RAWATAN HIFU TEKNOLOGI TERKINI BERI RAWATAN TERBAIK PADA KULIT WAJAH

 

Secara peribadi, AlongMurni merasakan wajah merupakan aset utama yang penting untuk menyerlahkan kecantikan dan keyakinan AM. Namun apabila usia semakin menghampiri 40an semuanya semakin berubah. Satu perkara yang paling ditakuti adalah apabila usia meningkat wajah kelihatan semakin menampakkan tanda-tanda penuaan, kulit sudah mula kendur manakala badan mudah berasa sakit. AM sendiri memakai gaya tudang yang tidak menampakkan ‘Double Chin’. Rasa malu nampak lapisan lemak yang semakin berkumpul di bawah dagu.

 



Atas saranan sahabat AM, beliau memperkenalkan Pusat Aestetik iaitu PUSAT AESTETIK THE BEAUTY EXPERT ACADEMY SPA CHERAS bagi membantu menyelesaikan permasalahan pada kulit wajah AM.

 

PUSAT AESTETIK THE BEAUTY EXPERT ACADEMY SPA CHERAS




Menariknya di THE BEAUTY EXPERT ACADEMY SPA CHERAS antara pusat aestetik yang menawarkan rawatan HIFU pada harga mampu milik yang sangat berbaloi. Pusat aestetik ini bukan sahaja menawarkan rawatan kecantikan bahkan setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan perundingan daripada pakar aestetik di sini tentang keadaan kulit wajah mereka.

 

Malahan pusat aestetik ini mesra Muslimah kerana hanya golongan wanita sahaja dibenarkan berada didalam pusat semasa rawatan dijalankan (melainkan jika datang bersama suami barulah dibenarkan). 

 

Hasil result Skin Analysis AM

Di sini juga diberikan FREE Skin Analysis bagi mengenalpasti permasalahan pada kulit wajah tau. Banyak betul permasalahan pada kulit wajah AM rupanya selepas AM melihat hasil report SKin Analysis AM 

 

LATAR BELAKANG PENGASAS


Puan Mastura Idris : Pengasas The Beauty Expert Academy SPA Cheras


Puan Mastura binti Idris atau lebih dikenali sebagai TECER MASS merupakan pemilik dan pengasas untuk THE BEAUTY EXPERT ACADEMY SPA CHERAS. Selain daripada menjalankan perundingan serta rawatan kecantikan, Tecer Mas juga merupakan seorang tenaga pengajar didalam bidang aestetik. Beliau mempunyai kelulusan Vocational Trainning Official (VTO), Sijil Kemahiran 1, 2 dan 3 dan juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Kecantikan Malaysia (JPK). Malahan Tecer Mass telah dilantik menjadi salah seorang jawatankuasa Penasihat Industri Kolej Komuniti.

 

Sesi Bual Bicara bersama Tecer Mass dan Zayani sebagai wakil Blogger

Beliau telah berkecimpung dalam industri kecantikan selama 18 tahun dan turut memperkenalkan produk penjagaan wajah iaitu ROYAL Q ASIA. Jenama ini digunakan dikebanyakan pusat rawatan aestetik.

 

RAWATAN HIGH-INTENSITY FOCUSED ULTRASOUND (HIFU)


AM telah diperkenalkan dengan RAWATAN HIGH-INTENSITY FOCUSED ULTRASOUND (HIFU). Rawatan HIFU merupakan rawatan aestetik menggunakan teknologi terkini yang langsung tidak menyakitkan. Hal ini kerana tidak ada penggunaan jarum atau suntikan semasa rawatan dijalankan. Teknologi ini menggunakan tenaga ultrasound bagi menipiskan lemak kulit yang tidak diperlukan, detoks wajah dan memperbetulkan jaringan kulit agar kulit wajah tidak menjadi kendur, dan merangsang penghasilan kolagen pada wajah. Rawatan ini memang terbaik kerana kita boleh lihat kesannya serta-merta selepas menjalankan rawatan (instant result).

