Baru-baru ini
AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut hadir menonton Tayangan Perdana FILEM
AKSI COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG” bertempat di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Filem yang mendapat kerjasama
daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) ini telah berjaya
dihasilkan dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali
dalam sejarah perfileman industri seni negara.
TIMBALAN
MENTERI DALAM NEGERI, DATUK SERI DR SHAMSUL BIN NASARAH turut sama hadir
bagi meraikan majlis Malam Gala Tayangan Perdana tersebut yang dihasilkan
khusus bagi memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia dalam perjuangan
mempertahankan sempadan lautan tanah air.
Filem yang
diterbitkan oleh FLYING DEALS SDN. BHD dan ARIE ZAHARI PRODUCTION
serta penerbit bersekutu dan edaran METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG)
telah menzahirkan setinggi ucapan terima kasih kerana amat menghargai sokongan
penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) serta
pihak FINAS yang telah memberi sokongan DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD)
dan DANA KANDUNGAN MARKETING kepada filem ini demi memastikan filem Coast
Guard Malaysia dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.
Coast Guard
telah mempertaruhkan SAHARUL RIDZWAN, ADLIN AMAN RAMLIE, JULIA FARHANA
serta pelakon lagenda Malaysia, SABRI YUNUS sebagai barisan utama.
Selain itu, HAZAMA, AZIZ M. OSMAN, JAJA ILLIYES, AKMAL AHMAD, KODI RASHEED,
AMAN NASIM, HAFIZ RAFIAH dan JOE AZIZ turut sama membarisi filem ini.
Filem aksi
hebat ini merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu ALLAHYARHAM PITT
HANIF yang turut terlibat dalam penghasilan filem Lelaki Harapan Dunia dan
One Two Jaga sebagai pembantu pengarah. Anak kepada seniwati negara Fauziah
Nawi ini juga telah merangkul Anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi filem One
Two Jaga di Festival Filem Malaysia yang ke-30.
COAST GUARD
MALAYSIA: “OPS HELANG” mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz, seorang
PEGAWAI PASUKAN TINDAKAN KHAS dan PENYELAMAT (STAR Team) dari AGENSI
PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) yang terpaksa berdepan dengan sekumpulan
penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan
tebusan.
Melalui filem ini, AM dapat melihat liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malaysia dalam menggalas tanggungjawab, amanah serta perjuangan yang berisiko hingga menggadai nyawa semata-mata demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.
Fenomena
baharu industri perfileman Malaysia dijangka bakal tercetus apabila aset milik
AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) didedahkan secara eksklusif dalam
filem ini yang juga telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 6 JUTA RINGGIT dan
tidak termasuk nilai asset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
yang digunakan.
COAST GUARD
MALAYSIA: “OPS HELANG” bakal membelah lautan pawagam di seluruh MALAYSIA,
BRUNEI dan SINGAPURA pada 2 FEBRUARI 2023 ini! Jom ramai-ramai saksikan filem
aksi yang penuh prestij dan mengangkat martabat wira-wira tanahair kit aini.
KATA
ALONGMURNI
Secara
peribadi, AM merasakan filem kali ini benar-benar WOW dan ingin menonton buat
kedua kalinya. Setiap pelakon berjaya membawakan watak masing-masing
terutamanya watak Antagonis. Semestinya penampilan Adlin Aman Ramlie dan Sabri
Yunus dalam filem ini memberi kesan maksima meskipun watak Antagonis. Watak yang dibawakan sebagai ‘Pak Samad’
lakonan Adlin Aman Ramlie begitu memikat hati AM kerana ada ketikanya AM rasa
lucu, marah dan geram semasa menonton aksi lakonan ‘Pak Samad’.
Malahan watak
Protagonis yang dibawakan oleh Saharul Ridzwan sebagai watak Leftenan
(M) Hafiz begitu meyakinkan meskipun beliau pertama kali muncul berlakon dalam
filem. Lakonan Julia Farhana sebagai Leftenan (M) Melati yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik
di Asia Peace Film Festival 2017 tidak kurang hebatnya. Nampak begitu bergaya
dalam melakukan aksi stunt sendiri.
Dalam filem ini
juga AM rasa kagum dengan asset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM) yang digunakan semasa proses penggambaran. Boleh dilihat dalam filem
ini, bot-bot dan peralatan yang digunakan betul-betul gempak, padu dan mantap!!
Siap boleh kesan kedudukan kotak yang berada di dasar laut.
7 Comments
Ini adalah filem terbaik yang Ruby pernah tonton. Lebih aksi, lebih straight forward dan watak semua dari pelakon hebat. Boleh pergi jauh filem ni.
ReplyDeletefilem yg punyai tarikan sendiri. kisah unit beruniform yg boleh kita ambil pengajaran dan iktibar
ReplyDeleteBagus lah ada filem macam ni, boleh tonton dengan family dan bagi anak-anak lebih mengenali pekerjaan dan perjuangan maritim di Malaysia
ReplyDeleteWah filem ni macam gempak, some of my friend went and their feedback pun best
ReplyDeleteOhh wow....thanks for sharing about this exciting local movie, the storyline seems so interesting to enjoy a watch la. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeletemacam best dan harapnya setanding dengan filem paskal. Terbaik
ReplyDeleteWajib tengok ni. Paskal, Polis Evo, Air Force.. now Coast Guard. Terbaik!!!
ReplyDelete