Lirik lagu ‘Teman Raya’ oleh Alieff Irfan Ft Bellestrelle

 

Semestinya ramai yang mengenali nama Alieff Irfan yang mempunyai lebih daripada 5 juta Subscriber di Channel Youtube beliau sendiri dan merupakan ‘Content Creator’ yang cukup hebat di Malaysia. 

Kini, Muhammad Aliff Irfan Aziki atau lebih dikenali sebagai Alieff Irfan bersama dengan isteri kesayangan beliau iaitu Nur Nabila Aliah Hazman atau Bella/Bellestrelle telah muncul dengan lagu raya berjudul ‘Teman Raya’.

Sebelum ini Alieff Irfan pernah menyanyi dan menghasilkan lagu bertajuk ‘Kau Curangi Aku’ dan nyata mendapat sambutan hangat dari peminat beliau. Alieff Ifran juga pernah berlakon dalam filem berjudul, ‘Daddyku Gangster’ terbitan D’Ayu Pictures Sdn. Bhd.

Rata-rata peminat memberi respons yang positif terhadap lagu raya yang dinyanyikan oleh kedua suami isteri ini. Terutamanya dengan adanya penglibatan semua Team AI dalam muzik video kali ini. 

Producer: Aniq Nashri

Komposer: Aniq Nashri

Penyanyi: Alieff Irfan & Bellestrelle

 

‘TEMAN RAYA’ OLEH ALIEFF IRFAN DAN BELLESTRELLE

 

Lupa hari ini hari apa

Rasa macam nak dekat raya

Sebulan aku berpuasa

Rasa macam sekejap saja

 

Memang hari ini hari raya

Semua keluarga berjumpa

Sanak saudara menunggu tiba

Di pagi hari raya

 

Kasihnya di pagi syawal

Bermaaf-maafan

Ikhlas dalam berbicara

Sesama kita

 

Selamat Hari Raya

Kami ucap pada semua

Miskin atau yang kaya

 

Selamat Hari Raya

Ampun maaf dipinta

Semoga Bahagia sentiasa

 

Tak sabar rasa pulang ke kampung

Desa menghijau burung bersiulan

Abang maafkan sayang

Tolong beri laluan

Nak raya bersama teman

 

Sayang boleh sayang

Abg izinkan

Jangan lupa jalan pulang

 

Kasihnya di pagi syawal

Bermaaf-maafan

Ikhlas dalam berbicara

Sesama kita

 

Repeat 7 x

Selamat Hari Raya

Kami ucap pada semua

Miskin atau yang kaya

 

Selamat Hari Raya

Ampun maaf dipinta

Semoga bahagia sentiasa




Post a Comment

0 Comments