YHB Sleepsalot, bintang rap dari
negara jiran Singapura kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Tukar
Currency. Ianya adalah lagu melayu terbaru YHB pada tahun 2021 setelah
penerimaan yang cukup baik dari lagu terdahulu Jatuh Boi. Tukar Currency adalah
lagu pertama tahun ini keluaran bakat baharu cukup menyinar itu selepas menutup
tahun 2021 dengan karya romantiknya Jatuh Boi tahun lalu.
TUKAR CURRENCY
Sejak sempadan negara dibuka beberapa
tahun lalu, warga Singapura berpeluang untuk mengubat kerinduan menjejak tanah
Malaysia, dan sebaliknya. Ia turut dirasakan YHB Sleepsalot yang tidak
bertangguh ke Kuala Lumpur (KL) pada Mac lalu di mana dia dapat bertemu semula
dengan sahabat serta rakan artis dalam industri rap.
Dalam persiapannya menuju ke
sini, tercetus sebuah perasaan yang menurutnya kembali segar dalam diri, lantas
ideanya terhasil daripada gambaran betapa terujanya dia dapat melangkau keluar
dari Singapura. “Sewaktu pergi menukar wang, ia serta-merta mengembalikan
semula kenangan itu,”katanya teringat masa itu. “Rasanya agak pelik dan pada
masa sama mengingatkan saya betapa pentingnya melawat KL. Ada saja berlaku
pertukaran budaya dan idea. Ia benar-benar buatkan saya terinspirasi.”
Semua idea rasa itu kemudian
dirangkumkan dalam Tukar Currency yang diterjemah ke bahasa Melayu daripada
istilah Inggeris, Currency Exchange. Karya itu turut diserikan dengan kerjasama
daripada SonaOne dan angggota FORCEPARKBOIS iaitu Nakalness.
Tukar Currency menggunakan rentak
‘breezy trap’ Yang dicipta RIIDEM di mana YHB turut merakam perjalanannya dan
selitkan metafora berkisar kemewahan, kesungguhan, dan kuasa. Dia masih kekal
merendah diri tapi optimistik pada masa sama dan disalurkan pada baris lirik ‘Kalau
ambik L aku tambah jadi V’, terjemahan daripada “If I ever take an L
(loss), I’ll bounce back and turn it back up.”
Dia turut menyebut nama bintang
gusti Stone Cold Steve Austin dan penerbit hip hop, Metro Boomin, dua penghulu
dalam lapangan artistik masing-masing sambil menujukan sepatah dua kata buat
golongan bertaraf diva dan berkelas tinggi pernah ditemuinya, diiringi tawa
kecil.
Sejak mula berkarya dalam muzik,
YHB ambil berat terhadap populariti diraihnya dari luar Singapura meskipun agak
asing buatnya kerana ketika itu baru pertama kali menulis lirik. Dia memiliki
peminat dari Malaysia yang serta-merta menyukai corak rap tersendirinya selepas
mendengar lagunya di platform penstriman dan media sosial.
YHB juga teringat semula betapa
kota KL rasa dekat tapi masih asing di hatinya. “Ia memberi saya peluang untuk
mendewasa dan berkembang sebagai individu dan juga artis,” tambahnya. Bersua
dengan himpunan artis hebat turut membuatkan semangatnya lebih berkobar
melangkah ke 2022 berbekalkan perspektif baharu ditemuinya.
MUZIK VIDEO
Muzik video (MV) Tukar Currency
turut memberi kelegaan buatnya kerana dapat menjalani penggambaran sendiri di
kota ini. MV terdahulunya menerusi Jatuh Boi menampilkan pemandangan KL yang
dirakam kru tempatan sebelum diberikan kepada mereka di Singapura. Sekembalinya
ke Singapura, dia sangat bersemangat untuk menguasai industri rap semula dan
pelancaran Tukar Currency melambangkan ikatan istimewa antara dua negara ini.
“Negara kita sudah ibarat bersaudara, baik rakyatnya, makanan, dan budaya,”
katanya.
“Begitu indah melihat persamaan
mahupun perbezaan yang kita ada! Sekarang saya cuma ingin terus hasilkan lebih
banyak muzik dan bekerjasama dengan pengkarya dari luar negara.” Tukar Currency
kini boleh dinikmati di semua platform penstriman. Dengar sini. Muzik videonya
juga sudah boleh ditonton di YouTube.
PERIHAL YHB SLEEPSALOT
Sebagai bintang rap yang kian
menyinar, YHB Sleepsalot dipuji kerana memiliki bunyi selain corak
ketrampilannya unik di media sosial. Sudah mencintai muzik sejak kecil, YHB
Sleepsalot mula menulis lagu seawal umur 13 tahun dan melancarkan muzik sendiri
pada 16 tahun menggunakan rentak yang ditemuinya menerusi YouTube selain
mempelajari sendiri produksi penghasilan lagu.
Kesungguhan tinggi untuk terus
berkarya membuahkan hasil apabila lagunya Karabujan meraih perhatian ikon hip
hop serantau iaitu SonaOne dan ALYPH. Diikuti lagu Terminal dan Blow Up yang
memasuki senarai lagu dimainkan di Spotify’s New Era: Asian Hip Hop. Bakat muda
ini juga pernah menjadi artis pembuka tirai persembahan penyanyi rap terkenal
serantau termasuk MK K-Clique, Kidd Santhe, dan Tuju K-Clique.
Berbekalkan bunyi unik serta
kepelbagaian diskografinya, YHB Sleepsalot kemudian dilamar menjadi artis
Def Jam South East Asia, Universal Music Singapura pada 2020 sekali gus menjadi
artis termuda dinaungi label itu. Dia melancarkan lagu pengenalannya berjudul
Don’t Miss Demo,kesinambungan kepada kemampuannya menghasilkan sebuah lagu
dalam tempoh kurang sejam.
Pada Jun 2021, YHB Sleepsalot melancarkan Jatuh Boi yang menampilkan SonaOne dan meraih hampir 25,000 penstriman di YouTube, 35,000 tontonan di YouTube dalam tempoh dua minggu pelancarannya. Menulis dari kejauhan lagu itu bersama SonaOne dalam satu malam saja, aliena lirik dan melodi mengkhayalkan hasil sentuhannya dapat pujian NME Asia, TimeOut (Singapura) serta media Malaysia termasuk HITZ, Era, Harian Metro, tonton dan Kosmo.
Bahkan, dia
turut menghiasi muka depan majalah dalam talian Getaran (Malaysia). Disebut
antara artis perlu diberi perhatian tahun ini oleh The Straits Times, YHB
meletakkan piawaian tinggi terhadap dirinya sebagai penyanyi rap dan penulis
lagu bagi terus mewarnai industri serantau dengan kehebatan muzikalnya.
0 Comments