FILEM COAST GUARD ANGKAT PERJUANGAN MARITIM



Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut hadir menonton Tayangan Perdana FILEM AKSI COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG” bertempat di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Filem yang mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) ini telah berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara.

 

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, DATUK SERI DR SHAMSUL BIN NASARAH turut sama hadir bagi meraikan majlis Malam Gala Tayangan Perdana tersebut yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia dalam perjuangan mempertahankan sempadan lautan tanah air.



Filem yang diterbitkan oleh FLYING DEALS SDN. BHD dan ARIE ZAHARI PRODUCTION serta penerbit bersekutu dan edaran METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG) telah menzahirkan setinggi ucapan terima kasih kerana amat menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) serta pihak FINAS yang telah memberi sokongan DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) dan DANA KANDUNGAN MARKETING kepada filem ini demi memastikan filem Coast Guard Malaysia dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.

 

Coast Guard telah mempertaruhkan SAHARUL RIDZWAN, ADLIN AMAN RAMLIE, JULIA FARHANA serta pelakon lagenda Malaysia, SABRI YUNUS sebagai barisan utama. Selain itu, HAZAMA, AZIZ M. OSMAN, JAJA ILLIYES, AKMAL AHMAD, KODI RASHEED, AMAN NASIM, HAFIZ RAFIAH dan JOE AZIZ turut sama membarisi filem ini.

 

Barisan Pelakon Utama

Filem aksi hebat ini merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu ALLAHYARHAM PITT HANIF yang turut terlibat dalam penghasilan filem Lelaki Harapan Dunia dan One Two Jaga sebagai pembantu pengarah. Anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi ini juga telah merangkul Anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi filem One Two Jaga di Festival Filem Malaysia yang ke-30.

 

COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG” mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz, seorang PEGAWAI PASUKAN TINDAKAN KHAS dan PENYELAMAT (STAR Team) dari AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) yang terpaksa berdepan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan tebusan.


 

Melalui filem ini, AM dapat melihat liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malaysia dalam menggalas tanggungjawab, amanah serta perjuangan yang berisiko hingga menggadai nyawa semata-mata demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.

 

Fenomena baharu industri perfileman Malaysia dijangka bakal tercetus apabila aset milik AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) didedahkan secara eksklusif dalam filem ini yang juga telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 6 JUTA RINGGIT dan tidak termasuk nilai asset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang digunakan.

 


COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG” bakal membelah lautan pawagam di seluruh MALAYSIA, BRUNEI dan SINGAPURA pada 2 FEBRUARI 2023 ini! Jom ramai-ramai saksikan filem aksi yang penuh prestij dan mengangkat martabat wira-wira tanahair kit aini.

 

KATA ALONGMURNI

 


Secara peribadi, AM merasakan filem kali ini benar-benar WOW dan ingin menonton buat kedua kalinya. Setiap pelakon berjaya membawakan watak masing-masing terutamanya watak Antagonis. Semestinya penampilan Adlin Aman Ramlie dan Sabri Yunus dalam filem ini memberi kesan maksima meskipun watak Antagonis.  Watak yang dibawakan sebagai ‘Pak Samad’ lakonan Adlin Aman Ramlie begitu memikat hati AM kerana ada ketikanya AM rasa lucu, marah dan geram semasa menonton aksi lakonan ‘Pak Samad’.  

 

Malahan watak Protagonis yang dibawakan oleh Saharul Ridzwan sebagai watak Leftenan (M) Hafiz begitu meyakinkan meskipun beliau pertama kali muncul berlakon dalam filem. Lakonan Julia Farhana sebagai Leftenan (M) Melati yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Asia Peace Film Festival 2017 tidak kurang hebatnya. Nampak begitu bergaya dalam melakukan aksi stunt sendiri.

 

Dalam filem ini juga AM rasa kagum dengan asset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang digunakan semasa proses penggambaran. Boleh dilihat dalam filem ini, bot-bot dan peralatan yang digunakan betul-betul gempak, padu dan mantap!! Siap boleh kesan kedudukan kotak yang berada di dasar laut.

 


 

Post a Comment

7 Comments

  1. Ini adalah filem terbaik yang Ruby pernah tonton. Lebih aksi, lebih straight forward dan watak semua dari pelakon hebat. Boleh pergi jauh filem ni.

    ReplyDelete
  2. filem yg punyai tarikan sendiri. kisah unit beruniform yg boleh kita ambil pengajaran dan iktibar

    ReplyDelete
  3. Bagus lah ada filem macam ni, boleh tonton dengan family dan bagi anak-anak lebih mengenali pekerjaan dan perjuangan maritim di Malaysia

    ReplyDelete
  4. Wah filem ni macam gempak, some of my friend went and their feedback pun best

    ReplyDelete
  5. Ohh wow....thanks for sharing about this exciting local movie, the storyline seems so interesting to enjoy a watch la. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. macam best dan harapnya setanding dengan filem paskal. Terbaik

    ReplyDelete
  7. Wajib tengok ni. Paskal, Polis Evo, Air Force.. now Coast Guard. Terbaik!!!

    ReplyDelete