebudayaan dan pameran busana tradisional daripada 8
buah negara antarabangsa iaitu Indonesia melibatkan dua kumpulan dari Bandung
dan Kalimantan, Korea Selatan, Filipina, Thailand, Mexico, Sri Lanka, Jepun dan
Uzbekistan. Manakala 10 buah negeri di Malaysia iaitu Selangor, Kuala Lumpur,
Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Johor.
Tambah menarik bila pengunjung
yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan konsert kumpulan rock terkenal,
WINGS secara percuma di padang Amcorp Mall. Dalam konsert ini, WINGS mempersembahkan
8 buah lagu untuk para peminat.
#PJFolklore22
#PjFolkloreFestival2022
#PetalingJaya #Seni #Kebudayaan #Malaysia #artandculture #PJKita #PJLoveU
2 Comments
Dah lama sangat tak join event mcm ni. Best nyaa tema folkore. Mesti banyak yang menarik
ReplyDeletemeriah dan menarik. suka tgk seni kebudayaan seperti ni.. ada wings lagi heheh
ReplyDelete