Secara peribadi, AlongMurni
merasakan wajah merupakan aset utama yang penting untuk menyerlahkan kecantikan
dan keyakinan AM. Namun apabila usia semakin menghampiri 40an semuanya semakin berubah. Satu perkara yang
paling ditakuti adalah apabila usia meningkat wajah kelihatan semakin menampakkan
tanda-tanda penuaan, kulit sudah mula kendur manakala badan mudah berasa sakit.
AM sendiri memakai gaya tudang yang tidak menampakkan ‘Double Chin’. Rasa malu
nampak lapisan lemak yang semakin berkumpul di bawah dagu.
Atas saranan sahabat AM, beliau
memperkenalkan Pusat Aestetik iaitu PUSAT AESTETIK THE BEAUTY EXPERT ACADEMY
SPA CHERAS bagi membantu menyelesaikan permasalahan pada kulit wajah AM.
PUSAT AESTETIK THE BEAUTY
EXPERT ACADEMY SPA CHERAS
Menariknya di THE BEAUTY
EXPERT ACADEMY SPA CHERAS antara pusat aestetik yang menawarkan rawatan
HIFU pada harga mampu milik yang sangat berbaloi. Pusat aestetik ini bukan
sahaja menawarkan rawatan kecantikan bahkan setiap pelanggan boleh mendapatkan
perkhidmatan perundingan daripada pakar aestetik di sini tentang keadaan kulit
wajah mereka.
Malahan pusat aestetik ini mesra Muslimah
kerana hanya golongan wanita sahaja dibenarkan berada didalam pusat semasa rawatan
dijalankan (melainkan jika datang bersama suami barulah dibenarkan).
Di sini juga diberikan FREE Skin
Analysis bagi mengenalpasti permasalahan pada kulit wajah tau. Banyak betul permasalahan pada kulit wajah AM rupanya selepas AM melihat hasil report SKin Analysis AM
LATAR BELAKANG PENGASAS
Puan Mastura Idris : Pengasas The Beauty Expert Academy SPA Cheras
Puan Mastura binti Idris atau
lebih dikenali sebagai TECER MASS merupakan pemilik dan pengasas untuk THE
BEAUTY EXPERT ACADEMY SPA CHERAS. Selain daripada menjalankan perundingan
serta rawatan kecantikan, Tecer Mas juga merupakan seorang tenaga pengajar
didalam bidang aestetik. Beliau mempunyai kelulusan Vocational Trainning
Official (VTO), Sijil Kemahiran 1, 2 dan 3 dan juga telah mendapat
pengiktirafan sebagai Pakar Kecantikan Malaysia (JPK). Malahan Tecer Mass telah
dilantik menjadi salah seorang jawatankuasa Penasihat Industri Kolej Komuniti.
Sesi Bual Bicara bersama Tecer Mass dan Zayani sebagai wakil Blogger
Beliau telah berkecimpung dalam
industri kecantikan selama 18 tahun dan turut memperkenalkan produk penjagaan
wajah iaitu ROYAL Q ASIA. Jenama ini digunakan dikebanyakan pusat
rawatan aestetik.
RAWATAN HIGH-INTENSITY FOCUSED
ULTRASOUND (HIFU)

AM telah diperkenalkan dengan RAWATAN HIGH-INTENSITY FOCUSED ULTRASOUND (HIFU). Rawatan
HIFU merupakan rawatan aestetik menggunakan teknologi terkini yang langsung
tidak menyakitkan. Hal ini kerana tidak ada penggunaan jarum atau suntikan
semasa rawatan dijalankan. Teknologi ini menggunakan tenaga ultrasound bagi
menipiskan lemak kulit yang tidak diperlukan, detoks wajah dan memperbetulkan jaringan
kulit agar kulit wajah tidak menjadi kendur, dan merangsang penghasilan kolagen
pada wajah. Rawatan ini memang terbaik kerana kita boleh lihat kesannya
serta-merta selepas menjalankan rawatan (instant result).
Semua masalah yang AM dihadapi
ini boleh diatasi menerusi rawatan HIFU. Malahan selepas menerima rawatan HIFU,
AM tidak perlu melalui proses 'down time' dan tiada pantang
larang yang boleh menyebabkan kesan pada wajah.
Menariknya adalah Rawatan HIFU
ini tidak akan menjejaskan aktiviti harian dan kesan dari rawatan ini akan
kekal untuk tempoh agak lama iaitu sehingga 3 bulan. Rawatan HIFU adalah
rawatan yang sememangnya selamat kerana hanya tenaga ultrasound yang
menyasarkan pada lapisan atas kulit, bawah kulit dan kulit
SMAS (superficial musculoaponeurotic system). Jadi rawatan ini tidak
menyebabkan sebarang kerosakan pada kawasan Epidermis (lapisan atas
kulit).
RAWATAN ADALAH UNTUK :
- Tiada had umur
- Tiada kesan sampingan
- Tiada masa henti
- Peningkatan muka tanpa invasive
- Kesan boleh dilihat selepas 1 sesi
- Boleh tahan sehingga 18 hingga 24 bulan
KELEBIHAN RAWATAN HIFU:
- Pengurangan kedutan
- Pembetulkan bentuk muka
- Menaikkan pipi
- Mengangkat kening
- Menaikkan garis kerutan dan dahi
- Mengangkat lipatan nasolabial
- Pengurangan dagu berganda
- Mengetatkan wajah dan dagu
DEMOSTRASI RAWATAN HIFU
PROMOSI HARGA PENGENALAN
Pihak The Beauty Expert Academy Spa Cheras sekarang ini
sedang menawarkan harga pengenalan untuk rawatan HIFU iaitu RM199 sahaja
daripada harga asal RM900. Sememangnya sangat berbaloi dan murah. AM sangat
sarankan bagi yang ingin memiliki wajah yang anggun, menawan dan mantap untuk
mencuba Rawatan HIFU ini boleh membuat temujanji di The Beauty Expert Academy
Spa Cheras.
WAKTU OPERASI:
Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM)
Sabtu & Ahad (10AM-6PM)
LOKASI:
THE BEAUTY EXPERT ACADEMY SPA CHERAS
No 14B, Jalan Suadamai 1/2,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras, Selangor.
03-95497094/ 013-2576447
Laman Sosial Rasmi:
Website: https://thebeautyexpertaesthetic.carrd.co/
IG: https://www.instagram.com/thebeautyexpertcheras/
FB: https://www.facebook.com/thebeautyexpertacademy
5 Comments
menarik..betul tu. lemak bawah dagu ni memang susah nak cover. bagus juga kalau dapat buat treatment macam ni
ReplyDeleteFacial memang penting untuk kita konsisten jaga. Kalau jenis ala kadar bersihkan muka, wajib datang pusat kecantikan macam ni untuk bersihkan kulit mati secara total. Barulah produk kecantikan boleh serap dalam kulit. Gitewww..
ReplyDeleteSeronoknya dapat memanjakan diri sekali sekala buat facial. Pengasas dia cantik! ^^
ReplyDeletesuka dengan rawatan HIFU ni sbb results instant dan tidak menyakitkan... dan plg penting xde down time
ReplyDeleteBagus rawatan ni untuk anjalkan kulit and for anti aging, nanti sis nak try juga
ReplyDelete