 

Semua masalah yang AM dihadapi ini boleh diatasi menerusi rawatan HIFU. Malahan selepas menerima rawatan HIFU, AM tidak perlu melalui proses 'down time' dan tiada pantang larang yang boleh menyebabkan kesan pada wajah.

 

Menariknya adalah Rawatan HIFU ini tidak akan menjejaskan aktiviti harian dan kesan dari rawatan ini akan kekal untuk tempoh agak lama iaitu sehingga 3 bulan. Rawatan HIFU adalah rawatan yang sememangnya selamat kerana hanya tenaga ultrasound yang menyasarkan pada lapisan atas kulit, bawah kulit dan kulit SMAS (superficial musculoaponeurotic system). Jadi rawatan ini tidak menyebabkan sebarang kerosakan pada kawasan Epidermis (lapisan atas kulit).

 

RAWATAN ADALAH UNTUK :

  • Tiada had umur
  • Tiada kesan sampingan
  • Tiada masa henti
  • Peningkatan muka tanpa invasive
  • Kesan boleh dilihat selepas 1 sesi
  • Boleh tahan sehingga 18 hingga 24 bulan

 

KELEBIHAN RAWATAN HIFU:

  • Pengurangan kedutan
  • Pembetulkan bentuk muka
  • Menaikkan pipi
  • Mengangkat kening
  • Menaikkan garis kerutan dan dahi
  • Mengangkat lipatan nasolabial
  • Pengurangan dagu berganda
  • Mengetatkan wajah dan dagu

 

DEMOSTRASI RAWATAN HIFU




AM berkesempatan melihat Demostrasi yang telah dilakukan pada rakan AM iaitu Jane Chua menggunakan kaedah Rawatan HIFU. Nampak perbezaan yang ketara pada raut wajah beliau cuma dengan sekali rawatan. Memang AM kena cuba juga ini. 


PROMOSI HARGA PENGENALAN




Pihak The Beauty Expert Academy Spa Cheras sekarang ini sedang menawarkan harga pengenalan untuk rawatan HIFU iaitu RM199 sahaja daripada harga asal RM900. Sememangnya sangat berbaloi dan murah. AM sangat sarankan bagi yang ingin memiliki wajah yang anggun, menawan dan mantap untuk mencuba Rawatan HIFU ini boleh membuat temujanji di The Beauty Expert Academy Spa Cheras. 

 

WAKTU OPERASI: 

Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM)

Sabtu & Ahad (10AM-6PM) 

 

LOKASI:

THE BEAUTY EXPERT ACADEMY SPA CHERAS 

No 14B, Jalan Suadamai 1/2, 

Bandar Tun Hussein Onn, 

43200 Cheras, Selangor. 

03-95497094/ 013-2576447

 

Laman Sosial Rasmi: 

Website: https://thebeautyexpertaesthetic.carrd.co/  

IG: https://www.instagram.com/thebeautyexpertcheras/  

FB: https://www.facebook.com/thebeautyexpertacademy  

TikTok1: https://www.tiktok.com/@thebeautyexpertacademy88  

TikTok 2: https://www.tiktok.com/@beautyaestheticclas

Post a Comment

5 Comments

  1. menarik..betul tu. lemak bawah dagu ni memang susah nak cover. bagus juga kalau dapat buat treatment macam ni

    ReplyDelete
  2. Facial memang penting untuk kita konsisten jaga. Kalau jenis ala kadar bersihkan muka, wajib datang pusat kecantikan macam ni untuk bersihkan kulit mati secara total. Barulah produk kecantikan boleh serap dalam kulit. Gitewww..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat memanjakan diri sekali sekala buat facial. Pengasas dia cantik! ^^

    ReplyDelete
  4. suka dengan rawatan HIFU ni sbb results instant dan tidak menyakitkan... dan plg penting xde down time

    ReplyDelete
  5. Bagus rawatan ni untuk anjalkan kulit and for anti aging, nanti sis nak try juga

    ReplyDelete