BOB SENTUHAN MUNCUL SINGLE PERTAMA ‘BUKIT BINTANG’


Nama BOB SENTUHAN semestinya tidak asing lagi di kalangan pemuzik dan peminat muzik jalanan. Setelah hampir 20 tahun menghiburkan orangramai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur terutamanya Bukit Bintang dan SOGO. Baru-baru ini ini AlongMurni (AM) berkesempatan hadir dalam majlis Perlancaran Single Terbaru dari Bob Sentuhan bertajuk ‘Bukit Bintang’ yang bertempat di The Gatsby Mansion KL.


 

"Bukit Bintang" adalah lagu yang sangat istimewa untuk saya kerana Bukit Bintang pernah dan akan terus menjadi pentas untuk saya beraksi. Matiamat saya adalah menjadi seorang penghibur yang menghiburkan. Saya bersyukur dipilih oleh komposer Maman Teacher's Pet untuk merakamkan lagu Bukit Bintang. Bergelar artis rakaman tidak akan mengubah matlamat saya sebagai artis jalanan kerana nadi perjuangan seni say adalah untuk menghiburkan, tapa mengira bangsa, warna kulit, agama atau kedudukan," kata Bob.

 


BOB SENTUHAN atau nama sebenarnya Muhammad Aizad Azman yang berasal dari Pulau Pinang memulakan kerjayanya sebagai seorang penghibur jalanan telah menjelajah negara dan mendendangkan lagu untuk pengunjung kaki lima. Bob turut memperjuangkan bakat dan nasib pemuzik jalanan agar dihormati olen orangramai.

 

Single sulung BOB SENTUHAN turut menampilkan MAMAN TEACHER'S PET yang juga penggubah dan penerbit lagu berkenaan. Maman yang telah berdiam diri selama 2 dekad kembali ke dunia muzik untuk bekerjasama dengan Bob kerana dia percaya dengan bakat dan keazaman Bob untuk menjadi penghibur yang berjaya.

 


BUKIT BINTANG adalah lagu yang dibuat khas untuk Bob kerana di sinilah dia mula menyanyi dan di sinilah dia mencurahkan semua semangat dan dedikasinya untuk menghiburkan orang ramai dengan nyanyiannya. Bob mempunyai bakat yang besar dan saya yakin, dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang baik, dia mampu pergi jauh. Saya juga kagum kerana Bob bukan sahaja popular di Bukit Bintang malah terkenal di Singapura, Brunei dan Indonesia juga," kata Maman.

 

Menurut Maman, "BUKIT BINTANG" juga merupakan lagu yang didedikasikan khas sebagai penghormatan kepada mereka yang membangunkan Bukit Bintang sehingga seperti sekarang.

 

"Bukit Bintang suatu masa dahulu adalah salah satu sisi gelap Kuala Lumpur. Tetapi hari ini, Bukit Bintang adalah sebuah kawasan yang sibuk dengan pelbagai kehidupan, perniagaan dan peluang. Orang yang paling sedih berjalan di Bukit Bintang, tidak akan kekal bersedih kerana suasana di Bukit Bintang mampu merubah kesedihan dan memberikan kegembiraan. Pelancong dari pelbagai negara dan rakyat tempatan berkumpul di Bukit Bintang untuk bergembira dan bersuka ria," tambah Maman mengenai sebab mengapa BUKIT BINTANG ditulis dan dilagukan.

 


"BUKIT BINTANG" Single pertama Bob ini boleh didengari di Youtube saluran Meta Music, Apply Music, Spotify dan JOOX. Boleh juga dengarkan Official Muzik Lagu dan Lirik ‘Bukit Bintang’ ini boleh ke Lirik Lagu Bukit Bintang Oleh Bob Sentuhan

 

KATA ALONGMURNI

AM sangat sukakan alunan muzik dan suara yang dilantunkan oleh Bob Sentuhan. Suaranya yang serak basah itu, buatkan AM rasa ketika pertama kali mendengar lagu ini mesti nak dengar lagi sekali. Susunan Muzik oleh Maman Teacher's Pet begitu sempurna. Harap lagu ‘Bukit Bintang’ ini mendapat hati para peminat Bob Sentuhan. Tahniah buat Bob Sentuhan atas penghasilan Single Pertama ‘Bukit Bintang’ ini.

Post a Comment

1 Comments